Monday, August 29, 2011

salam syawal

kejap je esok dah nak raya. cepat betol mase berlalu. semoga di panjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadhan dan semoga segala amalan di dalam bulan ramadhan di terima oleh Nya. Amin.

di kesempatan ini, dengan rasa rendah dirinya aku nak minta maaf pada semua yang mengenali aku. mohon maaf atas segala kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak. mungkin aku tak sedar apa yg aku buat, ape yg aku cakap dah sakitkan hati korang. maaf ok?

Selamat Hari Raya utk semua. semoga anda bergembira bersama insan tersayang. masa raya, pakai la vogue2. kate setahun sekali kau. hahaha. makan tu berpada2. jangan mase puase berat turun 2kg bile raya naik 5kg. ni kire peringatan utk diri sendiri gak. ingat ye... MUSIM LEBARAN BUKAN MUSIM UNTUK MELEBARKAN BADAN. yg balik kampung tu, pandu berhati2. jangan nak rempit2 sangat. pada yg takde kampung mcm aku, best ok beraya di KL. TAKDE TRAFFIC JAM LANGSUNG.

kad raya memang takde ye. sorang pon aku tak hantar. mmuahaha. aku send sms raya je. tu pon kat sape yg aku ade no je. almaklumlah. hp aku baru rosak. hr tu dah suruh dah sms/PM me. sape yg wat je la yg aku save no die. pada yg aku tak send sms, aku msg kt FB/twitter je. pade yg aku langsung tak sms/FB/twitter bukan aku tak ingat kat korang or tak wat dosa kat korang. tp mungkin terlepas pandang. so, anggap la post kat blog ni utk korang ye.

ok la. nak kemas2 rumah. nak isi kuih raya. nak masuk duit dalam angpau. byk keje uols. esok raya katekan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, August 28, 2011

rambut baru ;)


bile nak raya ni sume nak baru kan. nak tukar perabot baru la. nak cat rumah la. nak baju baru la. nak kasut baru la. sume la nak baru. for this raya, baju baru takde. kasut baru takde. handbag baru pon takde. untuk membuatkan feel raya tu ade. maka ai pegi la membuat rambut. rambut baru uols. at least time korang eksen dgn baju korang ai leh eksen dgn rambut baru ai. mmuahaha.

at first plan nak perm kan rambut. tapi cam x confident la pulak. rambut haku kan teramat la lurus ke jalan yg benar. potensi untuk tak jadi tu ade. so,cancel. so i decided to color my hair. dah lama kot xcolor rambut. last mase zaman study dulu la. lagi pon aku dah malas nak sapu serum rambut utk hitamkan rambut. color original rambut haku not so black. ala2 dark brown sikit. so utk nampak hitam berkilat ala2 pompuan melayu terakhir memang haku kene sapu serum hari2.

to color my hair, aku pilih to go organic salon. so potential rambut ko nak hancus adalah sikit. cume kekurangannya ialah amek masa yg agak lama sikit dr normal salon punye color la. kate organic kan. merasa la berasap bontot haku duk atak kusi salon tu. nasib kusi die sedap. nak dekat 3 jam la aku buat rambut. color and trim sikit rambut. aku siap nak terlena dah. yelah kan. org men2 rambut ko. konpem rs ngantuk je.

mule2 rs nk trim sikit je rmbut. sekali my hairstylist suggest me to have fringe. mmuahahaha. takut ok. before this memang nak wat. tp ragu2. tp die beria2 suruh aku wat. siap aku bgtau die i dont want to look ugly on hari raya. hahaha. atas dasar percaya haku bagi la die potong. memang best la dgn hairstylist ni. die siap bgtau mekap yg sesuai dgn rambut baru ni. pegi kerja bermekap mmg bukan aku la. tak mekap pon dh lambat lebih dari sejam. apetah lagi bermekap. mau hari2 half day kan. mau lihat rambut baru ku? hahahaha... mcm ade org kisah kan dgn rambut ko...






































nampak lebih muda x? hahahahahaha....

