Friday, April 29, 2011

ape ni???? allergi tau!

lame tak hapdet. bz noxx. hehari masuk opis setengah hari je. dah la sampai opis pon dah pukul 10am. pernah pulak aku masuk on time kan! pastu 1 lebih dah kene bla. bukan pegi mengular ye deq non. akak pegi mencari rezqi. keje berlambak yang amat. dis wiken cuti panjang sikit kan. senin pon cuti. nikmat ye nikmat. tapi tak la bape nikmat kat haku. sebab aku kene keje. kalau tak nak datang opis pon. kene wat kat rumah. bos pedulik hape aku datang ke tak. suka hati aku la. janji nex week kene lempar submit kat dia. keje memang bertimbun gile. matilaaaa. bertambah teruk la lebam kat bawah mata. mati la. kene pegi carik eye cream.

aku rase sepanjang dis week, bertimbun2 sms masuk kat hp. bukan sms dr peminat hoi. sms untuk sale invitation. sale are everywhere. menggeletar tubuh haku baca. sumenye cantik menarik kebabooom la duit ko. 50% la 70% la 90% la. teruja? haku lagi teruja. lagi2 some invititaion are for branded items. mari lah semua yg membaca post ni, angkat tangan dan berdoa semoga aku tabah menghadapi dugaan syaiton yg direjam ni. dah la tak gaji lagi. mane aku nak korek duit nak shopping. kalau bulu laku, dah aku cabut dah buat shopping. silap2 aku beli krim untuk cepatkan pertumbuhan bulu. mmuahaha.

aku tengah berapi2 ni. 1 opis dah gaji. cek dah clear. tp aku punye tak. watdehek kan. padahal pg bank in cek tu sesame. vavi tau. hr ni kalau aku terjumpe staf maybank, memang aku lempang sesorang. lepas geram. hahaha.

sesungguhnya aku ni adelah amat allergi dengan perkataan SALE ok. sangat tak keruan. kekadang aku akan amek cuti just because nak pegi shopping. boleh? lagi kalau sale giler babi. kang kalau lambat, susah nak cr size la design tak besh la. pastu parking problem la. bek amek cuti, pegi pepagi. kalau shopping, sanggup aku bangun pagi kan. aku penah terpacak kat mid valley tu seawal 9pagi ok. semata sebab nak shopping. datang opis pon tak pernah seawal tu. hahaha. mati la kalau bos tau. tau je la mid valley tu payah nau nak parking. tak kire la weekday ke weekend. same je. memanjang full. aku penah spend 1hour just to find parking. tensi hokeh. tp memandangkan awal2 dah pasang niat nak shopping, kena la tabah babe. tp rase tensi tu kejap je. bile ko dah jejak kaki kat kedai2 dalam tu, hilang segala tekanan. lagi2 ko dapat borong sakan. nikmat nikmat. susah la nak digambarkan dgn kata2. ia adalah sesuatu perasaan yg indah. hahaha. kelas ayat aku kan.

bagus jugak la keje bertimbun2 ni. aku berharap aku berkurung kat rumah utk setelkan keje dan lupekan panggilan shopping complex yg memanggil2 tu. hopefully kalau pegi opis tu aku tak "ter"singgah kat mid valley ke ou ke the curve ke. hahaha.

ok la. aku nak pegi makan. hopefully tak terpesong la niat aku kan. sesungguhnya niat aku nak kuar ni adalah sahaja aku kua dr opis adalah untuk mencari makanan untuk mengisi perut bukan la untuk menjejakkan kaki ke mana2 butik atau kedai untuk membeli belah menggunakan credit card. Amin.

Thursday, April 21, 2011

sweet celebration - day 3

kitorang kat kuching ni 3 hari je. bukan taknak lame2. tp memasing cuti susah. aku pon tak tau la annual leave aku tinggal bape hr. tahun ni memang banyak nak cuti. cuti sebab nak jalan2. hehe. tu belom masuk cuti raya lagi. aku kalau cuti raya memang over. paling afdal nak seminggu. tak feel la cuti kejap2 ni.

last day ni memang kitorang bangun2 tido je terus pasang niat "sahaja aku berada di kuching pada hari last adelah untuk memajukan ekonomi rakyat kuching". maka, kene la bershopping ye rakan2. kat tune hotel ni ko kene check out awal ye. pukul 10am dah kene berambus. tp takpe, dont wory. ko stil leh tumpang beg kat hotel ni. diorang charge RM2 per bag. bayar je la kan. melainkan ko sanggup nak pikul ke hulu ke hilir beg ko tu.

1st stop is pasar satok. ni pon tempat wajib pegi hokeh. tempat paling femes untuk cari ikan terubuk masin. kitorg sampai dlm pukul 9 mcm tu. breakfast dulu. kumpul tenaga cukup2. nak shopping ni. kene ade energy. hehehe. kat cni mcm2 ade jual. brg2 kraftangan ade, makanan ade, ikan masin ade. kitorg tak shopping sangat kat cni. just beli ikan terubuk masin je. aku ni tak makan ikan masin. tp ikan terubuk masin ni aku mampu telan tanpa sebarang rasa loya2 yg mengakibatkan muntah. hehehe. tak borong banyak pon. just utk family aku n makcik aku. aku bl kat pakcik yg sama aku pegi mase hari tu. siap ckp hr tu aku dh datang, dis time kn bg diskaun la sebab siap bawak kawan2. makcik tu siap cam aku. ntah ye ntah die salah org aku pon tak pasti. tp takpe, yg penting dpt diskaun. hahaha. kat pasar ni sile gune skil tawar menawar korang ye.

lepas dah jejalan kat pasar satok ni, terus ke main bazar. oh ye, for third day our transport is taxi. tak mahal pon tambang dr hotel ke satok. belas2. aku lupe dah. kat main bazar ni la yg banyak membuang mase. hehe. rambang mate. cni memang mcm2 leh dapat. gelang2 manik tu memang banyak la. rambang mata tau. terpaksa beli. kang tak beli, tak lengkap la sarawak's trip kan. sarawak femes dgn blackpepper. kira, item wajib beli gak. hahaha. kat main bazaar ni byk benda utk decorate rumah la. kebanyakkan dr kayu2 ukir. ade pasu sarawak gak. bawak je duit. sume ade. kain pua kemubu untuk alas meja pon cantik2. tu pon item wajib beli tu. hahaha. sumenye wajib mane la tak habis duit kan. kain batik serawak pon cantik. sempat aku sambar satu utk match kan dengan kebaya yg aku beli kat bandung hari tu. hehehe. paling best aku dpt beli tali pinggang yg selalu mase menari dulu ade gune. tali pinggang zmn dolu2 yg dr besi tu. puas aku cr. kat semenanjung tak jumpe. jumpe kat kuching. excited giler smpai terus cal mak aku. sebab aku asik ngadu kat mak aku nak tali pinggang tu. nape mak aku tak simpan die punye dulu. hehehe.

