Tuesday, February 01, 2011

Bandung - day 2

sebagai pembuka bicara, tepek gambar sendiri dulu. motip? nak tunjuk baju ape aku pakai on 2nd day. mmuahahaha. ko hengat ko artis? ade org peduli ke ko pakai ape pon? fedulikkk!

ni pic kat rumah ebo? nice environment kan? tengok la kalau aku rajin, aku story mory pasal rumah ebo ni. so, if sesape interested boleh la stay kat sini ig korang pegi bandung nanti kan.

for second day memang hari untuk shopping. dr pagi sampai petang just kat Pasar Baru. for those yg tatau, Pasar Baru ni tempat jual kain2, telekung, tudung n baju siap. ade gak la barang2 utk wedding preparation. operation hours from 9am - 5pm. memang tak puas la. dr pagi smpai petang aku just spend time kat 2 kedai je. serius tak cukup masa hokeh. kat sini aku beli telekung
n kain2. terlampau banyak pilihan sampai rambang mata. kat sini, korang kene gunekan skill tawar menawar korang la. aku memang menggunakan sepenuhnya my bargain skill. hehehe.

kat sini kitorang berpecah. aku n mek ah. ikin n paan. why? sebab aku ngan mek ah nak cari kain2 je, si ikin nak cr brg2 kawen. kang kalau pegi sume tmpat same, konpem tak cukup mase. ju
st telekong je cr sesame. aku lupe la name kedai tu. selepas dah survey kat beberapa kedai, kedai ni yg kire ok la. so, kitorang memborong sakan kat sini.


aku beli 3 lai je. yg paling mahal yg color pink tu la. material cotton paris kot xsilap aku. memang sejuk je. if kat Malaysia, hrga dalam RM200++ coz ni full sulam. yg ni aku xingat la bape hrga. tapi bile dah convert to RM still xsampai Rm100 pon. muraaaahhhh kan? memang rambang mata. alang2 dah
murah, bek aku amek yg paling mahal sekali. beli baju mahal2, mampu kan. takkan nak beribadat nak kedekut pulak.


ni kat Chand Moda. lace sumenye cantik2. n paling penting mur
ah. sape yg nak kawen tu, meh la datang Bandung. murah giler weh. kazen aku dulu pon beli brg2 utk wedding die kat bandung. die ckp bile dah cmpur flight tix pon, total spend utk wedding die still murah compare if die beli kat Malaysia. aku pon borong lace gak. geram. canteqqqqq n muraaahhhh. gelemer la ai raya tahun ni. hahaha. kat sini, aku amek yg mahal2 je. hahaha. setakat beza sikit2 dgn harga kat Malaysia, bek tak yah. wat berat beg je. tp yg cantik2 memang yg mahal2 je. asal aku berkenan je, tanye harga teros rs nk pitam. sampai aku ckp kat diorang asal kain yg aku pegang je mesti yg mahal. dan dan nak bodek aku cakap aku bercitarasa tinggi. cehh! tak yah bodek pon aku dah borong sakan kat kedai ko. orang lain tak datang kedai ko pon, ko dah cukup untung dah dengan pembelian aku. hahaha.


yg baju hijau tu namenye iman. pekerja kat kedai tu. baik giler. sangat
pandai melayan hati customer. lagi2 aku yg cerewet ni. siap tolong angkat kan beg shooping aku ngan ah ke van. sumpah barang kitorang berat giler. menyopping tak sedar diri la katekan. sebab die baik sangat, kitorang bg tips lebih sikit. kedai ni besar gak. kat Pasar Baru tu je, die bukak 5 kedai. bape org bos die aku tak tau. tp setakat aku duk kat kedai tu, 3 orang bos die yg layan kitorg. special tak special nya kitorang ni. bese la.. orang kaya. kene bg layanan spesel. hahaha. selagi die tak bagi hrga yg aku mintak, memang aku takkan stop bargain. tp pekerja kat kedai ni memang baik2. aku tak tau la bape botol fruit tea aku minum kat sini. memang lame giler kat kedai ni. lebih dari 3 jam kot. bape pasang kain aku borong? tetttt. raya tahun ni tak yah g jakel dah. now, aku tgh pening pikir nak hantar tailor kain2 tu. banyak gileer. total aku beli kain kat kedai ni je dah 2juta lebih. bunyi macam kaya je kan. main juta2 je. hahaha.

selain dari Chand Moda, aku ade beli kain sulam utk baju kurung moden gak kat Seroja Jaya. mulenye aku nak beli utk org yg kirim je. sekali aku pon rambang mata. beli sekali. hahaha. sume benda kat sini murah2. sume aku rase nak beli. kat Malaysia pon aku takleh nk control gila shooping
aku ni. lagi pulak kat Bandung yg barang2 jauhhhh lagi murah. sebab murah la aku borong kain dah macam org nak berniaga. tapi sampai sekarang, selai pon aku tak hantar tailor lagi. esok dah nak raya, aku hantar selambak berpuluh2 pasang sekali, bia tailor tu pengsan. hahaha.

