Friday, November 04, 2011

borneo paradise part 2

ohhhh.. terase mau holiday lagi la. siyes, saya perlukan cuti! hamboi2, baru balik KK, nak cuti lagi. byk duit ko? *lap air mata* maka, ai hapdet belok sebab nak mengenang kembali memori indah. mmuahahaha.

second day is about the sea, sand and sun. kitorang super duper excited hokeh. because this is the day yang ditunggu2 bile kitorang plan trip to kk ni. time for island hoping. because of this trip la, sampai sekarang aku rase rindu sangat nak ke pantai. oh please.. jangan suruh aku pegi PD. aku lempang lelaju kang. yg suruh pg pantai dalam lagi la nak makan penampo.

beria la kitorang plan nak bangun awal. pukul 8 mesti sampai kat jeti ye. sekali hampeh. takde maknenye. kat kk ni, matahari kan terbit lagi awal dari semenanjung. aku tido kat tepi tingkap. tetibe aku rase dah terang giler. kelam kabut bangun ok sebab ingat dah lambat. sekali baru pukul 6 am. T_______T terus tarik balik selimut. mcm tu gak bile petang. pukul 6pm mcm dah 8++ pm. bak kata maro, kalau ganti pose best ni. tapi ai dah selamat ganti sume pose. hehehe.

aku lupe nama tempat untuk pg pulau2 ni. jeti ape tah name die. but dont worry. if korang pegi, korang tanye je orang. konpem sume tau. dr tune hotel nek bas ke kk. die akn bentikan kat wawasan kot. if tak silap la. dah sebulan deq. maka ahkak pon tak bape nak ingat. kire tempat wawasan ni tempat sume bas benti. from wawasan, ko bleh jalan kaki je nak ke jeti. kami ni pemalas. maka nek bas le kite. tak mahal pon. 50 sen kot. ke singgit. kitorang tak tau nak benti mane, so mase nak nek bas dah bgtau sesiap ka abang bas tu kitorang nak pegi mana. so kalau dah sampai, suruh die bagitau kat kitorang. korang pon leh wat camtu. kene ringan2 kan mulut ye. dont worry. diorg tau ko pelancong. diorang akan tolong lah.

kat jeti ade memacam pakej. pepandaila korang survey n tawar menawar ye. mcm kitorang malas nak survey2. pg satu kaunter je then bargain kaw2. so kitorang dapat 4 pulau dgn alat2 snorkeling RM50. tak tau la murah ke mahal coz xsurvey kan. kat sabah ni diorg ingat kitorg ni student. hehehe. terase awet muda uols. mmuahaha. so pape je senang sikit nak dapat murah. tp ade setengah tempat nak student rate kn tunjuk student card. mano la nak carik. kitorg ckp la tertinggal. kan tengah holiday takkan nak bawak lak. ade yg ok. yg strict tu, tak dapat la kan. tp takpe. yg penting muka nampak muda. mmuahahahaha.

lame tak nek bot. tetibe aku siap rase nak muntah2 pening2. pes time ok. mabuk laut. aku rase bukan mabuk laut. tp sebab tak bekpes. bekpes sebnanye.beli roti n milo kat kedai ala2 7-E. tapi perot haku ni kan..mane la cukup sekadar roti seketol hoi. makan pon macam tak makan je. tu yang pening2 je.

pulau yg first lupe nama. sampai2 terus terjun snorkeling. second island is manukan. kat sini kitorg try paraceiling. superb best. n i wanna do it again. aku siap nek 2kali hokeh. hahahaha. first dgn ikin. then dgn maro lak. kalau kat kaunter, harga memang mahal. muke kitorang kan mude remaja. student mane ade duit manyak. terus dapat RM50. kalau tak kene bayar RM80 kot. lupe la. memula memang takut. tp dah lelame bile ko dah terbang tinggi. perghhhh. susah nak describe ape yg aku rase. try sendiri la. then u will know it. sangat best ok. n sangat la rilex. hilang segala problem. kat manukan gak kitorang lucnh. mahal giler. aku makan nasi putih + telur dadar + sayur = RM9. bese la kan. tempat penuh dgn pelancong. nak pulak ramai foreigner. memang mahal la kan. tu belom lagi tekak teringin nak minum air kelapa. sekali sebijik seploh hengget. terus telan air liur je. hahaha.

