Saturday, March 10, 2012

makin marah makin gemok

semalam hari paling menyakitkan dlm minggu ni. dah la penat hehari aku ade meeting. pastu nak kene setelkan keje lg. ade pulak makhluk tuhan ni yang tak tau la ape masalah die. mungkin kurang kene pelempang, maka perangai pon cam gampang. memang kat twitter aku dah merempan bagai lepas geram.

nak menghilangkan stress punye pasal, terus ajak ogy and the cockroaches lepak. lagipon aku dah lama tak makan kat ikea. ni consider masuk category mengidam la jugak.

kate tengah marah, haruslah hiburkan hati yang berduka. ni pon xtvt yang dah lama gak aku tak wat. nengok wayang. terus beli tiket adnan sempit 2. aku tauuuu korang dah lama tengok. cite tu pon dah siap box office pecah panggung la bagai. ade aku kesah? aku memang suke nengok cite2 basi ni. org dah tak heran baru haku nak hehegeh kan. lagipon aku nak bergelak tawa, wajibla amek cite kelakau. kang amek cite seram, terketar2 pulak aku nak pg car park balik nanti.

pas dah beli tiket muvi, tibalah masanya untuk sesi memanjakan perut dengan pelbagai makanan. ogy risau perut aku meletup kat situ. sume aku nampak sedap. kate tengah marah kan, haruslah makan banyak2 untuk hilangkan duka.


chicken chop, meatball, muffin, chocolate mousse, creme caramel, almond chocolate cake, and apple cake. sumenye sedap. sumenye selamat masuk ke perut tanpa sebarang pembaziran.


ogy menayang resit. mase lepas dah kaut memacam, cuak aku. cek wallet ade seploh hengget je. mmuahaha. sebab memula aku nak pegi ATM, sekali tetibe perut berkeriuk keriuk meminta makan. terus lupe niat asal.


insan yang tak sabau2 nak makan yg rupe mcm kebulur nau. padahal seblom sampai ikea, aku siap makan mihun tomyam ngan pisang goreng. haihhhh. camne la nak kurus. kalau makan bagai tiada esok.

ok. tu je nak cite. selamat berhujung minggu!

No comments: