Thursday, July 28, 2011

anda GEMOK?

ni aku baca dari magazine. nak tau ko ni kategori gemok or not, try this...

cubit bahagian lengan dgn ibu jari and jari telunjuk. if lebih dari 2cm, TAHNIAH! ANDA GEMUK! hahahahahahahaa.... rase nak histeria bile aku wat kat diri sendiri. proudly to announce that hasil dr test AKU GEMOK! ni yg rase nak hiris2 je lemak ni. TENSEN hokeh!

selamat mencuba uols... :)) mmuahahaha...

Wednesday, July 27, 2011

pengaruh K-Pop kat opis

annyeonghaseyo. gedix kan nak cakap korea. satu opis aku tau aku giler tengok cite korea giler dengar lagu korea. walaupon ai tak paham. gigih aku google nak tau maksud. mmuahaha. bukan la aku nak kata drama melayu tak best. tak layan. oh no no. aku layan gak. tapi kalau kat opis tu sesambil wat keje, memang aku akn sesambil layan cite korea. haruslah buat 2 keje or lebih dalam 1 mase. baru lah multi tasking namenye. ni k-pop yg betul2 dr korea ye. bukan k-pop made in malaysia ye. k-pop made in malaysia tu pitam haku tengok. ape? tak tau malaysia pon ade k-pop? desa betol korang. mmuahaha. dengan baik hati nye aku sudi meng-googled untuk buah mulut korang. *jahat giler*



cer korang tengok... cute tak? mmuahahaha. now u know nape haku nak pitam kan!

kat opis kalau ko siyes nau buat keje, konpem mati sebab stress. maka, haruslah cr alternatif supaya ko mampu tersenyum sambil buat keje. so, aku memilih dengan melayan drama korea. bukan yang stok2 winter sonata ke autumn in my heart ke. tu bukan nak release stress. menambah lg ade la. sedih memanjang. dah la haku kalau nengok pape cite memang hover. beria menangis. touching gituwww. kat opis haruslah tengok yg berunsurkan romantic comedy. buatkan ko rase nak pecah perut gelak. memang lawak giler. sampai bos ingat aku seronok buat kerja. sebab sambil wat keje sambil senyum. ko mampu? memang tak la tanpa menengok drama korea kan!

untuk me-release kan lg tensen aku, lepas tengok aku suke buat review. takkan la aku nak bercerite dengan org yg tak tengok. konpem org tu pon terpinga2 bile dengar aku cite. maka harus lah haku me- maksa suggest kat sorang budak opis aku ni untuk tengok. die memang layan drama2 korea ni. so aku akan suruh die tengok. nanti ade la modal nak bercerite kan. so, dah jd ade 2 org yg "multi-tasking" kat opis tu... ;p

sampai la ade sorang pakcik kat opis aku ni tanye kat aku nape aku addicted sgt kat cite korea ni sampai aku siap berangan nak visit korea 1 day nanti. aku cakap susah nak explain. bukan sebab diorang tu hensem. eceh. betul wat. diorang tu hensem bukan sumenye original. ade yg buat plastic surgery. before jd artis, muke tak leh bla. bile dah jadi artis terus superb hensem/cantik kan. aku suke sebab cite die senang nak faham. direct je. takyah nak pikir2. n kelakar. n tipu la kan kalau cakap muke diorang yg cute yg hensem tu tak menarik perhatian. hahaha. lagi2 kalau pelakon pompuan tu sume kurus2. makan banyak tapi tak gemok2. makan hati aku tengok kekurusan diorang tu. so, utk menjawab soalan pakcik tu aku suruh die try layan sendiri then baru die tau.

after few weeks tu ko tau boleh pakcik tu pulak yang rekemen kan cite korea untuk aku tengok. hahaha. die layan kat astro. aku cakap online lagi best. die pon mintak la website. saje je gurau dgn die cakap habislah nanti sume keje aku bagi die tak siap kan. die jawab baik punye perli aku. die cakap aku ingat die mcm aku ke nak tengok cite korea kat opis. sekali lepas tu aku tengok die tengah layan kat opis ok. mmuahahah. rilex je die cakap aku ni pembawa virus K-Pop kat opis. hahahaha.... gian dah die dgn cite korea.