bersedia untuk terbang... ;p

excited giler. pastu kat atas tu memacam aku pikir. ni blom nek cukup tinggi lagi. aku siap terpikir kalau la tetibe aku terjatuh dlm laut ni, camne la. dah la tak pandai berenang. pastu diorang ni siap tokok tambah kalau tetibe ade jerung camne. tak pon pirana ke. rase nak lempang je kan?

dah syok2 kat atas tetibe brother tu sesaje rendam kitorang. giler masin weh. air kat PD tu tak cukup masin. sini masin giler. boleh kn darah tinggi kot kalau tertelan banyak sangat.


view kat pepulau sume ni cantik2 giler. pasir giler lembut.best je baring. bak kata maro, kalau jual ni, leh letak harga tinggi sebab kualiti bagus. mentang2 la keje kat site kan. tp aku tak bawak camera. sume gambau kat pepulau ni gune cam henpon ikin yg tak bape nak high quality. hehehe. jadik la kan. ade la gak kenangan terindah bak kata samson.

kitorang setel island hoping dlm pukul 4. sesampai kat jeti terus makan eskrem sambil tunggu bas. sejuk je tekak. terase cam zaman sekolah lak. sambil tunggu bas makan eskrem. lepas tu dlm bas memasing membuta. nasib tak terlepas stesen. mmuahaha. aku tido maha dasyat aku rase. aku dok seblah maro. maro duk belah dlm yg kat tepi tingkap tu. aku tido siap terlentok2 kepala ke luar tu. tetibe gedegang terkena orang. pastu terus tukar arah kepala utk sambung tido. hahaha. pastu kat maro pon gedegang. siap maro tejaga dr tido sebab tetibe ade benda jatuh atas die. rupenye cap yg aku pakai. aku rilex je tido tak sedau. mmuahaha. kat hotel jangan cite la. memang tido mati. sedar2 je dah gelap. pastu kelam kabut mandi sebab member kitorang dah nak sampai nak bawak jenjalan.

ini namenye lokan bakar. sedap! lagi2 air asam die. sangat sedap hingga menjilat jari.

ini namenye kelapa bakar. finally dapat minum air kelapa yg sedap dan murah. tenkiu jack. aku lupe la name tempat makan ni. sebab jack yg bawak kitorang. kitorang men ikut je la.

ini la jack. classmate mase kat uitm. die la yg bawak kitorang jalan-jalan cari makan malam tu. memang sesuai. memasing dah puas membuta lepas penat island hoping. perot memang la sangat lapau kan.

lepas tu misi jejalan cari makan kat tempat makan kat2 pasar filipin tu. bukan tempat yg same kitorang pegi mase first day. dis time nak try chicken wing. ni pon wajib cuba ok. pastu mkn ikan bakar lagi. dis time try ikan ayam. sedap ok. first time aku tau wujudnye ikan ayam ni. hahaha. tu pon jack yg rekemen suruh cube. kalau die xsuruh maybe aku tak pandang langsung kot. sebab rupe die mcm scary sikit. huhuhu. nak tau camne rupenye? sile tanye pakcik google. pastu try gak makan yg kat dlm gambar tu. color putih tu lupe la name die. die ala2 kerabu. gune isi ikan yg fresh. sedap! color hijau tu rumpai laut. rase die cam rumpai laut. hahahaha.

giler kenyang malam tu. terus posing dgn ikan lelumba. lepas makan terus balik hotel. kitorang tak terus balik. malam masih muda yawww. terus layan muvi lagi. n again aku bayar duit ekon je. kali ni ok sikit la. ade tengok gak sesikit. lupe la tengok cite ape. dr masa tengok hari first tu, aku sedar2 dah habis ok. hahahaha. sangat la sesuai nama sabah negeri di bawah bayu. sayu je. memanjang aku nak tido. setiap kali nek bas mesti tido. panas2 basah ketiak pon rilex je kitorang tido. hahahaha...

wiken ni cuti panjang. happy holiday uols. Selamat Hari Raya AidilAdha too. aku siap leh terlupe ok raya minggu ni. aku bajet minggu depan. nasib raya hari ahad. nasib takde kampung. nasib takyah apply cuti. kalau tak, mau kene petir dgn bos sebab apply cuti last minit.

No comments: