last 8 until 10 april aku ade kat Kuching with maro and my twin,ikin. hehehe. why? bukan sebagai puteri umno yg dtg nak berkempen ye. tp utk celebrate birthday. kelaaaassss ko maria. dah tua2 pon beria nak sambut birthday kan. eh, mane ade tua. ni birthday aku yg ke-21. mmuahahaha. our flight on friday morning. so, thursday nite tu dah berkumpul wat dosa mengumpat sebab maro kan dr perlis. tak sempat if nak gerak pagi jumaat. so, we stayed at tune hotel, LCCT. aku pon tak rase aku mampu nak bangun pagi, utk kejar flight. flight tengahari pon aku leh nyaris2 nak tertinggal ni pulak yg pagi.
setiap kali fly, wajib amek gambar dlm flight. padahal sama je seat tu. Alhamdulillah, tak delay. we landed safely at Kuching International Airport. kat epot, jumpe artis. zarina AF ngan sape ntah. sory, tak kenal. hahaha. tu pon ikin yg perasan. kalau ikin tak bgtau, mmg aku tak tau diorang artis. aura tak cukup kuat kot. cube siti nurhaliza, konpem dr jauh aku dh tau tu artis.
mase sampai kat Kuching, lufman yg baik hati sudi jemput kitorang. lame tak jumpa. last jumpe mase kat UiTM la. nasib die ingat lg aku. hahaha. statement takleh bla dr lufman, "aku ingat sape yg penah bercakap dgn aku je mase kat uitm" nasib aku ni friendly. ngan sume org aku bercakap. hahaha.
kitorang sampai awal, tak leh nak check in dulu. so, mari mengisi perut dulu ye. ni kat Singapore chicken rice shop. si ikin mengidam. layan kan aje. ikin kate kat semenanjung takde. ade kat kuching je. aku tak tau la. luffman kate ade je. ikn la kot yg tak habis xplore lg. hehehe. aku try salad chicken rice. kot. dah lupe r name die. not bad. sedap la gak. ke tgh lapar?
cendol paling sedap di dunia. so far la. yg ni memang tak leh dapat di mana2 kecuali di Kuching. mati la kalau ibu mengandung kat semenanjung ngidam nak cendol ni. kene fly. mmuahaha. sampai sekarang aku terase2 lagi nikmatnye cendol ni kalau lalu kat tekak aku. huaaargghh.. nak lagi nak lagi. 1st time aku try cendol ni mase outstation kat kuching. kenneth yg rekemen. die kate one of must try when u in Kuching. sekali dah try, mmg wat aku angau. sampai je Kuching, terus request kat lufman. tmpat cendol ni mmg femes. aku rase sume org Kuching tau la. die meniaga kat rumah je. ade mcm2 jenis. sume sedap kot.
perut sudah kenyang. hujan pulak kat lua. dapat katil terus tak sedau diri. mase ni bukan kitorang nak tido. tp tengah nyanyi same2 lagu anuar zain, sedetik lebih. hahaha. on tv, terus kua muke anuar zain. terus sume baring n nyanyi. hahaha. kat kuching ni, kitorang duk DEKAT hilton. bace betul2, DEKAT hilton. bukan DALAM hilton. mmuahaha. kitorang duk kat tune hotel. tune ni betul2 dekat depan hilton. almaklumlah. cik kiah kan wat destinasi bajet. sape kate nak bercuti kene spend duit banyak. yg penting otak kene geliga
lepas hujan dah benti, kitorang pon dah puas rest. eceh. mcm naik flight 8 jam pulak kan. ikin lg melampau. siap ckp die jetlag. ahahaha. sebab takde transport, so kitorang jalan tempat ug dekat2 je la mcm indian street, carpenter street, main bazaar, n jalan2 cuci mata kat waterfront. cuace mmg redup la lepas hujan kan. before fly, aku siap cek ramalan kaji cuaca. diramalkan ribut petir. namun ramalan kau dusta. cuaca kat sane amatlah panas. bg aku yg dah bese duk kat rusia ni, memang sgt la tak tahan. hahaha. *sile lempang kalau mau* siap beli air cap badak hokeh. nak hilangkan panas badan. hidung aku asik berdarah je. sebab tak tahan sangat panas. padahal ni baru panas kat dunia ni kan. *insaf* sebab cuaca panas, kemana2 aku akan bawak mineral water. takut dehydration. kang pitam pulak.
ape name tempat ni ek? james brooke punye tugu ke?
buaya darat? mmuahaha....
lepas dah puas jalan2 cuci mata n membuang duit, kitorang pon pegi la mengisi perut. topspot for dinner. last time when i was in Kuching, tak sempat pegi sini. so this time mesti pegi coz this is 1 of the place u must go when u in Kuching. tak rugi hokeh. sumpah tak tipu. topspot ni mcm foodcourt yg menjual seafood yg sedap n murah giler. siyes murah nak mati. nasib kitorg tak pitam sebab terkejut harga murah sangat. hahaha. kalau dr tune hotel tu, jalan kaki je nak pergi topspot ni. bangunan color hijau. dekat2 dgn Pullman Hotel. agak2 taktau, ringan2 kan mulut tanye org. mcm aku, siap2 songlap map dr opis. mmuahaha. so, ape2 refer je kat map. maklumla. handphone tak canggih. takde gps. nak connect to internet pon takleh. i'm quite good membaca peta ye. bukan aku kata. orang kata. hehehe.
cam bese la. sambil nak tunggu makanan sampai, posing dulu. mase kat topspot ni pon tersempak dgn artis. yg ni aku kenal. hahaha. hattan je la aku kenal. dgn sham slam. yg len2 maap le. akak tak bape nak kenal. mungkin dah menang abpbh baru aku kenal. mmuahaha. siap ade team melodi sekali kat cni.
ni makanan yg kitorg order. tgk mcm bese je kan dlm pic ni. tp sebnanye big portion ok. padahal kitorg order sume small set. kitorg bajet small mcm kat semenanjung la. tu yg oder byk2 jenis. sekali sampai, hamek ko. nak pecah perut aku. kitorang bajet total kitorg makan ni dlm 100++. kalaui kat KL, mmg mcm tu la. sekali RM 60 je. giler murahhhhhhhhhhh. siap kitorg tnye ade yg tertinggal kire tak. ye la.. kang kalau tak kira, tak halal pulak.
lepas makan, terus balik hotel. perut dah kenyang,pe lagi kan. tido la. thats all for our 1st day. bile rajin, aku sambung update.
2 comments:
perghh jarang betul aku tgk hawa seksi..kat depan aku taknak seksi.i hate u!hahaha
dpn ko aku bogel terus! hahaha...
Post a Comment