ok la. haku nak menyambung wat keje ni. byk giler report nak kene setel. letih betol aku kalau bab nak menulis report ni. menulis blog takpe. eh? ni 1 of my peberet song. i love the melody. aku kan rock. mmuahaha. bukan lirik ye. lirik tu memang langsung takde kene mengena dengan haku. nak tau maksud, sile google.. :P






psssssttttt..... suare die sexy kan? HAHAHAHA....

Monday, July 25, 2011

dilema nak raya

semangat haku kan. pose belom lagi tapi dah beria dilema bagai kan. its ok. pose ganti? sorry, tak men la ganti last minit ni. dlm bulan syawal lagi gua dah setelkan. mmuahahah. riak ok. selain dilema memikirkan bajet duit raya, ade dilema lain ok. dilema baju raya ok. mase pegi bandung hari tu, aku kan bershopping mengikut nafsu. hamek ko. lebih seploh lai kain aku borong. atas kesibukan yang melanda mcm nak mampus, aku tak sempat nak hantar pegi jahit. sampai la last wiken hari tu aku pegi hantar. tu pon sebab pikir nak raya kan. normally tempat yg aku hantar ni time pose pon leh trime je lagi. sekali mase aku pegi ni, anty tu dah tutup order. nak pitam ok aku dengar. anty tu siap cakap dari 2 minggu lepas die dah tak amek ok. siyes macam nak nangis. MAKA DENGAN INI BETA UMUMKAN BETA TAKDE BAJU RAYA TAHUN NI.

walaupon anty tu tak terima, aku tetap hantar gak. sebab aku suke anty tu jahit. sedap je pakai. baju tu leh siap seminggu lepas raya. boley? DGN INI BETA NAK UMUMKAN SEKALI LAGI, BETA AKAN GOJES SELEPAS SEMINGGU RAYA. mmuahahaha. aku tengah pikir nak beli baju dah siap ke tak. aku memang tak penah beli baju siap ok. maklumlah, badan aku kan macam model. mane ade size yg betul2 ngam. mmmuahahaha. *pang* lempang bg sedar diri sikit. aku cakap mak aku, nak beli baju raya ready made sebab baju raya yg hantar tempah takleh siap. mak aku kate tak payah. boleh? die suruh gune baju tahun lepas. masalahnye bukan aku taknak gune baju tahun lepas. masalahnye adalah baju tahun lepas aku DAH TAK MUAT. dah la kalau beraya rumah orang, aku makan tak sedar diri kan. mau baju yg dah sendat tu terus tertetas ok. kang aku buat selambe pakai jeans je kang, orang kate aku ni nak menyambut krismas pulak.

agak2 aku tak datang beraya rumah korang, korang pepaham la ye. aku akan datang menyerang seminggu lepas beraya. selepas baju aku siap. mmuahaha. kalau nak beli baju yg ready made, kat mane yg cantik ek? ade sesiape nak teman aku shopping? jom la. jom la. best tau shopping dgn aku. hahahaha...

Friday, July 22, 2011

short getaway pt 3 (last)

ok. sambung cite penang. hahaha. makin lama makin lambat kitorg bangun tido. hari ketiga lagi la bertambah lambat. 1st destination is cari tempat makan. ape2 hal perut kene isi. kate dah lambat kan. sampai kedai je byk makanan yang dh habis. tarak hal. kitorg tolak batu n kayu je. lagi2 aku ni. kalau dah lapa sume aku telan. ai tak tahan lapar uols. gastrix. lepas makan jalan2 buang duit jap. dis time maro pulak nak shopping. kitorg dah selamat memborong semalamnya.

