Showing posts with label babbling. Show all posts
Showing posts with label babbling. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

too workaholic?

tak tau la nak cakap aku ni kategori workaholic ke tak. tapi rasa macam ye. bukan sebab aku suke sangat nak kerja. tapi kalau tak buat, aku jugak yang kena. this weekend cuti panjang kan. aku memang berazam sejak tukar opis hari tu untuk tak terlampau extreme bekerja. so, hari ni aku decide untuk tak bawak keje balik rumah. tapi..... sekarang ni.. aku dah terbayang kerja yang super berlambak tu. dapat imagine yang next monday aku akan super busy tahap dewa. walaupon tak buat keje, tapi otak aku still pikir pasal keje. stress jugak tu. haihhhhh... ok la, aku nak try tilex kan otak dgn main candy crush. sape yg main tu, sile bagi nyawa kat aku bebanyak. mmuahaha. 

GOOD NIGHT!

Saturday, May 18, 2013

tak update

memang dah lama giler tak update blog. aku pon cam dah lupe yang aku ada blog. mmuahaha. no specific reason why i didnt update this blog. nak kata sebab busy, memang la busy. tapi dulu busy camne pon, boleh je update. nak cite pasal travel, sumpah tak sanggup. banyak sangat hoih! gambar travel pon aku tak upload kat memane kecuali instagram. tu pon tak banyak. dont ask me why. i have no answer for that. utk uols, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!


Tuesday, January 15, 2013

berita terkini

helllllllooooooo uols! lame giler weh tak hapdet blog? ade yang rindukan aku tak? mmuahahaha. giler gedik mintak penampar kan! sorry la peminat i sume, i busy la uols. busy kerja, busy travel. busy dating je belom lagi. kahkahkah. perkembangan terkini? badan takdelah mengembang sangat, masih langsing seperti dulu. hahaha. mesti rase nak lempang aku kan? nantilah bile aku free, haku update pasal cerita aku travel. cerita i celebrate new year konon kat oversea sangat. hahaha. buat masa ni, korang pergi lah sambung keje korang. aku pon nak sambung buat kerja ni. jap lagi aku ade meeting pulak. kan aku dah kata, aku busy giler. giler je belom lagi. aku punye tahap busy ni, sikit lagi nak sama cam menteri. semoga kita berjumpa lagi di lain entry yang haku pon tak tau bile lagi. KAHKAHKAH. bye!

Monday, November 26, 2012

crazy hectic life

yeah..busy life started again. but i shall be thankful, there are something for me to busy with. So that, got no time to think on others matter. i love to keep myself busy. busy with kerja lah. not busybody ok. that's kepochi. 

i'm not going to mengeluh bagai in this update. biaselah kerja, camni lah. mane ade kerja yang senang kat dalam dunia ni. ingat sesenang ke nak dapat duit. duit senang dapat kalau jatuh dari langit je. tu pon belum tentu. kena pulak nak pikir teknik tadah duit paling effective untk dapat banyak duit. 

last thursday went to Johor for meeting. my meeting was on friday morning. haruslah bertolak khamis kan. tak kose aku nak bertolak pepagi buta. after finished my meeting haruslah singgah JPO (Johor Premium Outler). Dah singgah, takkan nak tengok aje kan. haruslah shopping? apa guna kerja keras kalau duit tak dihabiskan?! mmuahaha. Pastu sabtu pagi ade netball tournament. Alhamdulillah dapat johan. Pastu pagi tadi ade meeting. aku paling tak suka meeting waktu pagi sebab kene bangun awal. sigh. 

Disebabkan rasa stress sebab badan super penat, terus "ter"beli flight ticket. boleh cenggitu? kahkahkah. serius aku tak plan langsung untuk travel dalam masa terdekat. i really though that singapore was my last trip for this year. oh, last trip yang konon aku suruh teka tu aku pergi singapore. tak jauh pon. dekat je. 

the story was like this, yesterday planed  to have a lunch date with friend. but last minute i can't make it due to my busy schedule. wahh gituw. kalah PM kan. so, make a phone call to say sorry because i cant make it. i'm the one who plan and suggest for the date but aku jugak lah yang cancelkan. bile call tu sempat lah memasing mengadu stress because tonnes of workload we having right now. terus cam eh jom pergi holiday. kite pergi jap je. terus buka google earth. tengok tempat mana nak pegi dan beli ticket. 

tak tau tempat tu best ke tak. both never been there. its not a place to do your shopping activities. or a beautiful island. its just a place to have a simple life. learn culture. cukup la hint aku bagi. hahaha. aku memang tak suke bagi tau orang mana aku nak pegi. tetau je dah fly. retis sangat perangai. mmuahaha.