Wednesday, August 24, 2011

sakit hati

sakit hati. sakit jiwa. geram. tensen. stress. sume la ade sekarang ni. pagi2 dah wat aku naik hangin. patut la masa on the way nak pg keje rase tak sedap hati je. rupenye akan ade something nak jadi. nasib la tgh pose. memang tarik nafas dedalam. banyakkan bersabar. ikutkan memang tak tahan sangat2. memang nak bla. tapi belom ade rezqi. kenapa la aku boleh jumpe manusia spesis mcm ni. manusia yang langsung tak reti nak hormat orang lain. sorry to say la. aku tak kira ko sape, ape pangkat ko. tapi kalau ko tak reti nak hormat org, sile jangan harap orang lain untuk hormat ko. jangan salahkan aku kenape aku ni kuang ajau. but please tengok cermin. cermin diri ko dulu. ko ingat perangai ko mulia sangat? siyes hari ni aku takde mood. yg lain2 jgn nak tambahkan tahap tensen aku ni lagi. sekian.

Monday, August 22, 2011

preparation for raya

KL hujan lebat uols. sejukkkkkkkk giler. terus pegi tido. hahaha. bangun tido terus perut pon lapa jeeeeerrrr. sebab pose xleh nak makan. maka aku meng-google gambar2 makanan. telan liur ko. serius tak tahan weh. macam bebudak kan. tp serius aku tergoda tengok makanan2 ni. ko letak bradd pitt dgn makanan. sure aku dah tak hirau bradd pitt tu. aku terkam makanan je terus. mmuahaha.

raya lagi seminggu je. ai langsung tak shopping ape pon. tak caya? aku pon xcaya. hahaha. mayb sebab baju raya aku tak siap. siap pon lepas raya. maka mood nak shopping tu takde sgt kot. lagipon aku punye kampung bkn jauh sgt pon. opis aku lagi jauh dr kampung aku. hahaha. tapi cuti tetap nak lama. mengalahkan org balik kelantan. nak pulak tahun ni dah jd cucu yatim piatu. tak bape meriah sgt la. lagipon aku tengok baju yg dah ready made ni tak bape nak glam. baju yg aku htr jahit tu lg vogue. hahahaha. maka, mak redha la noxx baju tu siap lepas raya. janji meletopppp.

handbag raya? so far xde yg berkenan. kasut raya? pon same. dah memacam kedai aku masuk. satu pon xde yg bertakhta di hati ku. design dah cantik, tak cukup tinggi lak. tinggi dah cukup, design pulak ke laut. aku beli mesti nak high heel yg tinggi melangit ye. baru la nampak kurus. mmuahahaha.


kalau setakat tinggi mcm ni. sebelah mata pon aku tak pandang. walaupon ni jimmy choo. maaf la dato. ai tak interested la with this high. walaupon aku ni takde la rendah sangat tp bile pakai kasut rendah2 ni, aku rase bek la pakai selipar je. kasut aku sume at least 3 inci. rendah2 xde kecuali ballerina shoes.





sekarang terliur tgk kasut lak. jimmy choo tu. kalau duit berkepok2 ni, aku dah rembat dah seploh. yg ni memang menawan hati. sexy. meletop. lagi halus lagi best. hahahaha. jatuh tergolek? choiiiii... jangan la cakap. alhamdulillah aku tak pernah jatuh tersungkur lagi. penah gak aku try kasut yg tak bape nak tinggi. tp rase cam tak sedap je nak pakai. i know. tak baik untuk kesihatan pakai tinggi2 ni. tapi takde la haku doplohpatjam bertumit tinggi. mampus patah kaki haku. ade mase2 aku akan rilex kan kaki aku la. kalau travel, takde la haku nak pakai high heels. hilang akal ke ape. selipar je aku sarung.

agak2 tak konfiden nak pakai yg halus runcing, boleh pilih wedges type. yg ni dijamin stabil. InsyaAllah tak tersungkur. kalau tersungkur gak, pakai selipar je la ko. mmuahahaha... wedges ni pon cantik. zebra gituwwww. teringat masa zaman sekolah dulu ade teka teki dlm banyak2 binatang, binatang ape paling sexy? jawapannya zebra. sebab buka zip nmpk bra. hahahaha. bodo! tp bile dah transform kat kasut ni ha. memang takleh dinafikan zebra ni memang sexy.


ok dah. nak sambung keje. puas dah cuci mata. bai!