lepas dah habis shopping, dah tak tau nak pegi mane. memula plan n
ak pegi batu feringgi. nak bermandi manda la konon. sekali cuaca macam nak hujan je. so, cancel. lagipon, lebih sepuloh kali gak aku berpikir nak mandi ke tak. kalau mandi konpem rentung. kulit dah la tak bape nak cerah. pastu feeling2 omputih nak sunbathing la konon. rentung. dayang senandung jugak sudahnye nanti. kalau kulit aku spesis cerah putih melepak takpe la gak. ni pon kesan sunburn tak hilang lagi. penat aku menepek pelbagai krim nak bg back to normal balik.


finally we decided to visit rumah P.Ramlee. sebab bile tengok kat map
tu boleh kate sume tempat wajib pegi kitorang dah pegi. lagipon rumah P. Ramlee sounds interesting kan?


kat dalam ni takleh snap pic. dis is the only pic yg kitorg amek. memasing
pose kat basikal ni je. best jugak la tempat ni. everything about Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. sejarah die, awards yg die menang, cite zmn mude2 die. semua la. sambil2 tu die pasang lagu2 P.Ramlee. honestly, aku lebih minat lagu2 die daripada muvi2 dia. lagu2 die memang superb. sedap di dengar.

lepas dah jalan2 kat situ, makan jap then maro hantar kitorang balik hotel. die dah nak balik perlis. terus mati kutu aku n ikin. tak tau nak pegi mane. takkan nak duk dlm bilik je. ikutkan memang masing2 tengah penat. dapat membuta memang nikmat. lagi2 aku. dengan kaki sakit tahap d
ewa nye. tapi cam rugi la pulak. setakat datang nak tido, bek tak yah. duk umah je. sebab dah tak tau nak pegi mane, kitorg plan nak pegi queensbay mall sebab sume shopping mall kat penang dah pegi kecuali yg ni. hahaha. lagipon location die mcm best. tepi laut. sampai sane jalan2 jap. nak tengok muvi, sume full house lagi2 transformers. kalau ade pon duk depan sekali. tak kose aku nak mendongak.

kitorang tak jalan habis pon. satu kejayaan utk dr sendiri aku tak shopping
ape2 pon sepanjang kat penang ni. maksud aku kat shopping mall la ye. dah la tengah sale giler vavi. ai tetap maintain kan iman di dada. jangan dengar sangat cakap setan tu. hahahaha. last last kitorang beli jco then lepak kat lua. amek angin petang la konon. view memang superb. dr queensbay ko boleh nmpk penang bridge. tak caye? meh aku letak bukti. tak tau la if korang kate tak cantik. bg aku cantik.




ni kawan baru. dari surabaya dong. nak ngorat si ikin tapi kuciwa sudah. ikin dah ade bf. masa kat penang, selain pelancong omputih aku rase penang penoh ngan tourist dr indonesia and pak arab. masa dalam bas on the way nak pegi penang hill sempat bermesra alam dengan pelancong dari medan. die cakap kat indonesia tengah cuti sekolah sekarang ni. maybe sebab tu kot ramai yang datang kat malaysia untuk berlibur. kalau kat batu feringgi tu boleh kata sana sini pak arab je. bersepah dgn diorang je. kedai makanan arab pon berlambak. masa dalam flight nak balik KL pon majoriti pak arab ye. orang malaysia boleh kire dengan jari. paling tak leh bla bile announcement dalam flight also in arab ok. rasa mcm ko nak fly ke dubai pulak. first time aku nek domestic flight dgr announcement selain dr malay n english.

ai tengah tunggu driver ni. driver ai bawak kete panjang. baik hati pulak tu. sesape yg tahan konpem die berenti. ko masuk kan je duit tambang. jalan la die. hehehe. masa nak datang ke queensbay mall ni kitorang nek bas yang lalu highway so cepat sikit sampai. masa balik sesaje gatal amek bas yang pusing jauh siap lalu usm lagi. tambang same je. RM2 je.