lepas dah puas buang duit kat main bazaar, jom kite makan ye. kalau bershopping, mmg leh lupe sumenye. lupe tak makan lagi. tu diaaaa. penangan shopping. kitorg luch kat ipoh kopitiam. not bad la makanan die. lg pon tgh lapa. telan je la. dis time aku tak banyak sgt try local food. lgpon takde rs mengidam sgt kecuali cendol tu la.

lepas makan, jom nek bot ye. kite beli kek lapis pulak. mase nak tunggu bot ni, lawak hokeh. dapat makanan free sbb ms tu diorg tgh agih2 makanan utk kerja amal. hahaha. nampak nau cop muflis kat dahi kitorang kan. sampai layak dpt makanan free. tp mase tu dah kenyang. mmg tak larat nak telan dah. nak buang sayang. tak smpai hati. org afrika berebut2 nak dptkan makanan free. kitorg suke2 nak buang. tak baik tau. rezqi wat mcm tu. so, kitorg pegang je la sepanjang nak ke seberang utk beli kek lapis. mane2 ade jual kek lapis. tp yg paling femes kek lapis dayang salhah. hr tu datang pon aku beli kat cni. dis time dtg dh byk perasa baru. rambang mate hokeh nak pilih. sume sedap. sampai2 je kat seberang, kitorang ade lah nmpak pakcik2 kat situ. niat nak bagi kat diorg makanan tu tp segan. tak tau nak bg macam mane. sekali tak sempat kitorg bukak mulut, diorg terus mintak. hahaha. rupe2nye diorang ingat kitorg ni pekerja amal. mane tak, masing2 bawak2 beg besau. konpem pakcik tu ingat kitorg bawak beg nasi padahal tu beg kitorg sumbat brg2 shopping. malas la kan nak pegang banyak2 beg plastik. so, bawa 1 shopping bag then sumbat terus sekali sume. setel!

barang2 sume dah habis beli. duit pon dah habis. tp still ade mase. flight kitorg pukul 7. mase tu br pkl 4 kot. awal lg nak pg epot. kitorg wat selambe je lepak kat lobby tune hotel tu walaupon dah check out. hahaha. siap borak2 dgn pekerja situ. paling best borak dgn pak guard. hahaha. tgh beria tangkap gmbr sendiri, last2 die offer nak tolong. kat tune ade kusi urut. minimum kene masuk kan singgit utk bape minit ntah. tu je la xtvt kitorg. hari2 lepas balik merayau, harus duk kat kusi tu. massage. bg lega segala urat2...

mase ni memang penat giler lah. dgn bdn melekit2 sbb cuace pns. tp takpe. dlm flight kitorg bantai membuta. naik2 terus psg safety belt pastu trs tdo. tak sempat nak dgr stewardess tu cakap2. masing2 dah hanyut.

bg aku la kan, kuching ni besh gak. ms 1st time pg hr tu tak sempat nak jln sgt. ye la. kate pon bisnes trip. haruslah bekerja. dis time kitorg pon tak pg jln2 sgt. byk rilex2 cuci mata. shopping. mcm kwn aku si has siap pg yg tmn buaya, org utan, msk tmn negara sume. kitorg mmg tak la. mmg saje2 nak tenangkan fikiran. if people ask me whether they should go kuching or not, definitely i will say yes. nice place to go n for me org kuching ni baik2. peramah. so takde prob utk travel... *eceh, siap promote*. if nak tanye pape info, feel free to drop ur comment or email me. :)

p.s. : pic banyak2 upload di FB ye. kalau upload byk2 kat cni, bukan blog namenye.


Wednesday, April 20, 2011

sweet celebration - day 2

hari kedua hr peberet sebab besh gilak. sebab tu entry ni panjang giler. agak2 tak suke, sile tekan pangkah. hehehe. aku n ikin share birthday. last year kitorg celebr8 sesame gak. dis year, Alhamdulillah ade rezqi nak sambut sesame gak. nex year tatau la. kot2 ikin dah kawen, xdapat la kan. hehehe. xtualy our birthday is on 10 april tp kt cni kitorg celebr8 awal sebab bajet ade kat oversea. mmuahaha. acah je. sebab kitorg nak fly balik on 10 april. takut tak sempat sebab byk brg tak shopping lg so we decided to celebrate awal. alaaaa. awal ke lambat ke xde beza sgt. kitorg ttp awet mude. kah kah kah. *nah baldi! sile muntah*

hr kedua ni plan nak pegi sarawak culture village. yg ni mmg jauh. k
n ade transport. but dont worry. byk je ejen2 yg sediakan pakej utk pg sana. kat tune hotel ni pon ade gak. RM 110 utk transport pg balik n tiket masuk culture village tu. tix utk culture village RM 60. ni hrga tetap. tp bese la kan, dh name pergi ngan cik kiah destinasi bajet haruslah cr yg lagi murah. kitorang amek pakej kat Grand Margherita Hotel. lg murah. RM 80 je utk transport pg balik n tix masuk. kitorang ni kan peramah. org lain takde nak berbual ngan pekerja hotel tu. kitorg siap duk kat kaunter die borak ngan pakcik n akak tu. berkat keramahan mulut, akak tu bg diskaun kat kitorg. sorg RM75 je. seeeee.. tak rugi kalau berbuat baik ni. hehehe.

ni transport yg digunekan nak ke sarawak culture village. dlm 10 org muat la kot. kitorg amek yg plg awal sekali. pkl 9lebih. sebab kitorg nak balik awal. dah ade plan lain. nan
ti kalau dah sampai, driver tu akn tnye korg nak balik pukul bape. kene cop awal2. takut full.

