Friday, December 10, 2010

meroyan is over

fuhhh! aku baru balik lunch ni. lunch kat sogo berhraga RM100++. giler mahal tak lunch aku? maunye tak. aku makan roti je pon. tak sampai sepuloh hengget. yang mahal is shopping. ngehngehngeh. memang mencari nahas sendiri la kan. pegi lunch kat sogo. perut nyanyi lagu rock pon aku wat bodoh je. yg penting nafsu shopping aku puaskan dulu. hahaha.
minggu ni memang hazab la aku rase. beberapa hari yg lepas aku meroyan jap. dah la minggu ni aku tak bape sehat. demam. ni pon still x ok lagi. keje berlambak. isnin tu aku MC tapi tak serupa MC. demam2 pon aku gigih duk depan laptop wat keje. ko bayangkan la, aku makan ubat selsema n batuk yg konpem2 leh bg ngantuk tapi aku sikit pon takde rase nak tido. punye la giler otak aku pikir pasal keje smpai sikit pon xeffect untuk tido. nak tido pon, otak aku stil terpikir2 lagi bab keje. huh!
dah dapat MC, patut aku rest. tp terpakse jugak gagahkan diri wat keje sebab deadline tu hari ni. lepas tu haku meroyan hokeh. giler stress. keje berlambak. berhari2 aku design benda yg same tapi tak dapat2 gak. last2 aku menanges sesorang sebab stress. then sms kat sesape yg terpilih suruh wat lawak. hahahaha. giler senget otak aku. anyway, many thanx la pade yg respon sms aku. terharu aku. rupenye ramai yg syg kat aku. *perasan giler* hahahaha. lagi2 cik yuni. sudi mencurahkan kasih sayang kpd kawan yg memerlukan kasih syg ni. hahahaha.
Alhamduliilah, keje sume aku dah setelkan. now mase untuk bergumbira. walaupon tadi aku dengar bos aku ckp nk bg 1 projek utk handle. aku ni buat cepat katenye. cesss. siap puji2 aku. ko igt aku cair? sikit pon tak. aku wat bodoh je. walaupon die ckp tu mmg tepat2 pndang aku. aku wat bodoh. pekak kan telinga. mata pandang ke PC je. malas nak layan. ko hengat aku je staf ko? sila suruh org lain! keje haku berlambak lagi. if ko rase aku ni pekerja ko paling cemerlang pon, sile bagi bonus n naik kan gaji aku.. ;p baru aku wat keje tu. hahaha.
dis wiken aku nak bergumbira. hal keje campak longkang dulu... ;p 2010 pon nak habes. byk plan utk nex year dah di buat. rase tak sabau pulak. cuti pon aku dah kira2 ni. tunggu mase je nak submit. approve ke tak, len kire. nak cuti jugak! 2011 adelah mase utk aku rilax kan otak n badan. kepada manusia2 yg suka mengacau hidup aku, sila berambus sebelum aku terajang. hahahaha. cukup gangster x? ;p

Tuesday, December 07, 2010

Harapan 1432 Hijrah

Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga kita semua berhijrah ke arah yang lebih baik. Di tahun yg baru ni, aku harap aku lebih kuat, lebih tabah, lebih berani, lebih cekal, lebih gigih, lebih segala2nya la untuk hadapi cabaran2 yg akan datang dlm hidup ni. Amin.

Semoga 1432 Hijrah jauh lebih baik dari tahun2 yg sebelum ni. Lebih diberkati. Di murahkan rezqi. Di permudahkan segala urusan and semoga aku lebih banyak membuat amal di tahun baru ni.

Kepada insan2 yg suka mengganggu hidup org lain, henti kan la. sudah2 la mengacau ketenteraman org lain. Cari la life sendiri. Semoga korang mendapat petunjuk dari Allah.


Monday, December 06, 2010

our romantic dinner

last Friday we enjoy dinner together at Big Food, Shah Alam. i'm really happy. we non stop talking and laughing. when we spend time together, i'm totally forget whatever problem i have.




thanks friends. love u all. hopefully our friendship will last forever.
xoxo


p.s. : macam jiwang la pulak kan? korang jangan muntah tau. hahaha.
..

Friday, December 03, 2010

makan makan membina badan

yup. itulah xtvt aku last wiken. makan kawen makan kawen. tp bukan aku la yg kawen tu. hehehe. i had very great wiken. thanx 2 kekawan terchenta. on sat, my gf's e-day. sape? opkos si beautiful betty. diorang ni lame dah bercinta. sejak zaman uni. alhamdulillah, tercapai gak hasrat bety nak bertunang. mmuahaha. sorry la xdpt nak stay lame on ur e-day. agak terkilan gak xdpt tgkp pic bebanyak. hehe. tp xpe la. bak kate betty, takut gak aku lelame. takut muke aku je yg penuh nanti. sabau je la haku kan.


ni cilok dr FB betty. cun kan?gojez giloz macam ratu bollywood hokeh.


sesi mengambil berkat memang takleh dilepaskan.

bergambar dgn betty mmg xbanyak. tp bergambar gedix sesame sendiri memang berlambak... ;p

mase kat rumah betty ni, kelam kabut aku balik coz org segamat berjaya smpai port klang tanpa sesat. mmuahahaha. ikin datang amek aku untuk pergi wedding kat bora asmara. environment sangat nice. not only for wedding, nak dating pon ala2 romantik gitu. hahaha. time ni memang perut aku dah lapar la. tak pandang kiri kanan. terus makan.

pengantin sangat cute kan? sila abaikan kegemukan aku. xtaly, aku tak gemuk. baju tu je wat aku nmpk gemuk. hahaha. giler takmau ngaku kan.

kejap je pon stay kat cni. coz mule2 aku patutnye kene pegi site. tp hujan la pulak. maka, x kose la haku nak berhujan2 dgn berbaju kurung ni. so, kitorg terus balik. on d way ikin nak hantar aku balik, lalu depan UiTM. betul betul UiTM di hati ku la. kitorang masuk UiTM sebab nak bergambar hokeh. hahaha. gile gile..memang gila lah.


amacam? cukup gedixxx? ;p

pose paling gedix sekali... ikutkan nak bergambar lagi, tapi hujan selebat2nya. tak kesampaian hajat nak xplore UiTM. br setahun lebih kot tngalkan UiTM. tp dah memacam improvement aku tengok. disebabkan hujan, perut lapar. sebelum balik rumah singgah Pak Li makan chicken chop. hahaha.

hari ahad hari untuk makan too. ade 2 kenduri ai kene hadir. maklumle, org fofuler. byk la dapat invitation. hahahaha. sile lempang sekali. perasan giler. mule2 aku pegi wedding classmate kat UiTM, ted kat ampang. aku, ogy, atin, n dawi sampai lbh kurang 12.30. kitorg rase xde la awal sgt. tp xde org hokeh. nak makan pon malu. padahal perut dah lapar giler.



seeee..... meja sume kosong. kitorg antara yg terawal...

lepas makan, nak tunggu pengantin sanding pon lame gak. kitorang tak kesah. cool je. bergambar je la kerjanya. bak kata atin, lepas muke aku, muke die pastu muke ogy. takde muke lain nak bergambar. naseb ade midawi, our photographer ;p


pictures at the main entrance.... nice kan?



mereka sangat sepadan. semoga kekal ke akhir hayat.. :)


sebab dah lambat, tak dapat nak tunggu nak amek pic dgn pengantin. tp sebab nak jugak amek berkat, amek dari jauh pon ok la.. ;p

lepas ampang, our next destination is beranang. giler jauh. even bawa auto pon aku rase penat kaki. dah la hujan. jalan jem pulak. haiiihhh. naseb haku hari2 training sangkut dlm jem nak dekat 3 jam. so, ape ade halllllllllll.

pasangan yg sangat cute. the bride was my rumate mase study dulu.



muke senyum sampai ke telinga sebab dapat bergambar sambil mengambil berkat dekat giler dengan pengantin.

lepas salam2 mmuahh2 gambar2 dengan pengantin, terus makan sebab lapar giler. hujan la katekan. jauh pulak tu. lepas makan hujan lebat giler. midawi jadi hero tukang pinjam payung tuan rumah. hahaha. kalau x, mau smpai malam tunngu hujan berhenti. baru je lepas makan umah kema, aku ajak diorang pegi makan sate kajang. hahaha. aku paling banyak makan. diorang makan sikit je. sume stok jaga badan. haku je yang membina badan. sorry la. its not easy for me to say no to food. bak kata midawi, aku tak masuk dalam list bakal dingorat oleh die sebab kuat makan. hahahaha. siot je. esok klau bini ko kuat makan, memang guling2 aku gelakkan hokeh.

tengok muke diorang. muke tersiksa nak habiskan sate yg 5 cucuk tu. aku rilex je makan berbelas-belas cucuk. yg 5 tu memang dah xmmpu aku nak telan sebab baju dah tertetas.

sekian cite makan makan bina badan. tuan punye blog mau pegi makan :)
p/s : harap maap le tulisan berterabur. penat aku betulkan tp stil senget2 pulak. maklumle. bute IT. hahaha...

Thursday, December 02, 2010

panas panas panas

semalam jcard day kat jj bukit tinggi. hari ni ade lagi. last day tau. wajib la haku lepas kerja terus ke sane kan. giler ko nak lepaskan peluang buang duit? mmuahahaha. padehal xde la byk pon bl brg kat jj. byk kt kedai2 lain. tak banyak tak banyak pon, sampai pukul sebelas lebih la aku shopping.

ape yg panas panas sangat tu? meh ai story. xtualy plan nak beli jeans. first masuk levis. SA tu ckp new design belom datang lagi. nex week baru smpai. so, tengok2 je la ape yg ade. sebab lately ni terlampau asek makan sampai before tido klau tak melantak sepinggan nasi, xlena ai tido ye.untuk pengetahuan, walaupon aku makan macam membela setan bak kate korang kan tapi size jeans aku MAINTAIN ok. tak berubah. hahahaha. fuhhh. lega. klau saiz dah bertambah, memang pitam la aku kat levis tu. tp aku xbeli pape pon, sebab nak tunggu design yg baru.

next destination is MNG. xde design yg berjaya menawan hati beta. tp, aku amek setiap cutting utk try. skinny, straight n boot cut. tetiga aku try. kat levis pon same. syyuuukuuuuurrrrrrrr. size MAINTAIN. hahahahaha. agak riak aku ye.

for conclusion, aku punye berat still MAINTAIN. maka plan diet beta postpone nex year. konon new year new me. konon je la. buat ke tak lain cite. yang penting aku dah pasang niat. HAHAHAHA.
p/s : ape aku shopping semalam, malas nak cite. sebab cite aku MAINTAIN ade lah tujuan utama entry ni di post. hahahaha. memang riak. tapi feduliiiikkk. ini blog aku.. :p