So, kepada yang terasa kenapa aku tak ajak. tak yah la terasa. this trip bukan untuk shopping or ke pulau. just for me to relax. jauhkan diri dari kesibukan kota. gituwwww. lagipon aku ni jenis book tix men redah je. tak kose aku nak tunggu korang reply yes or no. sudahnye tak jadi. buat aku kecewa je. selalu benda yang tak dirancang la yang menjadi. 

giler panjang aku membebel. ok lah, aku nak sambung buat kerja. excited nak siapkan kerja sebab nak apply cuti. mmuahaha. haruslah pastikan kerja siap. naye je kalau cuti tak approved.

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah

mari mulakan tahun baru dengan suatu perubahan
berubah ke arah yang lebih baik dan indah, InsyaAllah
sebaik mana penghijrahan itu, biar DIA yang menilainya
abaikan saja mulut mulut yang tidak pernah berhenti menilai yang merasa dirinya sempurna
yang penting, nawaitu kita :)

Salam Maal Hijrah
dan Selamat bercuti juga!

Wednesday, August 01, 2012

I kiss I pay

Last week, i was involved in car accident. Oh, i kissed someone's car. i kissed, so i need to pay lah! not only to pay his car, kereta aku pon nak kene repair gak. dah la this month kereta tu nak kene service. i'm broke lah this month. dah la nak raya hoi! adik adik, sepupu, dan yang berkenaan sekalian, akak nak umumkan takde duit raya untuk korang tahun ni. ok tak? mmuahahaha... but, what to do... it's my fault. eh, bukanlah sengaja langgar. TERlanggar. i was rushing for meeting and that time super jammed. key ell key ell kotaraya metropolitan tak sah la kalau tak super congested kan. and yes, i'm super tired too. 

too many meeting need to attend. rushing from one place to another place. itupon kekadang ade gak meeting yang terlambat. what to do. it is beyond my control. not all meeting start on time. dalam agenda cakap meeting will start at 9.00am but bile pukul 9 meeting still not started yet. bile mula lambat, habis pon lambat lah. so, my schedule affected la kan. lagipon masa tu cuaca agak panas. SANGAT. nak bukak mata pon susah. i noticed this year, aku super lemau lah time puasa. SANGAT. tak tau lah kenapa. is it because my schedule yang too pack? too hectic? atau petanda lanjut usia yang umur semakin meningkat setiap tahun *sentap*. kene beli vitamin ke whatever la supplement untuk bagi energy. kalau tak susahla...

lately ni so many things happen lah. Ye, hidup ini penuh dugaan. penuh pancaroba. bukan nak mengeluh. aku redha. ini semua ujian dari-NYA. Dia takkan uji, kalau kite tak mampu untuk menanggung ujian tu. cuma, aku harap aku kuat untuk hadap semua itu. ye, aku mungkin tabah di mata semua orang. tapi, aku tetap manusia biasa yang ade masenye aku akan putus asa. 

SELAMAT BERPUASA uols!

p.s : eh... korang yang cantik lagi kacak (bodek sangat kan!), korang boleh tolong aku dgn click kat ruang money mone money tu. ilapu very strong lah! terima kasih :)

Monday, April 23, 2012

isnin

hello uols. lame siot tak hapdate. bukak blogspot tengok dah len. terkial-kial haku nak hapdet tau. orang buta IT cam ni la. rindu weh nak membebel sesorang kat blog ni. memacam story ai nak share. eceeehhh bajet artis btol. rase cam nak lempang tak? mmuahaha. story bandung pon tak habes lagi. tapi haku kan busy nak mati.

last week seminggu haku tak masuk opis. maka hari ni super busy. tapi ya ampun mata haku. tak leh nak bukak langsung. dah rupe orang berjalan sambil tido ok. wiken hari tu aku pegi JB. sampai rumah nak kat pukul 3. 3 pagi uols bukan 3 petang. memasing lupe diri tak ingat jalan pulang. bajet cam tak keje je memasing kan. hamek ko. hari ni menderita la haku. jap lagi aku nak pegi meeting. semoga haku tak tertido la dalam meeting. menguap seribu kali tu normal la. tak cukup 1000 kali, bukan haku la tu.

ok lah, aku nak sambung tido wat kerja. nanti bile free dan mood rajin sudah mari, gua hapdet beribu-ribu lemon story. ok, itu tipu.

