Monday, September 24, 2012

new job!

I've been working for a week with a new company. so far not so much work. lebih pada goyang kaki and memberi senyuman paling manis dan menawan pada semua orang lah! letih ok. letih nak sentiasa senyum ni. tegang urat muka kot. totally different job scope. so, kene start from zero as i am a fresh grad. itu semua cabaran! 

main problem is aku masih tak ingat nama dan muka semua orang. haaaa yang ni memang kelemahan aku. terpaksa lah akak makan kismis bebanyak lepas ni. almaklumlah, i'm working with big company. haruslah staff ramai. lainlah opis lama, staff bape kerat je. tupon take times untuk ingat apetah lagi yang ramai ni. yang bestnye ade sekali tu jumpa bos. i told him i went to site. die tanya pergi dengan sape, so i said i went with Mr. A. die pandang aku cam mintak kepastian. aku pon rilex je. yes, went to site with Mr. A. he explained everything.. bla bla bla.. nak tau kenapa die pandang pelik? bukan sebab aku pergi site, tapi sebab nama yang aku petik tu memang tak wujud langsung kat company tu. mmuahahaha. 

so far staff kat situ ok lah. baik baik belaka, tak tau la kot kot kat belakang mengata ke. ade aku kisah? you are giving me free pahala by doing that. i joined this company because i'm looking for new experience. i know what i want. i work not only for money but to build a career. wish me luck! 

Wednesday, September 12, 2012

jobless

yeeee, saya sekarang seorang penganggur terhormat. duduk rumah goyang kaki, hujung bulan collect gaji. wahhhh... kelasssss. ko hado? mmuahahaha. dulu mase kerja aku teramat sangat la teringin nak merasa duk rumah bak seorang surirumah tangga. mak aihhhh. bile dah merasa, ai tarik balik ok statement tu. bosan nak mampos. maybe sebab mase keje dulu, aku ni la manusia yang paling busy sekali. sehari kalau boleh nak lebih dari 24 jam. punye la tak cukup masa kan. sekali bile dapat peluang duduk rumah, aku rasa 2 hari je kot aku ok with doing nothing. lepas tu aku dah tak keruan. terase kosong kosong... kahkahkah. tapi, nasib lah haku ni spesis tak berapa berperasaan sangat. bosan ke ape ke, aku rilex je. layan je la tv. segala cerita aku nengok. u named it. cite melayu, cina, korea, sinetron, thailand, Philippine... hamek ko. cite tamil pon aku layan ok. kagum tak??? hahahaha...

cukup lah seminggu aku duk rumah je. minggu ni aku dah start mem-busy-kan diri. aku set sume appointment yang patut aku buat tapi sebab dulu busy tak de mase. nahhh. sekarang lah masa yang ditunggu sangat kan. tapi, aku pulak yang penat. lagi pulak ade something happen yang di luar jangkaan. lagi lah super busy. tapi aku ok je. semalam lagi lah. punye la busy. sampai aku pon tak sedar aku tak makan lagi. lunch pon tak sempat. pukul 9.30pm macam tu baru dapat nasi. menggelupur haku kebuluran sebelum tu. 

hari ni pon mak busy noxx. 4 appointments. but i learn from mistake. salah satu appointments tu aku buat masa lunch. dapat lah haku makan kan. aku mana boleh kurang sumber makanan ni. berbunyi perut nanti. oklah uols, SELAMAT BEKERJA ;)

Thursday, September 06, 2012

cousin's wedding

semenjak bergelar penganggur terhormat ni, memang banyak la free time kan. bile dah terbiasa busy tahap dewa hari-hari then suddenly having nothing to do memang la rasa pelik. memang dah puas la makan tido makan tido menternak lemak. So, kerja haku update status kat facebook, tweet sampai orang rasa menyampah and aku rasa aku akan selalu update blog walaupon takde cite nak hapdet. sukahati aku lah kan! aku punye blog. kahkahkah.

last weekend was my cousin's wedding. So, mintak ampun mintak maaf la if aku tak datang kenduri or open house uols ye. yang kawen ni, sepupu belah family ayah. masa kecik dulu memang rapat lah. bile dah besar ni dah tak sangat. i kan pemalu uols. kahkahkah. gambar tak banyak. semua guna handphone je. and my handphone tu adik aku yg kecik yg pegang. and sometime my lil cousin yang sekolah rendah lagi yang tolong snap kan gambar. maka hasilnya, please do not expect anything lah. sabau je lah aku tgk hasil gambarnye. 

akad nikah hari jumaat. kat gombak. kat masjid. tapi aku tak tau nama masjid tu ape. 

congratz to both of u :)


aku pakai kaftan. nampak gemuk. lagi teruk nampak mcm pregnant -_-" TAPI sangat selesa dan berangin dan boleh makan bebanyak. mmuahahaha.

hari sabtu malam tu, malam berinai. tetibe hari tu aku dengan adik aku dipaksa jadi pengapit. nasib baju raya ai ade doblas pasang. mmuahahaha.






masa hari bersanding tu, pagi - pagi hujan turun. lepas tu bile dah tengahari sampai petang cuaca giler panas. boleh terasa peluh mengalir. muka aku memang menahan panas and rimas je lah. tak mampu ai nak senyum bagai. lepas je jadi pengapit, terus aku tukar baju yang berangin sikit. mmuahaha.








selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke syurga :)









Wednesday, September 05, 2012

wordless wednesday - cute?


yay or nay? kahkahkah... *larikkkkkk

Monday, September 03, 2012

last day

hari ni last day aku kat company yang sekarang ni. perasaan? ntah la. happy memang la happy. sedih tu tetap la ade kot. sikit mesti ade. sedih sebab nak tinggalkan kekawan. sedih nak tinggalkan projek yang selalu bagi headache. sedikit terkilan sebab tak sempat nak follow sampai siap. 

aku berhenti ni, main reason sebab office terlampau jauh. dulu kat damansara, now dah pindah ke putrajaya. Alhamdulillah, the new offer tu dekat sikit dengan rumah. GOODBYE KL! hahaha. yes, the new company located at selangor. where at? biarlah rahsia. kahkahkah. 

memang la keje yang sekarang ni bagi aku stress. SANGAT. tapi, aku bersyukur sangat. BANYAK SANGAT aku belajar benda baru. start from zero and now, tak la hebat. still in learning process. tapi at least aku tau sesuatu. serius, jujur dan ikhlas aku memang bersyukur. berterima kasih sesangat la. 

new office, new environment. tak tau la sama ada it's a good decision or not. aku dapat offer tu agak lama jugak aku hold. sebab nak pikir bebetul. anggap la ni macam aku pergi belajar benda baru. try something new. walaupon still in the same field but maybe different job's scope. 

please pray for me haaaa.. wish me the best of luck! ok? Thank You.