Friday, March 23, 2012

cerita sedih

music video ni besh ok. serius sedih. if korang rase tak sedih, terpulang la. hati lain2. aku rase cite ni sedih.


PART1




PART2





have a great weekends ^_^

Saturday, March 10, 2012

makin marah makin gemok

semalam hari paling menyakitkan dlm minggu ni. dah la penat hehari aku ade meeting. pastu nak kene setelkan keje lg. ade pulak makhluk tuhan ni yang tak tau la ape masalah die. mungkin kurang kene pelempang, maka perangai pon cam gampang. memang kat twitter aku dah merempan bagai lepas geram.

nak menghilangkan stress punye pasal, terus ajak ogy and the cockroaches lepak. lagipon aku dah lama tak makan kat ikea. ni consider masuk category mengidam la jugak.

kate tengah marah, haruslah hiburkan hati yang berduka. ni pon xtvt yang dah lama gak aku tak wat. nengok wayang. terus beli tiket adnan sempit 2. aku tauuuu korang dah lama tengok. cite tu pon dah siap box office pecah panggung la bagai. ade aku kesah? aku memang suke nengok cite2 basi ni. org dah tak heran baru haku nak hehegeh kan. lagipon aku nak bergelak tawa, wajibla amek cite kelakau. kang amek cite seram, terketar2 pulak aku nak pg car park balik nanti.

pas dah beli tiket muvi, tibalah masanya untuk sesi memanjakan perut dengan pelbagai makanan. ogy risau perut aku meletup kat situ. sume aku nampak sedap. kate tengah marah kan, haruslah makan banyak2 untuk hilangkan duka.


chicken chop, meatball, muffin, chocolate mousse, creme caramel, almond chocolate cake, and apple cake. sumenye sedap. sumenye selamat masuk ke perut tanpa sebarang pembaziran.


ogy menayang resit. mase lepas dah kaut memacam, cuak aku. cek wallet ade seploh hengget je. mmuahaha. sebab memula aku nak pegi ATM, sekali tetibe perut berkeriuk keriuk meminta makan. terus lupe niat asal.


insan yang tak sabau2 nak makan yg rupe mcm kebulur nau. padahal seblom sampai ikea, aku siap makan mihun tomyam ngan pisang goreng. haihhhh. camne la nak kurus. kalau makan bagai tiada esok.

ok. tu je nak cite. selamat berhujung minggu!

Wednesday, March 07, 2012

wordless wednesday-spiderwoman


walaupon gemok, gagah jugak la nak memanjat!


Friday, March 02, 2012

trip to bandung #part 2

happy friday uols. meh sambung cite basi lagi. kejap je ye. ahkak manyak keje mau buat. tp ahkak tengah bosan ngadap muke bos keje, so marilah membebel sambil menyampaikan ilmu pengetahuan gituwww.

Day 2
hari ni mau ke pasar baru. syurga bg para wanita katenye. memang pon. sebelum pegi tu, istighfar la bebanyak. kuatkan lah iman. aku ni sebelum pegi pasar baru tu dah pasang niat dah. niat ni aku pasang dr malaysia lagi. sesungguhnya sahaja aku pergi pasar baru nak nengok2 je nak teman kan has wat wedding preparation. gituwww niatnye. kain yang aku borong dr bandung last year pon ade banyak lg aku tak hantar tailor. sekali bile jejak je kaki kat pasar baru, selamat jalan niat ku. saiton yang direjam dah menghasut haku.

kitorang pegi pasar baru ni naik angkutan je. beselah, nak jimat la katekan. baru Rp2,500 je. ai bukan paris hilton yg duit melimpah ruah boleh dibuang sesajer je. yg mane leh jimat, sile lah jimat. atas sikap berjimat cermat, maka banyak hasil borongan haku kat pasar baru. hehehe.


ni lah rupenye angkutan. nak kate selesa giler tu, tipulah. memang kecik je. kalau ko dah nampak angkutan ni penuh dengan umat manusia, toksah la gedik nak menyepit gak. kesian aku nengok orang kat dalam tu. dipenyek2 bagaikan lempeng. driver angkutan tu memang akn stop. ko je lah sanggup atau tak nak bersesak2 dlm tu.


pilih pilih. pilih la yg mane berkenan. bukan cowok ye. tp kain. kali ni aku shopping kat chand moda lagi. aku suke design kain2 die. kelassss. dan yg penting aku leh tawar menawar kaw2 smpai tokey tu pon geleng kepala je dgn aku. customer always right bebeh! aku siap bawak has pg kedai ko lagi. untung besau la ko ritu. has memang borong sakan la. orang nak kawen la katekan. ai suke lace yg u beli. bertatahkan swarovski lagi. kelassss ko maria.