Selamat bekerja uols. hari ni baru isnin, jangan memalas sangat ye. jumaat jauh lagi!

Friday, February 03, 2012

cuti

hr ni lemau giler masuk opis. minggu ni, hr ni je aku masuk opis. ade keje, tp xwat pon. mood blom mari. still mood holiday. memule rase mcm malas nak update psl bandung. tp ade yg tanye. ok la, sharing is caring. gua mau update. tp siyes malas giler. so, bg gua bertenang dulu. lgpon aku xingat sangat dah. kn refer resit2 tang harga. nak bagi tips bercuti, pon aku rase malas. hahahaha. senang cite, hr ni memang aku malas segala2nya la. ni pon aku menunggu mase nak bla je dr opis.

selamat bercuti panjang pada semua. have a nice holiday! cuti ni gua mau ganti tido, nak rehat puas2.. ;p

Thursday, February 02, 2012

i'm back

korang tengah keje ek? ai cuti lagi. mmuahahahahahaha.... penat giler seh. hr ni mau bermalas2an kat rumah je. almaklumlah, ai kan baru balik dr paris. bukan paris kat france tu. tapi paris van java aka bandung. mmuahahahaha. walaupon dekat, tp penat seh. penat shopping. ko ingat tak penat ke shopping? penat tau. nak pilih size, nak try lagi. tu belom kire penat berebut. hehehehe.

update psl bandung, tengok la kalau rajin. lebih kurang same je mcm pegi last year but this time mencabar sikit. hahaha. nanti2 la aku update. aku nak kemas dulu hasil2 rembatan kat sane. selamat bekerja uols!

Wednesday, February 01, 2012

wordless wednesday-kuih malas


godek2 henpon terjumpe pic ni. aku snap mase aku pegi kelantan aku rase. orang malas makan mungkin akan bertambah malas. agak2 ko rase kawan ko rajin sangat, tak kire la rajin ape pon.. rajin mengampu ke rajin membodek ke rajin mengipas ke cube ko bagi die makan kuih ni. kalau tak jalan gak, ko bagi die makan penampau je. mmuahahaha.

pada warga KL, selamat bercuti. orang selangor, SILE BEKERJA! jangan malas2 sebab aku tak jumpe lagi kuih rajin.

p.s. : i will fly back this afternoon. hopefully tak delay la. okthnxbye!

Thursday, January 26, 2012

brrrrrrrr...BOSAN!

SUMPAH aku bosan giler tahap dewa. aku mmg takde keje. sume keje aku dh setelkan awal2 sebab aku nak cuti minggu dpn. semangat aku nak bercuti kan. padahal bos tak approve kan pon cuti aku. lantak ko la. aku nak cuti jugakkkk. giler bosan aku tak tau nak watpe. bosan gilerrrrrrrr. tolonnnnnggg lah haku. aku rs sape2 yg ade dlm chat list aku, sume aku kacau. mmuahahaha. ikutkan hati nak je aku mengulau. paling dekat mid valley. tp di saat mcm ni, mau aku hilang akal, main sambar je ape ade. duit kalau menggunung takpe gak. ni dah la nak pegi holiday. lg nak buang2 duit. boleh pulak aku tak gaji lagi. tensennnnnnnn ok! gua mau shopping habes2an ni. gaji pulak takde. ade sesape nak derma kat aku x? mmuahahaha.

ade idea utk hilangkan bosan. sile lah tolong beta sebelum beta kacau hidup orang lain.

ok. bye.