ni rumah2 yg ade kat sarawak culture village ni. kire if ko dtg cni, ko ta
k yah susah nak pg 1 by 1 rumah suku kaum yg de kat cni yg tentu jauh2 kan. die dah kumpol kan sume kat sini. nanti mase kat security tu, die akan bg sticker utk korg lekat kat baju ke kat tangan ke kat memane ikut suke kau la as mcm pas la gitu. then korang akan dpt pasport gak utk collect cop kat setiap rumah. total ade 7 rumah so kene ade 7 cop la. tak nak collect cop pon takpe. takde sape nak kesah. tp kitorg kan suke xtvt2 camni. excited hokeh. dah mcm explorace dah. menggelabah nak cr cop. siap lari2. hahaha. padahal bukan dapat hadiah pape pon.

welcome to sarawak. hehehe. korang kene lalu jambatan buluh ni
ok. paling terer lalu atas ni ikin la. mcm dah bese je. hehehe. aku tak la gayat sebab benda ni tinggi. tp aku risau buluh ni patah. sebab actual load exceed design load. wahhhhh. gituwww. br la engineer. hahaha. maro siap wat conclusion bilangan buluh yg digunakan kene tambah lg 1. br stabil. hehehe.

auwwww... sexy gitu. mmuahaha. ni kat rumah org penan. masing2 nak try menyumpit. sume takde bakat. ok, sah kitorg bukan orang penan.

ni kat orang ulu longhouse. aku suka gilak tengok pakcik ni men pe benda ntah name alat ni. kitorang panggil pakcik live band je. hahahaha. tp siyes sedap. aku sempat record s
eparuh je. *kecewa*

ni kat tempat show dlm culture village ni. kitorg nak tengok show yg a
wal. pukul 11. memang ramai giler. tgk kat dlm pic pon tau. nasib ade ikin yg kurus ni. leh selit2 tolong cop kan tempat. ni la part yg paling aku suke. sume suku kaum akn menari tarian diorang. sukkkkeeeee sangat. teringat zmn2 menari dulu. hehehe. last sekali diorang akn ajak penonton nek stage utk menari sesame. aku ngan ikin mau tapi malu. bukan ape, aku takut kang diorang terus offer jd penari tetap kat situ. HAHAHAHA. perasan nak mati!

ni tarian org iban. kuat gigi bang? gune colgate ke.. ;p

ni tarian melanau kot. lupe la. tp memang peberet la yg tang main kay
u2 ni. kitorg siap try mase melawat rumah melanau. pastu gelak2. sebab takut kaki tersepit. ade sorang pelancong mat saleh tu duk dpn kitorg men benda alah ni. dia pon ikut gelak2 kan kitorg.

ni tarian org penan. kot. time ni kitorg gelak mcm nak pecah perut. org y
g duk depan kitorg siap pandang2. ade aku kesah? kitorg pon byr gak. dah lawak nak mati, gelak la. hahaha. mamat yg pakai sua ala2 hot pant tu (i mean their traditional costume for org penan la) nk perform. die nak perform menyumpit la. yg tak tahan nye die wat isyarat tangan kat sorg penonton (pompuan) jgn tengok bontot die, tengok performance dia. hahahaha. alahai kak, ye2 pon bontot die gebu jangan la nampak sangat. kan dah kantoi.

ni kat damai beach. mula2 beria aku ngan maro nak mandi. me
mang termasuk dlm plan la. before fly, dah pesan suruh bawak bikini. hahaha. sekali mengenangkan cuace yg panas giler, tak sanggup aku. dah la kulit tak bape nak cerah, kang beria sangat mandi terus legam. huiiihhhhh. ni pon termasuk dalam pakej yg kitorg amek tu la. sama ade ko nak pegi culture village or damai or dua2. korang plan la sendiri trip kitorg. mcm kitorg mmg just nak pergi culture village. kitorg pg amek pkl 9 lbh then utk balik 1 lbh. so akn smpai kt hotel dlm pkl 2 mcm tu la. ms on d way balik dr culture village tu, our driver, azha singgah gak kat damai ni even takmo pegi pon. tp kitorg be3 je yg turun sebab nak amek gambar. yg len sume taknak turun. kate pon tengah melancong. mane leh malas2. nak dtg lagi tak tau bile. kene tunggu bajet mengizinkan. kalau aku duit berkepuk2, selambe je nak pegi bebile.

mase on d way back from culture village, kitorg srh azha drop ka
n kitorg kat kedai kek. nak tempah kek. sebab kitorg nak hr tu gak so tak byk sgt choice. kek pon tempah kt kedai bese je. jadi la kan. jnji ade kek. then terus jalan kat area waterfront utk cr tempat luch. lapa giler hokeh. ms on d way nak cr tmpt makan, kitorg singgah kaunter tix utk river cruise. kate nak celebrate bestday kan. kene la naik cruise. mmuahaha. bg sesape yg nak nek sarawak river cruise ni better korg pg beli tix kat kaunter tix sdri dr beli kat hotel coz if bl direct kt cni dpt disc 10%. normal price RM60 for adult. kanak2 len harga tp aku tak tau bape. after disc, total only RM54.cruise ni start at 5.30pm. nak tempat besh, kn dtg awal sikit la utk cop table. tp kitorg ni kan special. cop la kat memane pon. tp satu kapal kitorg pusing jalan2. hahaha.

me n maro

beli kek, tp tak dpat pisau. kitorg mintak pinjam pisau kat pekerja c
ruise ni. cakap nak pinjam pisau utk potong kek. sekali hamek ko. die ingat kitorg bw kek pat tingkat ape. hahaha.

sarawak river cruise ni tak delah dr hujung ke hujung sg serawak die pg. kalau mcm tu, sehari pon tak cukup. panjang sungai ni ye dik oi. cruise ni motip die lalu tm
pt2 menarik n utk tgk sunset. romantik gituwww. hahaha. cruise ni pon tak lame sgt. 530 - 700 pm je.

kan aku dah cakap. 1 kapal ni aku nak xplore. atas bawa
h sume aku turun. nak tengok ade ape. sikit je lagi aku nak masuk tempat kapten. hahaha. nasib kapten tu muke garang. takut sikit aku nak tegur2.

birthday girl. hikhikhik... :)

lepas acara potong memotong, suap menyuap, gambar bergambar, kitorg rilex kejap layan performance by one of the dancer kat atas kapal ni. ko jgn pikir tarian yg bukan2 p
ulak. tarian traditional diorg la.

