Monday, May 14, 2012

jom pergi holiday!



saya sudah! anda sudah? mmuahahahahaha. kalau belom, ape lagi. sileeeeeeeeee la book ticket anda sementara tengah murah ni. now sale for domestic only. international belom lagi. nanti kalau international ade yang murah, kita book la lagi. kahkahkah. Terima Kasih Air Asia. Now everyone can fly :D

Thursday, May 10, 2012

wedding orang johor

lame tak hapdet kan! sebab hari ni ai MC, maka marilah hapdet blog dengan cite basi. mmuahaha. bile dah bese sebok dengan keje, tetibe kene rilax je, rase bosan gak. penat dah aku baring je. klau ikutkan mak aku, nak on laptop pon die tak bagi. die suruh aku rest bebetol. 

hujung bulan lepas, aku pegi JB dengan kembar kesayangan hati beta. classmate aku kawen. sekarang kan musim mengawan. tetiap minggu ade je wedding invitation kan. lagi lagi kalau di tahap umur cam aku ni. memang kebanyakkan kengkawan dah kawen. pegi kenduri kawen tu memang best. yang tak bestnye bile orang tak henti nak menaye giliran ko bile lagi kan. letih la ai nak jawab soalan cliche tu.

kembar kesayangan hati beta. seronok sangat tau. dari KL sampai ke JB tak benti cakap. gelak je memanjang. banyak nau gossip nak hapdet kan. mmuahaha.

ni lah kawan aku. mun. cantik kan? aku rase sume pengantin kat dunia ni cantik. seri pengantin kot. berseri seri je muka. wajib la kan sesi mengambil berkat bersama pengantin ni. ;p

aku sukeeeeeee sangaaaaaat wedding mun ni. meriah sangat tau. happening. maybe sebab kedua-dua family sangat sporting. ni first time aku attend wedding kat johor. baru la aku tau, kat sini ade sesi collect toll dr belah pompuan ke pihak lelaki. i loikeeee. hehehehe.

toll gate girls. kitorang jaga tol last sekali. kat tangga nak naik pelamin tu. dah la anak dara tak elok duk kat tangga. ko duduk jugak kan. pastu mintak duit lak tu ;p

meriah sangat kan? berpeloh pengantin tau. tp mase tu memang panas sangat tau. memang berpeluh nak mati lah. dah la haku pakai baju yg jenis ade lining. lining pulak agak tebal. rasekan! mandi peluh. muke memang berminyak la. boleh buat goreng ikan kot.

kenal tak auntie ni? hehehe. aku nengok kengkawan aku amek pic dengan die. haku pon nak jugak lah. tak nak kalah! oh, ni mak mentua kawan aku ye.

sesi bergambar bersama pengantin. ni sume kengkawan zaman study dulu. harap jumpe time kenduri je la. memasing busy.



lepas je kenduri, kitorang menyinggah ke Johor Premium Outlet. not bad la kat sini. nak kata murah giler tu takde la. make up ye murah. baju ke handbag ke tu bese je la. kat sini je dah lama. memasing tak ingat jalan pulang. bayangkan lah pukul 9 lebih still kat sini lagi. aku sampai rumah nak kat pukul 3am kot. esoknye pegi keje memang ngantuk la. penat giler tapi besh!


Friday, April 27, 2012

birthday celebration

this year tak celebrate jejauh. celebrate kat sini je. kebetulan 11 April tu cuti, so terus lah plan nak celebrate dengan kembar tersayang. sebab hari tu public holiday, malas nak ke KL. konpem memane jalan jam nak mampos. So, we decided to celebrate kat alamanda, putrajaya.

Aku ni memang la tak expert dengan jalan kat Putrajaya ni. setiap kali pegi kalau tak sesat memang tak sah la. aku pegi berdua dengan nanai. memule konpiden je makcik tu drive. aku bajet die tau jalan. sekali aku tengok jalan yang die lalu len macam je. tanye die, rilex je die cakap tak tau. die tengah agak2 je ni. boleh cenggitu??? pastu aku pon on GPS, sekali GPS pon boleh tahan gak gampangnya. ntah memane ntah die tunjuk. 

sampai je kat alamanda terus makan dulu kat kenny rogers. pastu karokeeeee. sukeee. lame giler kot aku tak karoke. aku rase lagi banyak gelak dari nyanyi. ade je benda yang kelakau sampai nak terkencing aku gelak hokeh.


bajet 3 suara la konon. tp mic ade 2 je. pastu menggelabah nak pas. mmuahahhahaha. 



kek besday. patutnya bob join sekali. tapi last minit kene keje. wat to do. kami bertiga je la yang celebrate sesame. next year ye bob kite celebrate sesame lagi.

happy weekend uols!

Monday, April 23, 2012

isnin

hello uols. lame siot tak hapdate. bukak blogspot tengok dah len. terkial-kial haku nak hapdet tau. orang buta IT cam ni la. rindu weh nak membebel sesorang kat blog ni. memacam story ai nak share. eceeehhh bajet artis btol. rase cam nak lempang tak? mmuahaha. story bandung pon tak habes lagi. tapi haku kan busy nak mati.

last week seminggu haku tak masuk opis. maka hari ni super busy. tapi ya ampun mata haku. tak leh nak bukak langsung. dah rupe orang berjalan sambil tido ok. wiken hari tu aku pegi JB. sampai rumah nak kat pukul 3. 3 pagi uols bukan 3 petang. memasing lupe diri tak ingat jalan pulang. bajet cam tak keje je memasing kan. hamek ko. hari ni menderita la haku. jap lagi aku nak pegi meeting. semoga haku tak tertido la dalam meeting. menguap seribu kali tu normal la. tak cukup 1000 kali, bukan haku la tu.

ok lah, aku nak sambung tido wat kerja. nanti bile free dan mood rajin sudah mari, gua hapdet beribu-ribu lemon story. ok, itu tipu.

Selamat bekerja uols. hari ni baru isnin, jangan memalas sangat ye. jumaat jauh lagi!

Tuesday, April 10, 2012

TERIMA KASIH

hari ni besday ai sweet-17. terima kasih bebanyak pada korang yang wish tu. your wonderful wishes buat ai gembira sangat walaupon hari ni aku busy nak mampos. aku duk opis 2 jam je kot. yang lelain bukan mengulau ye. tapi meeting. aku dah lame weh tak ngulau mase keje.bukan memain punye tahap bz aku sekarang ni. lunch hour pon kekadang kene keje. tapi tu lah. selalunye orang len kalau sibuk boleh kurus. tapi aku tetap la takde effect langsung. sedih ok!

yang menanye aku celebrate kat mane this year, aku celebrate kat opis je. eh silap kat meeting room bersama clients. sedihnye la hai kisah aku. last year siap pegi celebrate kat kuching. this year bajet lari. mmuahahaha. maka sambut dediam je sudah. lagipon umo bukan mude sangat dah pon. #sentap *terus sapu anti aging cream*

sempena ulangtahun kelahiran beta, dengan sukacitanya beta ishtiharkan esok cuti. mmuahahahaha... *larikkkkkkkk*