Monday, January 16, 2012

malaysian without RM


aku ade habit suke simpan resit dalam wallet sampai wallet ko tebal nak mampos mcm duit berkepok2 padahal takde duit langsung pon. bukan ape, hujung bulan time nak dapat gaji tu, mane2 resit yang berkenaan tu wajib la aku claim kan. so, ape2 resit sume aku letak dlm wallet. sebab penah terjadi resit yg patut aku claim aku terbuang sebab aku ingat tu resit personal. sekali hamek ko. nasib tak banyak. kalau banyak, menangis tak berlagu la ko.

bile dah ko letak sume resit dalam wallet, haruslah wallet ko tebal kan. bile wallet tebal, ko ingat ko ade duit la tu. selalu aku rase mcm tu tau. sampai la tadi baru aku sedar yg aku takde duit. ade sebenarnye. tapi takleh guna. bile bukak wallet tu aku nampak ade duit. walaupon resit tu tebal, stil aku nampak ade terselit2 duit2 lagi.

last wiken aku lepak dgn rahiyah. nak jumpe kat jj. before pg jj, aku nak isi minyak kete jap. dlm wallet mmg aku tau aku xde duit. sbb mlm tu aku kua pon aku tak smpt pg atm. nasib ade org belanja minum. booleh pulak kat petrol station tu, atm xleh gune. operasi tergendala katenye. takpe takpe. nasib ade credit card. mmuahaha. time ni la br aku nmpk kegunaan credit card. mujur tak cancel kan lagi.

sampai jj, atm xleh guna ok. bukan satu bukan dua tapi tiga. aku malas lah nak cube sume atm kat jj tu. dah pelbagai bank aku tgk xleh. aku assume xleh je la sume atm tu. tensen giler. bile cek wallet, memang ade duit. tapi xleh gune. bukan tak laku tp xleh gune. why?








































aku ade won, rupiah and dollar. duit lebih dr trip aku yg dulu. tak tukar2 lg. ringgit malaysia takde. time ni rase nak lempang diri sendiri bg sedar yg ko kat malaysia weh. ape ke jadah dalam wallet ko penuh duit negara lain. total duit ni dlm nak kat rm200. tp sayang xleh gune. last2 aku pinjam rahiyah je la sebab nak bayar duit parking nnti. terus nak beli barang utk travel tak jadi. kalau yg mahal leh la aku gune credit card. kalau barang tak sampai seploh hengget tak kan ko nak swipe gak. buat malu haku je.

sebab semalam atm xleh gune, td aku pg lunch pon aku lupe takde duit ok. nasib la aku hr ni nak beli roti je. tak sampai seploh hengget. korek2 handbag ajaib, ade lima hengget. time ni la rase ade jugak habit aku yg baik. mmuahaha. kadang2 bile bl barang, ade duit baki aku tak letak dlm wallet terus. aku campak je dlm handbag sebab nak cepat. mmuahahahaha.


Wednesday, January 04, 2012

MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ok cukup 3kali. lelebih tu hover. hr ni aku dtg opis lmbat sejam. walaupon dah sejam lambat, tp tetap aku yg sampai paling awal. br aku ingat, hr ni ramai budak opis aku cuti sebab memasing hantar anak sekolah. kan hr ni 1st day sekolah. sampai la pukul 12 br ade sorang bdk opis aku masuk. die br balik meeting. pastu pkl 1 bos masuk dan terus aku berambus pegi lunch. masuk opis dah pukul 230 pastu bos ckp die nk pg meeting. hoyehhhhhhhhh. terus lompat bintang*

bukan senang aku nak dapat peluang keemasan mcm ni. mmuahaha. nak kate takde kerja tu takde la. berlambak je keje. tp leh wat rilex2. xde sape nak memekak kat aku kan. akibatnye keje aku memang aku lempar ke tepi. aku bz jd cik kiah jap. planning for nex trip. InsyaAllah hujung bulan ni aku nak pegi jenjalan tenangkan fikiran. cewaaaahhhh. so harus lah plan. nak duk mane. kos n segala xtvt bagai. memang kalau pegi memane aku la tukang plan nye. aku kan bajet. mesti cr kos yg paling minimum sekali. nasib yg pegi dgn aku sume sekepala. tak kesah nak nek turun bas. berbasah2 ketiak ni. kalau nak bercuti ala2 paris hilton, memang bukan aku la. tunggu la duit aku berkepok2 menggunung. boleh la aku nak buang sesuka hati duit tu.

nak kate excited sgt tu takde la. bese2 je. bkn xpnh pg pon tmpt ni. tp saje je. lgpon dh lame xpg holiday. otak aku ni dah beserabut. i need vacation. kalau tak, mau giler. ok la, aku bz planning ni. cuti panjang. harus gune kan seadanya. babai!

