day 2 is shopping timeeeeee... heeeeeeee.... konon nak bangun pepagi sebab takmau berpanas2an berbasah2 ketiak ni. sekali amek ko. terlajak tido. kate semalamnye dah berlari mcm nak menang pingat kat olimpik kan. malam tu sebelum tido, siap sapu minyak lagi. nasib ikin bawak minyak yuyi cap limau tu. belasah je la. janji ade minyak.
ni tempat2 melaburkan duit. memacam ade. ko sediakan je la duit. aku just beli fridge magnet and borong jeruk sikit je la. jeruk pon aku rambang mata ok. rasa tu sedap rasa ni sedap. sume yg aku rase aku nak beli. sekali hamek ko. memasing luggage ngam2 20kg. jeruk punye pasal. sampai adik aku perli cakap aku beli jeruk ni utk hari raya ke ape. hahahaha.
memule bajet nak beli topi. pelancong la katekan. tapi nasib ade sinar keinsafan datang last2 minit. membazir itu amalan syaiton yg direjam. baik tak aku? mmuahaha. sile muntah.
akibat memborong sakan bagai tiada esok.... nah ko! berat giler nak bawak balik hotel. memang dekat market ni dgn hotel. jalan kaki tak sampai 5minit pon. tp berat yg amat. terus aku ngan ikin tahan beca. mase nak nek beca ni aku tak konfiden ok. dah la jeruk tu memang berat. tp seberat2 jeruk tu jauh lg berat la aku ni ha. siap tanye berkali2 pakcik tu larat ke x. kalau die xlarat, bia aku je yg kayuh.
cer teka ni kat mane? pizza hut ok. sume org kate penang ni food heaven. aku pon dh beria2 nak makan memacam. tp bile sampai ntah hape hal ntah tetibe je dah ade kat dlm pizza hut ni. mcm kt kl takde je kan. kitorg melepak kat sini lame giler ok. sebab tak tau nak pegi mane. xtualy hari kedua ni maro dr perlis nak turun penang. so sambil2 tunggu die, kitorg wat la xtvt dulu. shopping dah. makan dah. betul2 no idea. siap panggil pekerj2 kat pizza tu suruh bg idea. hahaha. tp org penang ni peramah2 la. tak sombong. i loikkkeeee. last2 aku ngan ikin selambe pegi nek je bas. kitorg nek free shuttle. takde arah tujuan pon. kitorg bajet nak nek bas tu sampai last station. boleh? nasib la mase kat dalam bas tu maro call kate dah nak sampai. terus kitorg turun kat padang kota. jalan2 lepak2 sementara tunggu maro.
memasing henpon tak bace nak canggih. takde gps ke ape. so gune la cara traditional. tengok map. memang sampai je kat epot, aku amek sume map n info. very useful ok.
our next destination is toy's museum. they claim that museum is the largest in the world. katenye. tapi takde la besau mane pon. tak kua peloh pon nak tawaf muzium tu. maybe tempat len takde wat muzium camni. so jadila die yg tebesau sekali. muzium ni bese je. tak de la besh sangat. bg aku la. bak kate maro naseb kitorg ni rakyat malaysia dapat bayar murah. so takde la rase membazir sgt. meh aku tepek ape yg ade kat muzium tu. then korang judge la sendiri.
lepas dah tengok segala patung bagai, meh la kite lihat keindahan alam pulak. petang2 kite ke taman ye. wat xtvt berpeloh sikit. bagi terbakar sikit lemak2 tepu tu. kat sini bajet nak lepak je tapi penat mcm tengah training bola jaring. hahaha. penat tangkap gambar. nak pose lompat2. bile tak jadi, kene ulang lebih 10 kali. T_____________T
cam bese. let the pictures do the talking. :D
salah satu xtvt yg aku memang letak dlm list mase nak dtg penang ni is nak ke seberang by feri n jambatan. alhamdulillah. tercapai. thanx to maro kerana merialisaikan impian ku. eceh. mcm iklan pulak kan.
kamera tak bape nak canggih. pic tak bape nak lawa. dah tau tak lawa tetap nak tepek sini kan. fedulik. blog haku! utk kenangan masa tua aku ni.
lepas dah jejalan kat seberang tu, kitorang plan nak pegi batu feringgi night market. ala2 uptown la. tapi mahal ye. sebab sane ramai foreigner kot. lagi2 pak arab. siap mase aku tanye uncle tu hrga sepit rambut die siap ckp hrga utk malaysian len hrga utk tourist lain.
kaki memasing mcm nak tercabut. paling kronik aku la. siap bertongkat ok. gune payung jd tongkat. sakit giler vavi. tapi tetap nak berjalan kan. aku siap beli pengetuk untuk urut lagi. hahaha. tak cukup tu, siap masuk kedai urut utk urut kaki.
our last destination. nasi kandar beratur. org kate sedap giler. for me, nak kate sedap giler vavi tu takde la. nak kate tak sedap tu takde la. lagipon time tu tgh lapar. aku telan je. takde banyak cite. dah la nak datang sini siap sesat barat bagai. map yg kitorg refer tu bukan comlplete pon. yg takleh bla nye mase nak balik tu ade la sekumpulan makhluk tuhan duk melepak dekat ngan kete kitorang. bile kat dalam kete tu, kitorg bukak la map. sebab nak cari jalan balik. terus sume tu gelak2 kan kitorg. aku tarak hal ko nak gelak kan kitorang ke nak ngumpat kitorang ke nak kata kitorang kampung gile sebab takde GPS ke. aku tarak hal la. tapi boleh tak ko tunggu kitorang bla dulu. tak pon kalau tak saba sgt nak gelak, gelak je la. tak yah nak gelak2 sambil pandang2. ko ingat kelakau sangat ke. aku tengah wat lawak ke.
sampai je hotel, masing2 mandi pastu pengsan. penat + perot full memang nikmat tido malam yg lena. tp aku tak lena sangat. tengah2 tido tu boleh terjaga sebab hidung aku dah meleleh berdarah. almaklumlah. puteri lilin la katekan. takleh nak berpanas2 ni... hahaha.
No comments:
Post a Comment