Monday, August 15, 2011

serabut

kepala otak aku serabut giler. banyak gile benda dipikirkan kot. aku tak suke r nk serabut2 ni. kang xpasal2 stress. pastu nek jerawat. kulit berkedut. huhhh!!! tidaaaakkkkk! kalau xpose konpem dh makan banyak2 ni. pastu GEMOK! huaarrghhhhh... susahnye la haiiiiii... bek aku lepaskan everything dgn menaip kat blog sambil tekan keyboard kuat2 smpai nk terbenam. time tgh serabut2 ni kekadang datang la giler aku. buat keputusan membabi buta. kesian dowh babi. tetibe kene sumpah jadi buta. tu yg aku taknak tu. aku tengah memendam rasa ni. bukan memendam perasaan suke kat seseorang ok. tp rase memendam perasaan nak melempang orang. bley? mmuahahaha. aku ni nmpak je cam kuat. tapi kengkadang dalam hati ade taman gak. ade rase nak menangis gak. tasabau nak raya. bukan sebab nak beraya sgt pon. tp sebab nak cuti panjang. nak makan puas2. cuti aku dh selamat apply. bukan setakat cuti raya je. cuti lepas raya pon aku dah apply. hahahaha. approve ke x, len cite. ade aku kesah? ok la.. aku nak pergi menghiburkan hati. chow!








p.s : duahai kawan aku yg minta nama dirahsiakan.. hahahahaha... review tu nanti2 la aku wat ek.. sekarang tgh serabut.. kang aku wat ala kadar je tak meyakinkan ko lak..

Sunday, August 14, 2011

shopping ke?

di pagi2 ni gua tak tau nak wat pe. so, terase mau membebel di blog. dah 2 minggu pose, haku still x shopping pape. good job! sile berdiri sambil tepuk tangan utk aku. pencapaian paling bagus untuk aku. hahaha. aku pon tak tau nape. nak kate takde design yg berkenan. tak jugak. sume kedai peberet gua masuk gua pegang gua try gua letak gua bla. bley? bukan haku tak mampu ok! hahaha. ntah la. adakah ini petanda lanjut usia? dah tak beria sangat nak shopping? *terus berdiri depan cermin cek muke dah ade kedut tak*.

semalam tetibe je aku ajak mak aku pegi Jalan TAR. sebab busan tak tau nak wat pe kat rumah. sume kaum adam di rumah haku ni memang awal2 cakap taknak pegi. bagus! adik aku lg best. mati2-an cakap taknak. suruh hantar je pon taknak. yes i know. memang jalan jem giler vavi. but haku pergi n balik tanpa meredah jem langsung. siyes. tak tipu. n i know where to park my car without paying. bukan parking haram ok. how? inilah kelebihan traffic engineer. mmuahahahaha. riak ok. harus lah tau jalan short cut. jalan yg less traffic. harus lah tau tempat yg tak ramai org tau. kang kalau aku cite, sume pegi situ nanti aku nak pegi lagi dah jem. hahahaha.

aku yg ajak mak aku shopping, mak aku yang shopping lebih. aku tak beli langsung ok. tak tipu. aku menggunakan konsep tengok-pegang-try-letak-bla. hahaha. yg aku beli adalah makanan. hahaha. aku terliur tengok kuih raya. tu pon mak aku dah bising2. baru la aku tak beli. kalau aku pegi sorang, mau aku borong habis. mule2 tak panas sangat.bile tengahari, matahari dah terpacak atas kepala. rasakan. aku dah stat la pening kepala. orang pon ramai. aku dah risau aku hitam dah. hahaha. kata nak sambut lebaran. haruslah bg kulit cerah sikit. dah la balik penang hr tu, aku punye sunburn sume org tegur. puas ok tepek macam2 kat muke nk bg back to normal. walaupon aku bukan spesis kulit putih melepak tp idak la aku sanggup nak convert tu hitam kelabu walaupon kawan2 aku cakap greyish adalah trend sekarang. hahahahaha.