lepas turun kapal ni, kitorg terus pegi the spring. one of shopping mall kat sana la. konon nak karoke. sekali rupenye kene booking awal2 konsepnye. mane kamek tau. kamek dr semenanjung. so terus tukar plan. tengok muvi. cite source code. kot. lupe dh title. cite ni bese je. aku ngan ikin siap tetido ok. hahaha. habis je muvi, perut terase lapar. maklumla. atas kapal mkn kek je. dirog provide makanan pon yg light2 je. mane la cukup dgn perut aku ni. tp malangnye, nak balik tu hujan lebat giler. dah la takde transport.
kitorg dtg nek taxi. kat cni senang je nak dpt taxi. tp dr pintu mall nak ke taxi stand tu yg tak sanggup. takde la jauh sgt pon. mmg dekat sangat2 tp sebab hujan lebat giler mmg konpem la akn basah lencun. nak tak nak kene la tunggu hujan ni reda or kurg lebat. tp masalahnye nak kat setengah jam tak reda2. bertambah lebat ade la. jeng jeng jeng. sekali sekala, kalau keji sikit takpe kot. hehehe. terpakse. ampunnnnnn. tetibe ade 1 taxi yg stop kat betul2 depan mall. selambe badak terus masuk terus duduk bgtau kat taxi driver our destination. sah2 taxi tu ade org call kan. hehehe. maap le bebanyak ye. ai terpaksa amek taxi u. perut dah lapa sangat. kang gastrix. pitam pulak. hahaha. lagipon kitorg kan pelancong. mengalah je la ngan kitorg ye... ;p

sampai hotel, stil hujan. perut lapa. the best is makan maggie je
la. tp aku n maro paling excited la kan. why? sile tengok pic hokeh.

kitorg excited nak pakai baju hujan. mmuahaha. kitorg beli mase 1st day smpai kuching. kitorg takmo beli payung coz payung mahal. kalau payung murah, angin tiup je payung rosak. so the best choice is rain coat. bile dah beli, tak hujan2 pulak. hahaha. tu yg bile hujan, seronok giler. ade aku kesah org pandang2? dh mcm dlm iklan shampoo pon ade. ehehehe. dr tune hotel nak ke 7-eleven tuk beli maggie tu dekat je. tak samapi 5minit. ikin jalan depan aku. mase aku toleh aku nampak maro je yg kat belakang aku. sedap la aku berborak dgn maro merapu2 bagai kan tanpa toleh belakang. sekali dah samapi kat 7-e rupenye ade org len hokeh. org tu tengok aku gelak2. ye pon ko nak gelak kan aku, cover2 la sikit. jangan la depan aku. wat malu aku je. sampai kat 7-e pon ko nak gelak kan lagi. takpe2. anggap je la aku jd penglipur lara malam tu. ko rs aku cute kn pakai baju hujan tu? HAHAHAHAHA... *nah baldi baru, sile muntah puas2*

lepas kenyang makan maggie (ko ade? bercuti makan maggie?), balik bilik, borak2 gosip2 gambar2 layan sms n phone call 4 birthday wishes n zzzzzzz. kn tdo awal coz day 3 is for shopping. :D

Tuesday, April 19, 2011

sweet celebration - day 1

last 8 until 10 april aku ade kat Kuching with maro and my twin,ikin. hehehe. why? bukan sebagai puteri umno yg dtg nak berkempen ye. tp utk celebrate birthday. kelaaaassss ko maria. dah tua2 pon beria nak sambut birthday kan. eh, mane ade tua. ni birthday aku yg ke-21. mmuahahaha. our flight on friday morning. so, thursday nite tu dah berkumpul wat dosa mengumpat sebab maro kan dr perlis. tak sempat if nak gerak pagi jumaat. so, we stayed at tune hotel, LCCT. aku pon tak rase aku mampu nak bangun pagi, utk kejar flight. flight tengahari pon aku leh nyaris2 nak tertinggal ni pulak yg pagi.

setiap kali fly, wajib amek gambar dlm flight. padahal sama je seat tu. Alhamdulillah,
tak delay. we landed safely at Kuching International Airport. kat epot, jumpe artis. zarina AF ngan sape ntah. sory, tak kenal. hahaha. tu pon ikin yg perasan. kalau ikin tak bgtau, mmg aku tak tau diorang artis. aura tak cukup kuat kot. cube siti nurhaliza, konpem dr jauh aku dh tau tu artis.

mase sampai kat Kuching, lufman yg baik hati sudi jemput kitorang. lame tak jumpa. last jumpe mase kat UiTM la. nasib die ingat lg aku. hahaha. statement takleh bla dr lufman, "a
ku ingat sape yg penah bercakap dgn aku je mase kat uitm" nasib aku ni friendly. ngan sume org aku bercakap. hahaha.

kitorang sampai awal, tak leh nak check in dulu. so, mari mengisi
perut dulu ye. ni kat Singapore chicken rice shop. si ikin mengidam. layan kan aje. ikin kate kat semenanjung takde. ade kat kuching je. aku tak tau la. luffman kate ade je. ikn la kot yg tak habis xplore lg. hehehe. aku try salad chicken rice. kot. dah lupe r name die. not bad. sedap la gak. ke tgh lapar?

cendol paling sedap di dunia. so far la. yg ni memang tak leh dapat di mana2 kecuali di Kuching. mati la kalau ibu mengandung kat semenanjung ngidam nak cendol ni. kene fly.
mmuahaha. sampai sekarang aku terase2 lagi nikmatnye cendol ni kalau lalu kat tekak aku. huaaargghh.. nak lagi nak lagi. 1st time aku try cendol ni mase outstation kat kuching. kenneth yg rekemen. die kate one of must try when u in Kuching. sekali dah try, mmg wat aku angau. sampai je Kuching, terus request kat lufman. tmpat cendol ni mmg femes. aku rase sume org Kuching tau la. die meniaga kat rumah je. ade mcm2 jenis. sume sedap kot.

perut sudah kenyang. hujan pulak kat lua. dapat katil terus tak sedau
diri. mase ni bukan kitorang nak tido. tp tengah nyanyi same2 lagu anuar zain, sedetik lebih. hahaha. on tv, terus kua muke anuar zain. terus sume baring n nyanyi. hahaha. kat kuching ni, kitorang duk DEKAT hilton. bace betul2, DEKAT hilton. bukan DALAM hilton. mmuahaha. kitorang duk kat tune hotel. tune ni betul2 dekat depan hilton. almaklumlah. cik kiah kan wat destinasi bajet. sape kate nak bercuti kene spend duit banyak. yg penting otak kene geliga macam haku plan trip. bilik kat tune ni not bad la. selesa je. boleh tahan besau la gak. ade tv. katil sedap. bantal empuk. air kat toilet laju. n paling penting. lokasi yg strategik. byk tempat yg menarik within walking distance. so tak yah serabut otak nak pikir transport.