sampai kat komtar dalam pukul 9 lebih. takkan nak terus balik hotel. malam masih muda. tak remaja la. hahaha. terus kitorang pegi nengok muvi kat 1st avenue. nak tengok transformers memang tak dapat la. memanjang full kan. so kitorang tengok cite lisa surihani n sam berlakon. cite sekali lagi. sedih giler ok. siap menanagis kitorang kat dalam wayang tu. habes mekap tau. hahaha. muvi habis dalam pukul 11 lebih. pastu memasing dah menggelabah. balik hotel bukan jalan kaki ye tapi berlari2 anak gajah. kire mcm jalan tp laju nak mati dah macam berlari. faham? bile dah membakar lemak haruslah menggantikan balik lemak tu. sebelah hotel tu ade old town terus memasing bantai nasi lemak. hahaha...

hari ke 4, time to say sayonara penang. flight balik pukul 3 lebih. tapi kitorang memang dah tak tau nak pegi mane dah. 1 pulau tu dah habis tawaf. so, lepas check out lepak kat lobi surf tenet jap. disebabkan beg memasing dah penuh dengan jeruk. maka beg berat nak mati ok. tak larat la nak tarik sampai ke komtar pastu nak mengusung nek turun bas. pejam mata je lah kitorang bayar shuttle bus tu. sorang RM15. mahal memang mahal tp mengenangkan beg yg dah takde beza mcm batu tu, redha je la. lagipon name je shuttle bus tp nek kete. kitorg be2 je. sepanjang perjalanan dr hotel ke epot memang aku n ikin tido je ok. sedar2 dah sampai epot.

sampai epot terus makan pastu duk kat kedai tu nak kat 2 jam. siap abang kedai tu tanya kawan kitorang ni tak sampai2 ke. perli nampak. dah kene perli takkan tak pepaham kan. cepat2 la kitorang berambus dr kedai tu cari pot lepak lain pulak. hahaha. masuk je dlm katebang terus pasang belt then tido. sedar2 dah sampai KL. bese la kan bile pegi excited. bile balik je penat nak mati. piki nak tido je. taksabau nye haku nak tunggu nex trip. ke mana kah? tunggggggggggguuuuuuuu..... :D




Thursday, July 21, 2011

hilang akal jap

dr sebelum pegi penang sampai la dah balik ni tahap ke-bz-an aku memang superb tahap perdana menteri kot. bz nak mampos ok. bz sampai aku pon tak tau nak buat mane satu. di sebabkan tahap bz yg superb maveles yg menyebabkan aku stress giler maka tahap emosi juga adalah tidak stabil. jangan la sesekali ko nak cari pasal dengan haku time2 cenggini.

semalam ntah hantu ape merasuk kat badan aku ni sampai aku hilang akal aku siap bergaduh dgn bos. bukan la gaduh sgt pon. cume melawan cakap. eh tapi takde la melawan pon cume aku bersuara je. aku cakap ape yg aku rase je. benda betol pon. keje aku memang bertimbun2. sehari kalau ade 48 jam pon belom tentu leh setel. dengan selambe aku tak nak buat keje yg die bg sebab aku rase aku ni dah overload. n yes. memang aku tak buat. fedulik la ko nak kate ape. kalau aku kata tak nak, tak nak ok. akibatnye hari ni die taknak pandang muke aku langsung. oh..bersyukur nye aku rase. hopefully lepas ni tak bagi aku keje la. hahaha.

tu kisah keje. banyak lagi benda2 kat opis ni wat aku sakit jiwa. nasib la ai ni berjiwa kental. hahaha. paling penting bermulut untuk bersuara. aku memang diam je kalau diorang nak buat pape. tp kalau dah nak kat sepuloh kali tu dah mcm membuli kan. aku ni tak la bodoh nak diam je. memang aku sound tepek je balik. aku pon ade hati perasaan ok. sesuka hati korang je kan nak wat ape. alang2 aku dah sakit hati meh aku bg ko rase sekali. baru susah senang bersama. ye tak?