lepas mak aku dah habis shopping, cepat2 aku ajak masuk sogo. selain nak mencuci mate, adalah untuk mengambil ekon. hehehe. kat sogo lagi la ramai umat. berlaga-laga bontot ko. sape bonto besar nasib la. tersepit2 ko nak lepas. tu pon aku tak habis round sogo tu. separuh jalan aku dah bla. ramai giler. ko nak tengok pon susah. mak aku pon rimas. satu-satunye aku beli adelah set clinique. hahaha. tu pon sebab kat clinique takde orang. aku gatal2 tengok je. kot ade nak tambah colection ke. sekali terbeli. hehehe. nasib sales assistant die baik. pandai ko amek hati aku ye. sampai aku pon terbeli.

balik Jalan TAR, terus pg shah alam. pegi giant sec 13 sebab mak aku nak shopping barang dapur uols. ni memang rutin aku la. nasib mak aku ade anak pompuan. adik2 aku mane suke shopping2 ni. nak lagi teman mak aku. aku je sanggup. sebab due2 memang kaki shopping. like mother like daughter. hahaha. sebab memasing dah penat mengukur jalan kat Jalan TAR, so aku cakap ngan mak aku takyah masak. kite beli je. hahahaha. dasar pemalas haku kan. sepanjang pose, ni 1st time aku pegi bazar ramadhan. bazar kat stadium ni memang peberet dr zmn study. macam2 ade. best. aku dah tau ape nak beli n kat mane. kate pelanggan setia kan. tu yg malas nak pegi bazar. aku ni pantang tengok makanan. sume rase nak beli. hahaha.

balik rumah, aku terus timbang berat. hasil berjalan, kurang 0.2 kg. hahahaha. lepas berbuka konpem naik. tu aku tak timbang. tak berani nak terima hakikat. hahahaha...

Tuesday, August 09, 2011

melentur buluh biarlah dari rebungnya

now baru aku rasa betulnye peribahasa ni. betapa pentingnye ko nak lentur buluh tu awal2 bukan time dah liat. aku sekarang teramatlah super duper malas tahap dewa langit ke tujuh nak wat keje. gile dasyat kan tahap malas haku. tu dah kire tahap tertinggi la. sesunggunye aku tengah malas nak wat report. haaaaihhh. ko bg la aku pilihan untuk setelkan 5 model dgn wat 1 report. aku rela pilih setelkan 5 model dr nak tulis report. malas ok. malas. bile pikir2 asal la aku malas. baru la aku sedar yg dulu haku malas + benci giler nak wat karangan. tak kesah la in BM or english. dedua haku tak kose. and yes. buku karangan aku kire bersih je. sebab banyak yg cikgu suruh wat aku tak wat. hehehe. if dulu aku rajin wat karangan, mesti sekarang aku takde penyakit malas yang kronik ni. bukan ape. aku malas la. tak reti la haku ayat nak berbunga2 ni. sebabkan malas punye pasal, aku prefer menceritakan report aku dlm kaedah gambarajah. boley? report aku penuh dgn gambar. watever yg aku nak tulis, aku lukis. sape tak faham, aku consider lembap. mmuahahahahaha...... haip haip... pose pose.. kene jage kate2... :)

Tuesday, August 02, 2011

keluhan di bulan ramadhan

susah keje dengan omputih ni... ade die kesah aku pose ke tak.. macam nak pengsan hokeh. penat giler. boleh kire bape minit je aku duduk hr ni. silap2 aku buke kt opis minum air kosong je ni. mau meleleh air mata aku. mmuahaha. haaaaaiiihhhh.... dugaaan..