lepas hujan dah benti, kitorang pon dah puas rest. eceh. mcm naik flight 8 jam pulak kan. ikin lg melampau. siap ckp die jetlag. ahahaha. sebab takde transport, so kitorang jalan tempat ug dekat2 je la mcm indian street, carpenter street, main bazaar, n jalan2 cuci mata kat waterfront. cuace mmg redup la lepas hujan kan. before fly, aku siap cek ramalan kaji cuaca. diramalkan ribut petir. namun ramalan kau dusta. cuaca kat sane amatlah panas. bg aku yg dah bese duk kat rusia ni, memang sgt la tak tahan. hahaha. *sile lempang kalau mau* siap beli air cap badak hokeh. nak hilangkan panas badan. hidung aku asik ber
darah je. sebab tak tahan sangat panas. padahal ni baru panas kat dunia ni kan. *insaf* sebab cuaca panas, kemana2 aku akan bawak mineral water. takut dehydration. kang pitam pulak.

ape name tempat ni ek? james brooke punye tugu ke?


buaya darat? mmuahaha....

lepas dah puas jalan2 cuci mata n membuang duit, kitorang pon pegi la mengisi perut. topspot for dinner. last time when i was in Kuching, tak sempat pegi sini. so this time mesti pegi coz this is 1 of the place u must go when u in Kuching. tak rugi hokeh. sumpah tak tipu. topspot ni mcm foodcourt yg menjual seafood yg sedap n murah giler. siyes murah nak mati. nasib kitorg tak pitam sebab terkejut harga murah sangat. hahaha. kalau dr tune hotel tu, jalan kaki je nak pergi topspot ni. bangunan color hijau. dekat2 dgn Pullman Hotel. agak2 taktau, ringan2 kan mulut tanye org. mcm aku, siap2 songlap map dr opis. mmuahaha. so, ape2 refer je kat map. maklumla. handphone tak canggih. takde gps. nak connect to internet pon takleh. i'm quite good membaca peta ye. bukan aku kata. orang kata. hehehe.

cam bese la. sambil nak tunggu makanan sampai, posing dulu. mase kat topspot ni pon tersempak dgn artis. yg ni aku kenal. hahaha. hattan je la aku kenal. dgn sham slam. yg len2 maap le. akak tak bape nak kenal. mungkin dah menang abpbh baru aku kenal. mmuahaha. siap ade team melodi sekali kat cni.

ni makanan yg kitorg order. tgk mcm bese je kan dlm pic ni. tp sebnanye big portion ok. padahal kitorg order sume small set. kitorg bajet small mcm kat semenanjung la. tu yg oder byk2 jenis. sekali sampai, hamek ko. nak pecah perut aku. kitorang bajet total kitorg makan ni dlm 100++. kalaui kat KL, mmg mcm tu la. sekali RM 60 je. giler murahhhhhhhhhhh. siap kitorg tnye ade yg tertinggal kire tak. ye la.. kang kalau tak kira, tak halal pulak.

lepas makan, terus balik hotel. perut dah kenyang,pe lagi kan. tido la. thats all for our 1st day. bile rajin, aku sambung update.

Monday, April 18, 2011

walaupon gemok, tetap gagah panjat broga hill

ni cite sangat la dah basi. cite yg berlaku pada zaman batu. mmuahaha. ok, tipu. aku rase aku panjat broga ni bulan feb kot. lepas aku outstation kat kuching. tengah aku takde mood nak wat keje ni, aku godek2 folder kat pc ni terjumpe lak folder pic mase kat broga. tak upload pon kat FB. mase tu bz gilerr vavi kot. tu yg sampai tak sempat mau upload. alang2 dah terjumpe pic ni, aku pon terover rajin, kasi upload 1 entry pasal broga la. kot2 ade yg tak penah pegi, terase nak pegi. leh la jd panduan. kot la. aku pon dah ingat2 lupe ni. maklumle, cite dah lame.

aku panjat bukit tu dengan si rahiyah, yuni n bf yuni. yang mengaja
k harus la yuni. die dah byk kali sampai broga tu. masa tu masing2 semangat giler nak kurus sebab dah tak sanggup tengok lemak yg menggelebeh2 tu. so, kalau nak lepak dgn kengkawan pon nak wat xtvt sihat je. yg boleh kua kan peloh. kononnya la. masa tu tengah lepak2 kat big taste. dah la lepak sampai 12 tgh malam. dan dan esok nak panjat broga. bajet nak tengok sunrise. giler mengejut punye plan. kitorg mmg bese mcm tu. kalau beria plan, mmg takkan menjadi. yg on d spot jugak la yg menjadi.

esoknye pkl 3 lebih kot aku dh bangun. amek rahiyah. then trs jm
pe yuni n her bf. gerak nek satu kete je. giler awal kua rmh. mak aku pon terkejut tgk aku bgn pepagi bute. hahaha. dah awal sangat, aku takut pulak nk drive. srh rahiyah call jgn letak smpai aku sampai kat rumah die. mmuahaha. giler penakut kan. maunye tak. malam tu mase lepak kat big taste si lan (bf yuni) bukak cite hantu. dah menggigil lutut aku nk drive pepagi tu.

sampai kat broga tu, mmg ramai la org. kate last minit plan, aku xde lampu suluh. seb lan bawak xtra. kalau tak, mau tergolek haku. bg aku broga takde la mencabar sgt. ste
nded bese je. tapi dengan dah berbulan tak jogging, mmg dah lame la aku tak xcercise. pancit hokeh panjat broga. mcm nak mati aku rase. dah lame tak wat xtvt mcm tu. last mase study kot. bile dah kat broga tu, mcm2 org la ko leh jumpe. mcm2 perangai. huhuhu. mmg mulut asik nak mengumpat je. hahaha. aku tak faham la, awat la seksi nak mampos pompuan2 yg panjat broga tu. dah mengalahkan org nak pegi clubbing. ke ko balik clubbing terus panjat broga? tetttt. terngumpat sudeh.

on d way nak ke top of the hill, soil type is sand. so mmg licin if kasut ko tak sesuai. org gemok mcm aku, ko kn pandai balance badan ye. nasib aku dulu penari. boleh la sikit
2. kah kah kah. siyes weh. tak tipu. pasir kan mcm licin kan. so, senang nak tergelungsur. aku pon ade la 2 ke 3 kali nak terbabas. nasib ade cina depan aku tu. sempat aku tarik tangan die. hahaha. tertarik hokeh. tindakan spontan masa nak tergolek. kitorang ni hajat nak tengok sunrise, tp hampa. hari tu cuaca mendung. so, tak nampak matahari. huhuhu.

muke kepenatan. semput hokeh!

posing sambil tunggu sun rise

walaupon gemok, dah sampai broga tau. ko ade? mmuahaha...