kepada makhluk tuhan yg sorang ni. aku rase tak perlu la nak sebut name. i know u will read this. sudah2 la ko nak call aku ke sms aku ke email aku ke. senang cite sile la bla jauh2. jangan kacau hidup aku. aku tak pernah kisah dah tentang hidup ko. sikit pon aku tak nak amek tau. ko nak tergolek ke ape ke susah ke senang ke. lantak. dan tolong la buat benda yg sama kat aku. jangan la nak kepochi dlm hidup aku. ko igt ko buat mcm tu aku suke? memang tak la. never. ko dah sakitkan hati aku cam nak mati pastu ko nak buat mcm takde ape jadi. WTH! hidup aku jauh lebih bahagia sekarang. sangat bahagia ok. takde semak mcm dulu. ko jangan nak jeles dgn aku. just go on with ur life.

walaupon korang rase mcm aku takde life tp sebenarnye hidup aku bahagia je. aku emo2 dgn org yg cr pasal dgn aku je. lepas opis aku pergi berjimba dgn rakan2 taulan tercinta terus ok mood aku. hahaha. bile kat opis mood mcm mati laki. boleh? kalau aku ade duit berjuta, sekarang gak aku hantar surat resign. mmuahaha...

ok la. mau sambung keje. lega jap bile dah meroyan kat cni.

Sunday, July 17, 2011

harry potter & the deathly hallows pt2

ai baru balik layan muvi ni. best giler. superb. love the ending. aku tak baca novel harry potter ni. aku just layan muvi2 die je. semangat giler aku n adik aku nak tengok harry potter ni. asik full je. last2 dpt gak tgk. tu pon kat jj bukit raja. jauh sikit dr rumah aku. kn tgk yg 3D. yg bese full house. sape yg peminat setia harry potter ni cepat2 la tengok. siyes best nak mati. tak tipu ok. takmo review, nanti tak seperais le. ok la. aku baru lepas makan nasi lemak ni. ngantuk. nak tido. baru cepat proses penghasilan lemak. mmuahaha.

Wednesday, July 13, 2011

short getaway pt 2

day 2 is shopping timeeeeee... heeeeeeee.... konon nak bangun pepagi sebab takmau berpanas2an berbasah2 ketiak ni. sekali amek ko. terlajak tido. kate semalamnye dah berlari mcm nak menang pingat kat olimpik kan. malam tu sebelum tido, siap sapu minyak lagi. nasib ikin bawak minyak yuyi cap limau tu. belasah je la. janji ade minyak.


ni tempat2 melaburkan duit. memacam ade. ko sediakan je la du
it. aku just beli fridge magnet and borong jeruk sikit je la. jeruk pon aku rambang mata ok. rasa tu sedap rasa ni sedap. sume yg aku rase aku nak beli. sekali hamek ko. memasing luggage ngam2 20kg. jeruk punye pasal. sampai adik aku perli cakap aku beli jeruk ni utk hari raya ke ape. hahahaha.

memule bajet nak beli topi. pelancong la katekan. tapi nasib ade
sinar keinsafan datang last2 minit. membazir itu amalan syaiton yg direjam. baik tak aku? mmuahaha. sile muntah.

akibat memborong sakan bagai tiada esok.... nah ko! ber
at giler nak bawak balik hotel. memang dekat market ni dgn hotel. jalan kaki tak sampai 5minit pon. tp berat yg amat. terus aku ngan ikin tahan beca. mase nak nek beca ni aku tak konfiden ok. dah la jeruk tu memang berat. tp seberat2 jeruk tu jauh lg berat la aku ni ha. siap tanye berkali2 pakcik tu larat ke x. kalau die xlarat, bia aku je yg kayuh.

cer teka ni kat mane? pizza hut ok. sume org kate penang ni food
heaven. aku pon dh beria2 nak makan memacam. tp bile sampai ntah hape hal ntah tetibe je dah ade kat dlm pizza hut ni. mcm kt kl takde je kan. kitorg melepak kat sini lame giler ok. sebab tak tau nak pegi mane. xtualy hari kedua ni maro dr perlis nak turun penang. so sambil2 tunggu die, kitorg wat la xtvt dulu. shopping dah. makan dah. betul2 no idea. siap panggil pekerj2 kat pizza tu suruh bg idea. hahaha. tp org penang ni peramah2 la. tak sombong. i loikkkeeee. last2 aku ngan ikin selambe pegi nek je bas. kitorg nek free shuttle. takde arah tujuan pon. kitorg bajet nak nek bas tu sampai last station. boleh? nasib la mase kat dalam bas tu maro call kate dah nak sampai. terus kitorg turun kat padang kota. jalan2 lepak2 sementara tunggu maro.

memasing henpon tak bace nak canggih. takde gps ke ape. so gune la cara tradition
al. tengok map. memang sampai je kat epot, aku amek sume map n info. very useful ok.

our next destination is toy's museum. they claim that museum is the
largest in the world. katenye. tapi takde la besau mane pon. tak kua peloh pon nak tawaf muzium tu. maybe tempat len takde wat muzium camni. so jadila die yg tebesau sekali. muzium ni bese je. tak de la besh sangat. bg aku la. bak kate maro naseb kitorg ni rakyat malaysia dapat bayar murah. so takde la rase membazir sgt. meh aku tepek ape yg ade kat muzium tu. then korang judge la sendiri.





lepas dah tengok segala patung bagai, meh la kite lihat keindahan alam pulak. petang2 kite ke taman ye. wat xtvt berpeloh sikit. bagi terbakar sikit lemak2 tepu tu. kat sini bajet nak lepak je tapi penat mcm tengah training bola jaring. hahaha. penat tangkap gambar. nak pose lompat2. bile tak jadi, kene ulang lebih 10 kali. T_____________T

cam bese. let the pictures do the talking. :D






salah satu xtvt yg aku memang letak dlm list mase nak dtg penang ni is nak ke seberang by feri n jambatan. alhamdulillah. tercapai. thanx to maro kerana merialisaikan impian ku. eceh. mcm iklan pulak kan.


kamera tak bape nak canggih. pic tak bape nak lawa. dah tau tak lawa tetap nak tepek sini kan. fedulik. blog haku! utk kenangan masa tua aku ni.

lepas dah jejalan kat seberang tu, kitorang plan nak pegi batu feringgi night market. ala2 uptown la. tapi mahal ye. sebab sane ramai foreigner kot. lagi2 pak arab. siap mase aku tanye uncle tu hrga sepit rambut die siap ckp hrga utk malaysian len hrga utk tourist lain.

kaki memasing mcm nak tercabut. paling kronik aku la. siap bertongkat ok. gune payung jd tongkat. sakit giler vavi. tapi tetap nak berjalan kan. aku siap beli pengetuk untuk urut lagi. hahaha. tak cukup tu, siap masuk kedai urut utk urut kaki.

our last destination. nasi kandar beratur. org kate sedap giler. for me, nak kate sedap giler vavi tu takde la. nak kate tak sedap tu takde la. lagipon time tu tgh lapar. aku telan je. takde banyak cite. dah la nak datang sini siap sesat barat bagai. map yg kitorg refer tu bukan comlplete pon. yg takleh bla nye mase nak balik tu ade la sekumpulan makhluk tuhan duk melepak dekat ngan kete kitorang. bile kat dalam kete tu, kitorg bukak la map. sebab nak cari jalan balik. terus sume tu gelak2 kan kitorg. aku tarak hal ko nak gelak kan kitorang ke nak ngumpat kitorang ke nak kata kitorang kampung gile sebab takde GPS ke. aku tarak hal la. tapi boleh tak ko tunggu kitorang bla dulu. tak pon kalau tak saba sgt nak gelak, gelak je la. tak yah nak gelak2 sambil pandang2. ko ingat kelakau sangat ke. aku tengah wat lawak ke.

sampai je hotel, masing2 mandi pastu pengsan. penat + perot full memang nikmat tido malam yg lena. tp aku tak lena sangat. tengah2 tido tu boleh terjaga sebab hidung aku dah meleleh berdarah. almaklumlah. puteri lilin la katekan. takleh nak berpanas2 ni... hahaha.

