Saturday, December 31, 2011

borneo paradise part 3

cite ni buka saje dah basi. kalau makanan tu, dah berulat2 dah. memula aku rase cam malas dah nak hapdet. sebab super duper basi dah punye story. tp bile ade memember tnye psl trip pg KK, so i think bek la aku update. kot2 leh jd reference untuk sesape. dah aku buat amal secara tak langsung kan. lagi pon aku kan bz mengalahkanPM. kekadang bile org tnye itu ini nak story mory dgn detail mmg la tak dapek. so, aku just leh bg link je kt cni. aku try la basuh otak aku utk ingat balik ape yg jd kat KK dulu. mmuahahahaha.

hari ke3 adalah hari menghabiskan sisa2 duit yg ade which is peberet sume org di kala duit melambak2 iaitu shopping. hari ke3 ni, kawan kitorang mase kat uitm dulu yg tolong bawak kitorg jejalan kat KK ni. thanx cici! dlm pkl 12 mcm tu kitorg check out. first sekali haruslah mengisi perut yg kebulur. kire breakfast + lunch. aku lupe name kedai tu. tp cic ckp kedai tu antara yg femes kat kk. gambar pon xde. sesap pabile makanan depan mata, memang aku dah xingat benda lain dah. yg ade dlm kepala is makan je.lepas perot dah kenyang, baru ade energy nak berjalankan. kitorang ke pasar filipin lagi. this time cici ade, so lg senang nak tawar menawar. kalau die tau ko pelancong, mesti la die jual mahal kan. so ape2 yg kitorg nak beli, kitorg bgtau cici n die tolong bargain kaw kaw.



ni la keadaan pasar filipin tu. sempit giler. bile kt dlm ni, mcm sauna. basah ketiak hoi! berminyak2 muke aku. memang tak dapek nak watpe. memang panas dlm tu. oh my tanned skin! hahahaha. giler gelap aku kan. kesan sunburn pegi island hopping.


aku beli gelang mutiara. jenis mutiara yg aku nak takde design yg aku nak. so adik ni tolong wat ikut ape yg aku nak. korang leh je nak design ikut suke korang. diorg ok, janji ko ade duit nak bayar. mmuahahaha.



ko tengok betapa beria diorang menawar2. aku n maro berposing2. hehehe. kat kedai ni segala ikan masin, ikan bilis, udang kering, n banyak lagi la kitorang borong.


lepas dah berpenat lelah kat pasar filipin tu, memang kering la tekak ko kan. penat tawar menawar. so cici bawak kitorang try YOYO. kalau xsilap aku la. memula aku taktau ape benda. penat si maro xplain kat aku. tak faham2 gak. hahaha. rupenye ala2 bubble tea la. tp kat KK ni yoyo. canggih giler yoyo ni. ko nmpk kat dinding tu ade no? tu no giliran ye. sebab mmg ramai giler yg beli yoyo ni.

our last destination is Tanjung Aru. ke Tanjung Rhu. aku pon konpius la. serius dah tak ingat. kat cni cam port lepak2 la. santai2 tepi pantai. kitorang siap beli kacang la jagung la. lepak2 borak2. saje nak buang mase sebab flight balik lambat lagi.




ni tengah lepak2 tengok budak2 remaja masa kini menari2 bagai. nak practice masuk showdown kot.. ;p


auwwwwwww. aku suke pic ni. suwittttt sangat. hahahaha


ni men2 tulis name kat pantai


goodbye KK! InsyaAllah ade rezqi, aku nak pegi lagi coz i luv KK.


Friday, December 30, 2011

last day

hari ni last day keje for 2011. harap2 la. if tetibe aku kene keje esok, memang la xdapek den nak kate pape. kite hanya merancang. tp Tuhan yg menentukan. kejap je dah nak masuk 2012. ngeriiiiiii. tahun depan umo dah meningkat. *terus sapu krim anti kedut*

2011 tak tau la nak kate best giler ke tak. biase je kot. cume stress keje. tu yg aku asek berjalan sane sini. selain dr shopping, travel salah satu cara utk release tensen. rasa aman je bile ade kat tempat yg kite tak brape biase. xjumpe dgn org yg kite kenal. pastu off henpon. aman hidup!

hr ni nak keje pon xde mood. mood cuti aku dah kua awal2. lgpon ramai org cuti kan. meeting pon byk cancel dis week coz org tgh cuti. aku je rajin gigih bekerja mase hujung2 tahun ni. nak wat camne. kene la gigih cr duit. kalau duit tu datang menggolek, turun dari langit ke memang aku tak keje. aku duk rumah tunggu duit jatuh je. ni pon aku wat keje rilex2 je. sambil wat keje sambil download running man. mmuahaha. korang layan x running man? lawak giler nak mampos. time aku stress, aku layan running man. happy sikit.

azam tahun baru? perlu ke? 2011 aku azam nk kuruskan badan. tercapai memang tercapai. pastu gemok balik. mmuahahaha. camne tu? nak kire tercapai ke tak? konpius ahkak. so, nex year je la ai start diet.

aku harap 2012 aku dapat tukar keje. SANGAT BERHARAP. sile la doakan untuk aku ye. aku dah penat la keje kat cini. sakit otak. sakit badan. yang paling sakit is sakit hati. aku rase dah lame giler dah berkhidmat kat com ni. cukup2 la tu. cume tu la. takde rezqi lagi. nak wat camne. kalau banyak duit. aku dah benti dah. duk rumah je. tp sebab duit tak banyak menimbun2, tabahkan jugak la hati ni tuk dtg keje.

aku doakan 2012 ni jauh lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya. 2012 memberi lebih kebahagian dan kegembiraan untuk semua orang. aku nak semua orang happy. bile happy, akan senang hati. bile senang hati. mesti gemok kan. nnti takde la aku gemok sesorang. gemok reramai dgn korang. . ok x? mulia tak aku? mmuahahaha.

okla. happy new year & happy holiday! have fun :)

Wednesday, December 21, 2011

penat giler

lately ni aku rase penat giler tahap takleh bla la. penat badan n penat otak. maka super duper penat. energy level equal to zero. ni pon aku siyes xlarat giler. cam nak pengsan pon ade. tp kuatkn diri. kang kalau pengsan kang satu hal lak orang nak mengangkat. kalau ringan takpe gak. ni dah la gemok. dah la penat letih bagai, pastu dpt sindrom susah nk tido. lg la tensen. tak cukup rest sangat. aku pon tak tau la nape. petanda lanjut usia kot. badan rase penat n sakit2. nak je aku telan ubat tidor. tp kang len penyakit lak dapat. penat ok. ko dh penat giler badan. otak pon dah penat. ko rase nak tido sesangat. tp puas lah ko pejam mate bergolek2 badan tp takleh tido. tensen tol aku. macam2 petua aku try dah. minum susu la mandi air suam la. nan ado. sume tak jalan. ade tip nak share? *tenkiu*

k la. aku tak tau nak tulis ape pon sebnanye. tp nak wat keje aku xlarat sgt. nak melalut pon tetibe takde idea. aku nak balik rumah je. duk opis pon bkn larat nak keje. kthxbye!

Thursday, December 15, 2011

broken heart




COPPP! Takde kene mengena dgn aku. saje nak share utk yg tgh patah hati. ok. thanx. bye!

Friday, December 02, 2011

SIKSA

mata ini yang melihat
tidak kau lihat apa yang ku lihat
andai kau lihat apa yang ku lihat
kau merasa kesengsaraan ku

telinga ini yang mendengar
tidak kau dengar apa yang ku dengar
andai kau dengar apa yang ku dengar
kau mengerti penderitaan ku

hati ini yang merasa
tidak kau rasa apa yang ku rasa
andai kau rasa apa yang ku rasa
kau mengerti duka hati ini

jiwa ini yang derita
tidak kau tahu derita jiwa ini
andai kau tahu derita jiwa ini
tidak kau persoalkan tindakan ku