1 lelaki gemok & 3 wanita jelita yg langsing. HAHAHA (p.s. : yuni & lan, jgn marah ye)

suwit sangat. hahaha...

lepas turun dr broga, terus g mamak. melantak. hahaha. nak k
urus konon. nak wat xtvt sihat konon. sihat la sangat. lepas tu melantak tak ingat. lepas makan, gerak pg memancing. kat kolam ape ntah name die. lupe dah aku. yg memancing lan je. kitorang ni teman. teman dlm kete, tido. hahaha. kejap je turun, lepak sesame. pastu masing2 mate mcm ade gam. terus msk kete, membuta.

siyes lupe name tempat pancing ni...

posing sambil tunggu ikan. kot2 la dapat kan.

lepas mancing, kitorang pg mandi manda kat sungai ape ntah. pon aku dah lupe name die. hahaha. mase makan kat mamak, yuni n lan sempat pg econsave kat area mamak tu. beli ayam utk bbq. on d spot punye plan gak. nasib tempat bakar n arang mmg ade dlm kete yuni. pastu
nk mkn, pinggan takde. kate engineer. kene berfikir out of d box. yuni amek drawing yg ade dlm kete wat alas duduk n pinggan utk makan. hahahaha. kelaaassss. ko ade? tak yah susah2 bw srt khabar. gn drawing je. kate besau kan. mampos kalau bos yuni tau.

letak kunyit je. lapa punye pasal, sume rase sedap..

lepas mandi manda, harus la lapar. terus g satay hj samuri, melantak. kah kah kah. agak2 bp kg yg kitorg hlg pnjat broga dgn xtvt mkn2 tu? aku rase turun brt tu sikit je. bertambah banyak la kot. memanjang makan. makan tak ingat dunia lak tu. mcm 3 hr tak makan.

muke penat nak mati. tp besh. jom broga lg sekali.. ;p

Sunday, April 17, 2011

sharing is caring. iye?

sharing is caring. but sometime it can be scary too. hikhikhik. tapi, kite amek yg positive la yek. sharing is caring sebab kite care about others, kite share ape yg kite ade. tak kesah la ape pon. kalau ko mulia, nak share laki dgn pompuan lain pon boleh. payung emas ko dapat. hehehe. sebab aku ni caring orangnye, *sile muntah* maka aku nak share la ape2 yg aku boleh share. share laki? jangan harap. sekarang aku takde laki yg nak di share. kalau ade pon, sorry. sile bla. mmuahaha.

xtualy aku tetibe terpikir la kan. aku banyak mengarut je dlm blog ni. memaki lagi la banyak. wat dosa je kan ade blog. so, why not aku tingkatkan amal jariah dgn share any info yg aku rase mendatangkan faedah kepada semua. i mean info yg aku practice yg aku rs berkesan. info yg aku dpt dr membaca, mmg kurang la. aku ni tak suka membaca. aku baca ape yg aku suke je. thats why mase study, aku bukan pelajar cemerlang. hahaha. aku tak pernah baca buku. aku cume berharap ape yg aku dengar dr mulut lecture je. tu pon kalau aku tak tertido dalam class. or lec ckp kat depan, aku ckp kat belakang. mmmuahaha.

contoh2 info or tips yg aku rase boleh share is mcm mane nak nampak kurus. baca betol2 hokeh. tips untuk nampak kurus. bukan tips untuk kurus. tips untuk kurus, aku takde. untuk nampak kurus je aku ade. sebab tu org selalu ckp aku ni nampak kurus. padahal, tak le kurus mane. lemak menggelebeh sane sini. tp bukan dlm entry ni la aku nak share. ni kire intro je la. hahaha. sebab jap lagi aku nak layan mentor. malam ni group A. kalau mentor season ni aku suke salmah protege erra fazira. sedap nak mati bile die nyanyi. tp die group B. group A ni aku suke ratnah protege afdlin shauki. bg aku die ade style die sendiri. suara sexy. pandai menari. tapi aku tak faham nape dah 2 minggu berturut2 die dpt no last. aku rase die ok je. mungkin sebab aku tak undi kot. tu yg dpt last. hahaha.

ok la. adios. mau makan sambil tengok tv... :D

Saturday, April 16, 2011

tanpa disedari, pendatang rupenye aku ni...

boleh tak... tanpa disedari aku kesana ke sini selame seminggu ni tanpa bawa ic n lesen even ke opis pon. siyes tak tipu. tgh hr td aku pegi JJ bukit tinggi. niat aku nak collect credit card aku. mcm yg aku membebel kat entri yg lepas, maybank cancel kn cc lame aku n they replace with the new one for safety reason. semalam aku dpt call yg cc aku dah siap n ready to collect. mmg sengaja aku nak collect kat maybank JJ bukit tinggi coz sabtu pon bukak kat sane. so, senang sikit. sampai2 je kat JJ, tergerak aku nak cek wallet aku. terkezut aku tengok ic n lesen aku takde. br aku ingat, ic n lesen kat dlm handbag yg aku gune ms travel kat kuching. aku tak pindahkan balik. gileeerrr lah. nasib takde road block ke ape ke.