Monday, July 11, 2011

short getaway pt 1

1 until 4 July ai kat penang uoll. saje cecuti malaysia. why penang? ntah la. sebab aku tak penah pegi penang kot. kesian. aku pegi bedua je dgn ikin. memule memasing mcm tak dapat nak pegi. ikin dgn personal problem die aku pulak tengah serabut giler pasal keje. sume benda nak dalam mase terdekat. last2 aku men tinggal je. lantak. fedulik.

bile kat LCCT je mesti nak makan kat McD. padahal byk je kedai len. apehal nt
ah. menu mesti nak big breakfast. stok2 menambah lemak.

ni ngah tunggu bas. kt penang, kitorang pegi memane nek bas. baru la pelancong omputeh. padahal taxi
mahal nak mampos *cheapskate*. from epot to hotel by taxi patpohpat hengget tujoh posen. nek bas baru dua hengget tujoh posen. jauh giler beza. aku tak tau la org len. tp kitorg takde hal la nak nek turun bas ni. aku rase senang je nak nek bas. tak susah pon. sume tempat ko leh pegi dengan bas. no bus? senang je. ko tengok kat map. tak pon ringan kan mulut bertanye org. "malu bertanya sesat jalan" ni perinsip aku ngan ikin.

kat penang ni, kitorg stay kat tune hotel. bese la. aku, air asia, dan tune hotel memang tak dapat dipisahkan. senang cite benda2 murah ni memang i loike. mmuahaha. sape kate nak holi
day perlukan belanja besar? ingat aku kaya sangat ke. janji selesa. dr epot, bas akan turun kat komtar. dr komtar, kene amek bas len utk ke tune. bile tnye pakcik bas tu mn nak tunggu bas, dia kate the best way is jalan kaki sebab dekat. kat tenet pon aku baca dr komtar nak ke tune hotel 5 minit je. so kitorang pon jalan je la. memang tak jauh. tapi dengan beg kitorang yg mcm baru kua AF tu memang mengundang orang utk tengok je la. kalau bag-pack takpe lagi kot. bag packers la konon. ni memasing takde gaya bag packers langsung. dengan bunyi roda bag yg bising tu. malu memang malu. tapi dah separuh jalan. buat bodo je la. name pon pelancong. hahaha. sampai hotel, memasing mcm nak pengsan. penat. basah ketiak ok. dah la panas.

kitorg pegi penang ni memang takde detail plan. konsep men re
dah aje. aku cume print bus route dr internet. so senang sikit. 1st destination is penang hill (bukit bendera). org kate tak sah tak pegi sini kalau pegi penang. so, pergi lah. dr tune tu boleh je nek bas. tp ko kene tukar2. setakat dr tune ke komtar tu takde la jauh sgt. so, kitorg prefer jalan je pg komtar. byk sikit bas. dr komtar to penang hill RM2.40 one way kalau tak silap aku. murah je.

mase jalan kaki dr hotel nak ke komtar, kitorg memang dah nampak ra
mai org berkumpul. polis pon ramai. mcm ade something. bas pulak lambat sampai. sesambil tunggu bas, kitorg yg kepoh ni pergi la tengok. sampai2 je terus tanye kenape? kenape? ade ape? giler kepoh kan! rupenye yg pasal bersih tu la. nasib org penang ni peramah. hahaha. rupenye yg kitorg tanye tu pegawai ape ntah. patut la die bz ckp kat tepon. mcm report something.

nak nek cabel car kat penang hill ni RM8 for Malaysian. tunjuk mycar
d dapat la harga tu.

aku suke view dr atas bukit ni. memang pebret ai tgk view dr tmpat tinggi. dulu mas kat uitm pon aku suke nek twin tower tu tetinggi then tgk view dr atas. view cantik or tak. len cite. tp
bile tgk dr tempat tinggi ni feel die len mcm sikit. susah nak describe la.