Friday, December 30, 2011

last day

hari ni last day keje for 2011. harap2 la. if tetibe aku kene keje esok, memang la xdapek den nak kate pape. kite hanya merancang. tp Tuhan yg menentukan. kejap je dah nak masuk 2012. ngeriiiiiii. tahun depan umo dah meningkat. *terus sapu krim anti kedut*

2011 tak tau la nak kate best giler ke tak. biase je kot. cume stress keje. tu yg aku asek berjalan sane sini. selain dr shopping, travel salah satu cara utk release tensen. rasa aman je bile ade kat tempat yg kite tak brape biase. xjumpe dgn org yg kite kenal. pastu off henpon. aman hidup!

hr ni nak keje pon xde mood. mood cuti aku dah kua awal2. lgpon ramai org cuti kan. meeting pon byk cancel dis week coz org tgh cuti. aku je rajin gigih bekerja mase hujung2 tahun ni. nak wat camne. kene la gigih cr duit. kalau duit tu datang menggolek, turun dari langit ke memang aku tak keje. aku duk rumah tunggu duit jatuh je. ni pon aku wat keje rilex2 je. sambil wat keje sambil download running man. mmuahaha. korang layan x running man? lawak giler nak mampos. time aku stress, aku layan running man. happy sikit.

azam tahun baru? perlu ke? 2011 aku azam nk kuruskan badan. tercapai memang tercapai. pastu gemok balik. mmuahahaha. camne tu? nak kire tercapai ke tak? konpius ahkak. so, nex year je la ai start diet.

aku harap 2012 aku dapat tukar keje. SANGAT BERHARAP. sile la doakan untuk aku ye. aku dah penat la keje kat cini. sakit otak. sakit badan. yang paling sakit is sakit hati. aku rase dah lame giler dah berkhidmat kat com ni. cukup2 la tu. cume tu la. takde rezqi lagi. nak wat camne. kalau banyak duit. aku dah benti dah. duk rumah je. tp sebab duit tak banyak menimbun2, tabahkan jugak la hati ni tuk dtg keje.

aku doakan 2012 ni jauh lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya. 2012 memberi lebih kebahagian dan kegembiraan untuk semua orang. aku nak semua orang happy. bile happy, akan senang hati. bile senang hati. mesti gemok kan. nnti takde la aku gemok sesorang. gemok reramai dgn korang. . ok x? mulia tak aku? mmuahahaha.

okla. happy new year & happy holiday! have fun :)

Wednesday, December 21, 2011

penat giler

lately ni aku rase penat giler tahap takleh bla la. penat badan n penat otak. maka super duper penat. energy level equal to zero. ni pon aku siyes xlarat giler. cam nak pengsan pon ade. tp kuatkn diri. kang kalau pengsan kang satu hal lak orang nak mengangkat. kalau ringan takpe gak. ni dah la gemok. dah la penat letih bagai, pastu dpt sindrom susah nk tido. lg la tensen. tak cukup rest sangat. aku pon tak tau la nape. petanda lanjut usia kot. badan rase penat n sakit2. nak je aku telan ubat tidor. tp kang len penyakit lak dapat. penat ok. ko dh penat giler badan. otak pon dah penat. ko rase nak tido sesangat. tp puas lah ko pejam mate bergolek2 badan tp takleh tido. tensen tol aku. macam2 petua aku try dah. minum susu la mandi air suam la. nan ado. sume tak jalan. ade tip nak share? *tenkiu*

k la. aku tak tau nak tulis ape pon sebnanye. tp nak wat keje aku xlarat sgt. nak melalut pon tetibe takde idea. aku nak balik rumah je. duk opis pon bkn larat nak keje. kthxbye!

Saturday, November 19, 2011

S.A.T.U.R.D.A.Y

lame tak hapdet belok batu bata. bz nak mamps. entry KK pon halfway. last week aku pegi Kota Bharu. wedding housemate aku mase diploma. sangat besh sebab dah lame tak jumpe kengkawan kan. bile dah jumpe memasing lupe daratan. perot aku sakit sebab terlebih makan n terlebih gelak. tu nanti2 la hapdet kalau de mase.

Trip to KB tu kire mcm terapi utk diri sendiri di saat aku punye stress level yang mampu buat haku gile. aku ni memang takde la nak hilang selera makan. sakit ke tensen ke hape ke. makan tetap makan. takde makne nak hilang selera. dulu putus cinta elok je aku makan. sampai member aku pon ragu2 betol ke putus cinta. walaupon makan tetap makan tapi kalau susah hati berat aku akn turun dgn senangnye. haku pon tak faham kenapa. 1 week before pg KB aku turun 0.5kg dlm mase seminggu. pastu kat KB aku makan dan makan bagai takde hari esok. sampai bebudak ni pon pelik camne perot aku banyak giler ruang nak sumbat makanan. baru lepas makan nasi. tak sampai sejam. aku makan nasi lagi. bukan sikit2 punye. sepinggan kau! ni seminggu lepas balik KB aku turun 1kg dlm mase seminggu. giler kan? susah hati je konpem berat aku turun. cube aku senang hati. bagai nak mampos aku diet. sebulan nak turun 1kg pon belom tentu. ni aku makan banyak2 tp hati tarak senang terus turun.

oh dis time aku susah hati bukan sebab putus cinta ye. cinta2 ni dah lame aku lempar ke laut. tak kose! nasib la aku de kengkawan yg memahami. yg sudi dengar bile haku mengadu domba kan. mekaseh gelprens. siyes kalau takde korang, aku lagi terok kot. mau seminggu hilang lebih dr 1kg. dis time punye stress memang sangat la hebat. tak pernah rase mcm ni. tapi takpe. pikir secara positif. pasti ade hikmahnye. there will be rainbow after the rains kan? cume aku kene sabau la utk tunggu pelangi aku muncul.

semalam ade intebiu. tak tau la dapat ke tak. dah lame tak pegi intebiu, siyes gile neves. nasib interviewer tu sangat la frenly. terus hilang neves. soalan first die tanye, are u malaysian? hahahaha... sentap mak! selalu org tanye u Chinese or malay je. tatau la dapat ke tak. he said i meet all the criteria. honestly, memang berharap dapat la. kengkawan, please pray for me k? terima kasih bebanyak sebab mendoakan yg baik2 utk kengkawan.

ok lah. penat dah membebel. haku nak siap2. nak dating dengan mak. happy weekend uols!

Saturday, October 15, 2011

cakkkkkkkk!


happy weekend uols. enjoy it to the max. weekend adalah hari untuk makan makan puas puas sampai perut muncit. mmmuahahaha. see my pipi la. bukan botox. tapi hasil makan makan banyak banyak lupa diri. i have lot of activites for today n tomorrow. will spend my time with my family n frens. sape kate single itu boring? yang penting kite yang tentukan. as my fren said, GEMBIRA ITU KITE YG CIPTA! daaaaa.... mmuacks!

Thursday, October 13, 2011

new addiction

burung itu besh. saya suka itu burung. burung apa? burung murai. burung apa? burung murai. burung apa? pannnnnngggggg. ok. i'm not addicted to burung actually but twitter. i know orang lain dah lama kot. bese la kan. gadis desa seperti haku memang sentiase ketinggalan. orang len dah hover2 dah kecoh2 aku baru nak kenal.

maybe sebab hari ni bos takde kat opis. besh je aku wat keje sambil ber-tweet2 n ber muka buku. penat ok aku gelak. sampai nak terkenching. dolu2 aku create twitter tp xgune sgt. wat asal ade je. kang xde, orang kata tak urban pulak. mmuahaha. n before dis aku tak private kn twiiter tu. tp lepas aku dah seronok melayan burung2 yg berkicauan itu, ahkak terpakse la private kn ye. ahkak bukan artis nak bg sume org follow. ai wat fb n twitter tu semata nak gossip dgn kengkawan je. klau tak kenal ape motip nak add kan. takde benda nak di gossip kan. hahaha. kengkawan saya meh la add saya. search for missT_1004. yg bukan kawan, kalau hensem mak approve. HAHAHAHA.*pannnnnnnngggggggg*

ok lah. nak pergi makan. sekarang dah tak diet. dulu diet dah turun 5kg. ko ado? mmuahaha. sekarang nek bape kilo, haku tak berani nak timbang. sekian.