ic n lesen mmg aku letak dkt card holder yg combine kan kedua2nye sekali. why? ade cite disebaliknya. biasenye aku letak je dlm card slot yg ade kat wallet tu. penah la satu hari tu, aku balik keje lambat. dalam pukul 1 lebih. pagi hokeh. ade road block kat area opis aku. mase tu siyes aku ngantuk n letih giler. balik keje kan. harus lah penat nak mati. bese la bile polis tahan ni, diorang nak tengok ic n lesen. tengah mamai2 mcm tu aku men bg je la. boleh tak aku silap bagi. ic mmg betul. tp aku bg lesen yg salah. lesen yg dah lame yg dah mati. terkejut aku mase die ckp lesen aku dah mati coz aku igt betul2 dah mati. aku penah drive tanpa sedar yg lesen aku dah lame mati. mmuahaha. so, sekarang aku renew sekali 5 tahun terus. bile dah renew sekali lame ni, problem gak. lupe bile lesen tu mati. sebab forever confident lesen ko lame lg nak mati sebab dah renew utk banyak2 tahun sekali kan. aku pon mintak la kat polis tu lesen aku. nak tengok betul ke tak dah mati. sekali rupenye silap. kelam kabut aku cr lesen yg betul. so start from that, aku beli card holder khas utk letak lesen n ic sekali. so senang bile nak pape. sebab selalu kalau apply pape pon org mintak ic n lesen kan. so senang la. leh terus bagi. kalau letak kad wallet punye card slot, memang terhegeh2 aku nak cari. macam2 card dalam wallet aku tu. nasib mase road block tu aku tak terbagi J Card kat polis. hahaha.

sebab kan tadi tak bawa ic, maka cc takleh nak amek lagi. its ok. bagus gak. takde aku gune cc kan. takde duit, diam2 sudeh. tp prob gak. coz cc tu aku gune tuk isi minyak. bile takde cc, kene berjalan ke kaunter nak bayar. giler malas hokeh. padahal kaunter tu bukan jauh mane pon. tapi malas yg amat. mane la aku tak jadi penternak lemak yg berjaya. makan banyak nak mati. berjalan nak bayar minyak pon aku malas. rase jauh sangat. hahaha.

adios. aku kene siapkan keje. nex week nak submit. alahaaaaaaai. ape la nasib. malam minggu orang lain berjoli sakan. aku perah otak nak setelkan keje. T_T

Thursday, April 14, 2011

my best fren's wedding

last 2 weeks, my best fren's wed (Amalina & Zahid). nasib ko kawen 3hb noxx sebab nex week nye aku dah fly ke kuching. cik pah xdpt dtg. tgh berpantang. takpe cik pah. aku dah mkn bg pihak ko. mmuahaha. utk ama & zahid, aku doakan korang bahagia ke akhir hayat. cepat2 dpt baby. pic xbyk sgt aku snap. pic tgh sanding pon xde. maka sape yg nk tgk, sile pg FB ama. hahaha. maklumla, aku dtg2 trs mkn. tu yg xsmpt nak snap. maap le ama. ko tau la kan. kawan ko ni mmg buruk lantak. naseb pegi dgn semah si mak buyung. leh aku cover line. konon amek utk semah padahal aku yg melantak. hahahaha. giler keji perangai aku. tp ko redha kan semah. hehehe. balik kenduri, siap singgah minum cendol. bukan semah yg ngidam tapi aku. aku pon konpius sape yg mengandung ni sebnanye. hahaha. yg makyong elok je mkn. aku ni mkn mengalahkan mkn utk 2 org. mungkin utk 10 org.

rahiyah & enon. rahiyah pon mkn byk. ade geng. hahaha...

me n hot mommy

sesi mengambil berkat. again. bile berkat nak melekat pon xtau la.. ;p

pandai aku sorok badan kan. org tak leh nmpk gemok ke x. mmuahaha...

Tuesday, April 12, 2011

penipu are everywhere. be careful!

aku baru lepas gaduh ngan customer service. memang cilaka betul jantan tu. aku kalau tgh concentrate wat keje, sometime aku tak angkat phone or aku main angkat without tgk sape yg call. so tadi aku main angkat je la. die kate die dr maybank. die nk tanye aku ade terima credit card yg baru or tak. aku kate la tak. die tanya pasal cc statement. aku ckp aku wat everything online. so dia nak resend cc yg aku tak dpt tu. aku ni tgh bz wat keje. bile die mintak details, aku men bg je. ok, ni mmg silap aku. lepas tu die cakap die akn attach kan discount card sekali. mmg utk maybank cc user. bile aku tnye disc card gune utk ape, die explain la mcm2. utk disc bile travel la, booked flight tix, car service n so on. aku dh byk dpt call mcm ni. trs aku ckp aku tak berminat.

bile aku ckp tak minat la slot samarinda bermula. die marah aku! boley? hellllooooo. ko silap orang hokeh. aku ko nak marah? mmg giler la ko. kalau aku wat salah, takpe gak. aku elok bersopan dgn ko. tetibe aku cakap taknak, ko marah2 aku. kuang ajau dgn aku. die push srh aku amek disc card tu. aku dh kate taknak. lainla ko nak bayarkan utk aku. takpe la. boleh die kate die tetap nak hantar gak kad tu n akan cas direct kat cc aku. ni mmg wat aku nek hantu. dah la aku dah berabis duit kat kuching. ni ko nak men cas aku pulak. aku ckp la if die nk htr, htr la. aku takkan sain mase courier tu sampai. die kate even aku wat mcm tu, die ttp dah cas cc aku. so aku ckp aku akn terminate cc aku n call maybank. terus die ckp aku kampung hokeh. tak pernah wat transaction online ke? tak ke biadap mcm nak mintak penampar tu? terus aku ckp yg die tu takde record ape2 perbualan itu dipanggil profesional ke? die boleh ckp die bz, takde mase nak call aku sorang je. memang lahanat betul mulut jantan ni. terpakse i show off. hello if u bz, i 10x bz dr u. i ni kj profesional. byk project nak handle. call u ni je dah wat i lambat nak siapkan 1 projek. kalau u tu ape sgt. dh mmg keje call org pas2 ugut2. die tu mmg tak nak mengalah la. mmg lame aku ngan die bergaduh kat phone tu. mmg biadap nak mampos. dah la pakse2 aku pastu ugut2 aku. boleh pulak ko nak hina2 aku kan.

kalau aku lawan2 cakap dgn dia, aku rase smpai petang pon tak habis. die tgh membebel2 tu aku trs ckp u buat ape u nak buat. u nak cas ke. nak hantar kad ke. ikut suke la. tp u jangan menyesal sebab u tak kenal siape i n u tak tau ape yg i akn buat. pap! terus aku letak tepon. kelasss aku jawab kan. ala2 terpengaruh dn dialog filem gituw. mmuahaha. lepas je aku letak, terus aku cal maybank. tidak la aku bodo sgt kan. nak diam je. aku trs bg name n no phone org tu. oh, jantan tu name die borhan. n maybank akn issue card yg baru utk aku. setel! hahaha. puas hati haku. kepada customer service yg lain yg keje duk cal org tu... respect la org lain ok. ko jgn igt xnmpk muke ko sesuka nak biadap. mungkin si borhan ni gune taktik kat org lain berjaya. org takut, terus terima je. die pon dapat la komisen kan. dengan aku, idak le. lagi2 bile ko dah biadap dgn aku kan. aku cakap elok2 je dgn ko. ko kuang ajau dgn aku. nahhhh. hamek ko. ingat ye. budi bahasa budaya kita. tapi kalau dah mcm ni, mmg ko layak dimaki je.