with has si darah manis. kitorang dah habes shopping dah. kejap nek tingkat atas pastu turun bawah pastu nek balik. pitam ko. nak shopping ni, stamina kene tinggi. kalau tak, semput hokeh. kat kedai2 yg kitorg borong banyak, lepas beli kitorang tumpang barang kat kedai diorang. takdelah putus tangan ko nak mengangkut hasil shopping ko tu ke hulu hilir kan. pasar baru tu bukan selesa nau. besau lak tu. senang je nak sesat. tp ai kan kalau kat tempat shopping, susah nak sesat. senang je nak cr kedai2. cube ko suruh aku drive, memanjang sesat. pastu dengan org yg kejap2 dtg jual air la, keychain bagai la kat dalam pasar baru tu, rimas. bek tinggalkan aje. so far, aku tak penah la pulak tinggalkan barang, barang tu hilang. Alhamdulillah.

mase kat pasar baru ni, aku nak beli korset. sebab kain2 yg aku beli kebanyakkannya kene lining. sebab malas nak lining, aku plan nak beli korset je la. pastu aku nak cari kedai jual korset, tanye la org2 situ. sekali bile pegi ikut direction yg die bagi, kedai pakaian dalam hokeh. mmuahaha. rupenye korset is pakaian dalam. diorang tak panggil korset. yg mane dah familiar dengan org malaysia, diorg faham la yg kite nak cr korset tuk pakai dengan kebaya tu.

selain dr memborong kain, kali ni aku borong bedsheet. mmuahaha. tetibe aku rambang mata. tak mampu nak menilai. konpius nak pilih mane satu. terus aku angkat sekali sume yang berkenan. boleh tahan murah la. kalau kat malaysia, memang tak dapat semurah tu. banyak pilihan gak. ko nak beli set dgn comforter pon boleh. jangan risau. nnti org tu tolong compact kan jd kecik je. senang nak bawak balik malaysia.

kua je dr pasar baru tu hujan ok. terus nek taxi. lgpon memasing dah shopping bagai tiade hari esok. kalau nak naik angkutan, mau sorang satu angkutan. nak isi barang2 je. kitorang balik hotel dulu, letak barang2 yg menimbun tu. rilex2 kejap. kesian kaki. terseksa. hahahaha. banyak lagi destinasi, kang kejang lak. tu yang rilex dulu kat hotel.

lepas dah puas rilex, kitorang nak pg FO lak. this time nak ke jalan riau. naik angkutan kt depan hotel, RP2000. ni aku ingat camne nak pg. dr hotel aku, lepas 3 traffic light ko turun. turun kt simpang besar pastu jalan ke kiri. terus je lah. tu lah jalan riau.

antara FO kat Jalan Riau ni ade stamp, heritage, oasis, secret, formen, branded club, summit, terminal tas, dan banyak lagi lah tempat utk korang melaburkan duit. terminal tas tu jual bag. handbag die kebanyakkan nye yg branded la. hermes, LV, n so on. ai tak minat uols. tak mampu buat cara tak mampu. tak kose nak beli yg fake punye. sah2 org tau tu palsu weh. gaji aku tak sampai tahap LV lg. mane mungkin gua mampu kan.



kat secret factory outlet


kat rich n famous. kelassssss!


ni kedai perfume. kat jalan riau. kat tempat len pon ade gak. tp kitorang pegi yang kat jalan riau. memule saje nak nengok2. pastu duduk2. pastu terbeli pulak. ko pilih je la perfume ape yg ko nak. sume ade. ko sebut je. CK, DKNY, Anna Sui, Dior, memacam la. harga memang murah. memule aku tak minat pon beli. aku rase perfume yg die jual ni stended cam petaling street la kot. ko sembur tak sampai sejam dah hilang bau. tapi ntah nape ntah. sebab murah nau, aku pon beli lah. sekali rupenye boleh tahan jugak la. aku try pakai pagi mase nak pg keje, aku balik keje pon still ade lg bau. wahhhh. rugi aku beli sebotol je. botol kecik lak tu. kalau tau beli seploh botol. jimat duit haku. kat sini botol kecik pon dah seratus lebih. aku beli tak sammpai doploh hengget pon. sesape yg nak pegi bandung tu, ai nak kirim boleh?

lepas dah puas merayau kat jalan riau nak cr tempat makan lak. tekak aku ni feeling2 omputih lak. nak makan western. jenuh gak mencari, tak jumpe. last2 pegi pizza hut. boleh la. western la jugak. sape nak makan nasi pon ade gak. menu pizza sane memang lain la dr kat malaysia ni. aku tak makan pizza pon. aku amek mozarella fusilli ape ntah name die. pastu cheese garlic bread. memasing amek len2, leh rase sikit. sedap! lepas makan, kitorang terus balik hotel.

aku kagum dgn pekerja2 kat pizza tu. sangat la berbudi bahasa. service tip top. baru la rase berbaloi bayar service charge tu. memule kitorg ingatkan kitorang je dilayan baik macam tu sebab pelancong. pastu memasing kepohci peratikan je. rupenye tak ok, sume pelangggan dilayan bagai raja. aku berharap la pekerja2 kedai makan kat malaysia ni boleh contoh diorang tu.

halamak hai. tercoret panjang lebau lak. aku stop sini dulu ye. happy weekends uols!