Friday, October 07, 2011

dilema wanita

bos takde. yihaaaaa... *lompat bintang* walaupon ade banyaaak keje, tp maseh boleh bersuka ria. mmuahaha. sambil2 tgu model aku ni run, leh lak aku ngan budak2 opis ni men2 belaja 3rd language. tengok sape cakap paling serupe mcm bahasa negeri tu. opkos la haku kan. mmuahaha. nak pulak ko suruh aku cakap jepon n korea. halamak. see the mouth la. 24 hour ahkak layan cite korea n jepun. tinggal nk pegi negara diorang je. eh.. otromen pon kire cite jepon kan? hahahaha...

balik kk dah seminggu. tp kulit tamau cerah2 lg. sediiiiiihhhh. dah rupe pariapa hokeh. ni aku tak jumpe rahiyah lg ni. konpem jumpe die kene bahan kaw kaw punyer. hitam tu satu hal la. pedih yg amat tu jangan cite. sejak balik kk ni, nasib cuace kt kl ni hujan je. kalau panas terik, memang haku takkan pegi lunch. tak kose. konpem lg sakit. jeles haku tengok orang yg kulit putih je. ko sidai la doplohpatjam kat panas. rilex je. takde hitam pon.

dah la hitam. gemok pulak tu. huhuhu. selra makan menjadi2 la. nak pulak mase nak period. macam2 haku mengidam. mengidam makanan yg tak sihat langsung. mesti nak yg ade coklat yg ade cheese. camne nak kurus. betol omputih kate. beauty is pain. no pain no gain. mmuahaha.

nak update pasal kk. tp takde pic. tunggu maro update je la. lgpon this time punye trip tak banyak bergambar sangat. mcm malas je. lagi2 kalau dh depan makanan. tak kose nak snap2 ni. perot haku jauh lebih penting. mesti bg kenyang punye. tp ade satu pic maro dah upload. maka haku pon mencilok dengan pantas. khas utk tatapan peminat2 gua. *pannnnnnnnnggggg sedas. bg sedar diri sket*


sweet kan pic ni? hehehe. aku rase sweet. mmuahaha. very sweet moment. jalan2 tepi pantai. sambil bukak kasut. men2 dgn air laut. Lari2 anak bile dikejar ombak. men2 tulis nama kat pantai. so suwiiiiiiitttttt. hehehehe.

semalam mase balik keje dengar fly ke hitz. lupe la. aku men tukar2. pastu topik die lebih kurang cam ko penah salah send sms x? ape yg kite salah send tu n mcm mane kite nak cover line. hahahaha. haku memang lah org yg sentiase tersalah htr sms. bukan sms je. ym pon same. senang cite ape2 yg menaip2 ni konpem haku akan silap. aku pon pelik la nape. nak kata tak pandai membaca. belajar sampai masuk Uni dah kot. yg best tu kdg2 kalau kt ym aku knfiden je taip. siap dh send. pastu org tu rply br aku perasan slh send. hahaha. normally aku takde nak cover line ni. aku ngaku je memang tersalah. mcm tadi lagi la. budak opis aku mintak tolong aku book kn tix flight die. aku book dgn konpiden ok. sekali salah guest name. menggelabah la haku. dah la flight org kan. nasib boleh tukar FOC. name org tu rabiha. aku tulis ribena. boleh???? budak opis aku gelakkan aku mcm nak mati. agaknye aku haus sgt kot. tu yg teringat ribena. mmuahahaha.

ok la. nak sambung keje. petang ni nak pg gym. HAHAHAHA...

Thursday, September 29, 2011

serabutttttt

haaaihhhh..org len nak pegi bercuti rase gembire. rase heksaited sampai takleh tido. haku pon tak tido gak. bukan sebab heksaited nak mati. tp sebab mcm nak mati siapkan keje. semalam je aku tdo pukul 3 lebih. mate haku dah mcm panda. hitam! giler banyak keje. sampai aku rs stress giler lah. smpai aku ade rase nk hantar notis 24 hours je. teramat tak tahan. keje berlambak tu satu hal. keje pulak dengan org yg ko rs cam nak lempang2 je kan. lg la sakit jiwa. hr ni lagi la. dah la nak cuti. lunch pon aku tak kua. nak siap kan keje nye pasal. ko pulak nak perli2 haku kan. aku tengah lapar ni. ko ingat ko je yg ade mulut. haku diam tak bermaksud aku lemah. tp haku tak kose nak jd giler melayan ko. tp td memang haku dah tak tahan. ko rasekan pulak sinaran laser dr mulut aku. amacam? pedih? sentap? hade haku kesah! sekian.

oh ade nak sambung sikit lagi. hehehe. aku tak tau pon cuti aku approved ke tak. n aku malas nak amek tau. sekian.