Monday, April 11, 2011

t.w.e.n.t.y.s.i.x

that is my age this year. tua? i dont think so. mmuahaha. age is just a number. yang penting jiwa sentiasa muda. hahaha. wrinkles? botox kan ade. mmuahaha. Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk menikmati kehidupan sehingga 26 tahun. there are many more things to be achieved. especially my career. many thanks to everyone for very wonderful wishes. u truly have made my day so very special. later, i will update my sweet birthday celebration. when i free la. hehehe. once again, tenkiu so mush! i really appreciate all ur prayers. lagi2 tang jodoh tu. HAHAHA... :))

Thursday, April 07, 2011

a day before sweet escapade

start from tomorrow until monday, ai cuti uolls. ai pegi menyahut seruan kerajaan. cuti-cuti Malaysia. esok aku akan fly ke kuching. again. but dis time not for work but untuk berjimba bersama kengkawan. hr tu before apply cuti, bos cakap kalau boleh staf x yah amek cuti on April. wat? oh! aku kan tak makan saman punye budak. aku hantar gak borang cuti tu. approve ke tak, lantak. ade aku kisah? tetap aku akan fly. xtualy aku cuti ni nak celebr8 besday aku yg ke-21. eh? mmuahaha. almaklumlah... aku bukan paris hilton. nak celebr8 kat Paris tu mmg tak mampu la. maka bawa la diri ke Kuching. kire jauh jugak la. over the sea jugak kan. kah kah kah.

honestly, perasaan excited tu takde sangat. bukan sebab dah penah pg kuching. tp mcm serabut gile. paling teruk semalam la. sindrom kemurungan. boleh? sehari aku tak wat keje. termenung je. sampai budak opis pon perasan. asal aku diam. muke susah hati je. selalu mulut aku la yg pok pek pok pek. dah mcm DJ kat opis tu. bile diam, sume terkejut. sebab moody, aku makan dan makan dan makan tanpa henti. dari moody pastu nak marah2 org wat org nyampah je. baik pegi makan. balik keje makan lagi. konon nak diet kan. tp makan tak berhenti.

baju aku tak pack lagi ni. tak tau nak bawak baju ape. dah gemok kan. sume sua2 dah ketat. tensi. bawak track suit je la. tak pon baju kelawar. hahaha. hr tu si rahiyah ckp aku dh kurus. aku pon perasan la gak. dah lame aku tak dengar org ckp aku kurus kan. sampai rumah terus try jeans. hampeh. terus aku ckp dgn rahiyah dia tipu. nak tau ape die jawab? aku tak cakap ko kurus satu badan. ko kurus upper part je. cehh. legging memang tak la. hodoh sungguh. peha dah makin besau. ahhhhh. pedulik lah. aku amik je la ape yg aku sempat capai. janji pakai baju. jangan bogel sudah.

aku pon no idea mn aku nk pg kat kuching nanti. dis time holiday saje suke2. nak release tension. nak rilex2. otak aku dah serabut habis. dah bersimpul2 urat2. klau simpol riben, boleh bukak. ni simpul mati. memang tak leh nak bukak la kan. anyway, if ade cadangan mane aku patut pegi, sile la bg idea k. benda aku paling risau is aku akan makin gemok. hahaha. normally kalau aku travel, tak sah kalau tak gain weight. sebab sume local food aku akn try. kek lapis memang konpem aku akan borong sakan. peberet tu. rindu nak makan mee kolok, teh c peng, mee tomato, umai, ala sume la. sedapnyeeeeee.... hehehe...

hr ni mmg ngantuk gile. tak cukup tido. sampai satu thp terpakse thn kepala dgn tangan pastu gosok2 mate. dan dan la mase tu bos yg duk sebelah aku ni bgn ternmpk aku. die ingat aku tgh thn sakit sbb migrain. terus terang je aku bgtau aku ngantuk sgt. terus die srh aku tido. boleh? die kate normal la tu. ade hari yg kite takkan rase segar. rase ngantuk je. dah die yg srh aku tdo. konpem la aku tdo. org mengantuk disorongkan bantal kan. aku tak rase die perli aku. sebab aku tgk muke die mmg ikhlas srh aku tdo sbb muke aku mmg takleh bla la bile thn ngantuk. tdo pkl 10 lbh bgn 1230 trs g lunch. hahaha. aku mkn spaghetti + mushroom soup + garlic bread. pastu tapau utk kunyah2 kat opis 8 ketul roti. hahaha. ala yg ade tuna la chicken la custard la. kedai roti kat sogo tu. bukan banyak pon. 8 je. kalau dah namenye aku, konpem boleh habis. ape la sangat 8 ketul tu. hahaha. lepas tu sibuk bising gemok kan.

2 ke 3 hr ni keje aku kat opis mmg tak banyak sgt. sebab awal2 aku dah setel kan. kate nak cuti. harus la setelkan pape yg patut. so sambil2 wat keje aku layan cite korea. pastu hasut bdk opis aku tgk sekali. sebab nanti bile aku nak bercerita ade la kawan. ade la yg tgk. boleh la komen sekali. hahaha. pastu siap download lagi cite bersiri tu. sebab banyak episod n aku tak sabau nak tengok sampai habis so, aku dengan keji nye memakse bdk opis aku download separuh aku wat separuh. cepat sikit. hahahaha. diorang redha je la dpt opismate mcm aku ni. bukan betul sangat. hahaha.

adios. aku ngantuk. nak rehatkan mata jap... ;p