ni tempat2 yg ade kat atas tu. nak kate best giler tu takde la. boleh la utk je
jalan. tenangkan fikiran. kat atas tu ade taman burung gak. RM5 per entry (adult).

lets the pictures do the talking. malas nak letak caption sesatu.








tapak projek aku. tengah2 bercuti konon nak lupekan stress keje tetibe terpandang tapak projek dan dan tu client pulak call. sekian.

lepas balik dr penang hill. kitorang nak pegi makan. we didn't take our lunch ok. makan waffle je tengahari tu. kat atas bukit makan ABC. memang lapo tahap gaban. si ikin survey tanye member2. so we decided nak pegi gurney drive. mencabar ok nek bas. patut turun kat komtar. tp sebab die tak benti betul kat dlm komtar mcm kitorg nek bas. kitorg terlepas nak turun. mase on d way nak pg penang tu, ade la kenal tourist dr medan,indonesia. nmpak die turun. kitorg pikir die nak visit temple kot sebab tempat bus tu benti kat depan temple. rupenye kitorang yg tak tau. dah salah tu, duk je la dediam kat dalam bas tu. kitorang plan nak turun bile sume org dah turun. hahaha. last station kat jeti. pastu tanye pakcik bas nak nek bas ape pegi gurney tu. travel by bus mmg stamina kene tinggi ok. siap berlari2 kitorang nak keja bas. bile dah nek bas tu, agak ko tak konfiden nak turun mane, ringan2 kan mulut bertanye.

gurney ni tempat org lepak2 la. takde ape sgt. sini memang heaven dgn makanan. but Chinese food la. kitorg lepak smpai pukul 10 lebih je. almaklumla datang dengan bas. kang ade pulak yg kene tinggal bas. ms tunggu bas tu, tgk kat bus schedule bas still ade lg. tp xbape konpiden punye pasal tnye la org yg tgh tunggu bas kt c2. rupenye die bukan tunggu bas. die tunggu laki die dtg amek. die advise kitorg srh jln sikit. tgu kat main road yg bas lalu byk sikit. tmpt kitorg tunggu tu bas ade lalu. tp tak byk. so kitorg decided nak tunggu tmpt yg anty tu ckp. tgk mcm dekat. mmg dekat tp jalan kt tmpt sunyi sikit. giler scary la. buat keje giler. mulut memasing dah terkumat kamit bace segala. depan kitorg ade sorg anty jalan gak. tp tak dekat sgt ngan kitorg. kitorg bajet die pon nak nek bas gak. sekali dr jauh tu nmpk bas lalu n anty tu pon lari. otomatik kitorg pon lari coz kitorg pikir anty tu lari mesti sebab bas tu last or sbb nk kene tunggu lama. penat ok. dah berbulan tak xcercise tetibe lari mcm nk menang pingat mas. sumpah penat.

balik memasing terus pengsan. penat giler. pg penang ni ibarat preparation for olympic. road to london gituwww...

Sunday, July 10, 2011

sempena BERSIH, terjun bangunan

sempena BERSIH, aku n kengkawan pegi terjun bangunan. takleh masuk KL punye pasal kitorg pegi terjun bangunan kat subang. tak caye? meh aku tepek bukti.

kitorg pegi naik menda alah ni lah. scary ok. sepanjang 50 meter setinggi 5 tingkat. org tu ckp 9 seconds je. kalau nak cepat lg, sile terjun. 5 seconds je. hahaha.

masa aku naik ni, siap menjerit ok. tp kejap je la. lepas tu diam sebab aku terus tutup mata. tak sanggup nak tengok. hahaha. bile dah sampai bawah, pening2 kepala aku. mcm pusing2. biol2. hrga tix RM12 sekali naik utk dewasa. kitorg beli kat tenet mase ade diskaun dpt RM6.50 je.

sekian. saje nak update yg aku berani nek benda ni walaupon menjerit. hahaha.

pic sume cilok dr FB cik kyra. tenkiu.