bile kedai sume dah tutup kat Pasar Baru tu, baru la aku ngan mek ah perasan yg kitorang ni tak makan lagi hokeh. tengok kain2 sampai kenyang. hahaha. kedai dah tutup, baru dengar perot tu berbunyi. bile depan kain2, perot berbunyi pon ignore je. maklumla. kejar mase. tu pon t
ak habis pusing lagi Pasar Baru. banyak lagi benda tak beli. giler la. dah habis 2juta lebih pon stil ade barang tak beli lagi. jgn kate sekarung guni, kalau bawa 10 karung guni duit pon takkan cukup kalau bg kat org mcm aku ni.



ni nak makan ke mencekik? banyak gileeer. ops! jangan cepat nak memfitnah aku. walaupon aku gemok. walaupon aku tengah kebulo sehari tak makan. idak la aku buruk lantak sampai tahap nak makan banyak camni. ni namenye masakan padang kot. if aku tak silap la. die memang akan hidang bebanyak mcm ni walaupon ko tak oder pape lagi. tapi idak la die memakse ko habiskan sume ni
. ape yg ko sentuh, die akan kire. so, sebelum makan tu, kitorang dah pilih2 dah dulu ape yg kitorang nak. yg kitorang taknak, kitorang tolak tepi. nama Restoran ni Simpang Raya. agak femes gak la. coz mase aku surf2 info pasal Bandung, die restaurant is 1 of the recommended restaurant to try. sedap ke? aku tak tau la nk cakap. sebab sesungguhnya time tu memang aku tengah lapa giler. memang aku telan je. takde banyak cakap. murah? taktau la. tak penah try makanan mcm ni kat Msia. total kitorang sume mkn RP80k++. murah la kot.


lepas kenyang perot, our supir bring us to Toko tiga. kedai ni femes dengan jeans. aku tak tau la ori ke tak. aku memang tak pandai menilai. but what i heard, sume tu ori. tp rejected. harga memang murah. aku tak shopping sangat pon kat sini. takde yg berkenan. aku just beli selai tshirt untuk adik aku. tapi decoration kat sini memang shantek. kitorang be3 memang tak membeli sangat. sesambil nak menunggu si Paan shopping, kitorg berphotogedix la.

lepas toko tiga tutup, kitorang dah tak tau nak pegi mane. tapi rase mcm tak nak balik lagi. malam masih muda kononnya. mmuahaha. terus kitorang pon sesaje la tanya kat our supir, Pak Zul kat bandung ni ade club tak? hahahaha. siap tanya harga club paling xlusif sekali bp hrga kalau nak masuk. mmuahahaha. nak yg mahal2 je. maklumla. jutawan. cube teka bp hrganya? aku rase sape yg kaki clubbing tu, mesti nak pergi sebab murah giler. tak sampai RM50 hokeh. tu tmpat paling mahal n xclusif gitu. but we all tak pegi hokeh. mak bukan kaki kelabing nox.


lepas tu kitorang pegi bandung indah plaza. sebab nak beli maggie. hahahaha. acah je. sebab nak beli plug adaptor. mane la haku tau kan kene bawak benda lah tu. batery hp n cam dah kong. nak tak nak kene beli la. naseb murah. kat sini sumenye murah. berlaku lah pembaziran kan. ape lagi. sume nak beli. sampai syampu yg ade jual kat Malaysia pon tetap nak beli kat sini sebab harga jauh lagi murah. aku siap borong coklat banyak2 kat sini untuk adik aku yg last tu. kat malaysia singgit lebih. kat sini 30sen je. ape lagi. aku kaut la. siap ade perasa yg kat malaysia takde jual lak. kitorang siap beli mee segera lagi. saje je nak try brand indonesia nye. tak sedap pon. sedap lagi maggie hokeh.

mood stil nak berjalan. tak mau tido lagi. so, we decided to go karoke. saje nak try karoke kat bandung. hahaha. honestly, karoke kat sini jauh lagi best compare kat Malaysia. facilities jauh lagi canggih. lampu dlm bilik karoke siap ko boleh set jd lampu disco. kagum? hrga memang murah la kan kalau convert to RM. hrga mmg aku tatau bape sebab paan yg banje sume org. hahaha. tapi tak silap aku RP20k++ per room for 1 hour. tp kat bandung, tempat ni kire xlusif la. bese la. kitorang kan jutawan. asal nak pegi memane je, nak kat tempat yg mahal2. hahahaha. bile lagi kan nak perasan paris hilton. kat Malaysia? jangan ko mimpi.


bilik untuk 4 org memang besar la. nak menari nak melompat nak baring sume boleh. ohh. dont worry. lagu2 Malaysia ade dalam senarai lagu. tp artis2 fofuler je la mcm siti nurhaliza, search, sheila majid, ade la lain2 lagi.



tu sume pic kat karoke. name karoke ni inul ape ntah. aku rase karoke ni inul yg penyanyi dangdut tu punye la. kitorang siap karok lagu inul lagi. kate versatile. semua genre boleh bawak. mmuahahaha.

thats all for second day... :)

1 comment:

Anonymous said...

salam,
dik boleh tak email kan akak no. hp atau email add pak zul?
email akak: shida.mohamed@yahoo.com

thanks ya