tajuk dah cam kat wanita hari ini kan. orang selalu kate wanita bekerjaya takde life. life die pasal kerja je. iye ke? aku ok je. yg penting kau kene smart. pandai manage time. aku ade je mase nak melawat setiap kedai yg ade sale. hahaha. last wednesday aku ada meeting kat Taiping. siyes aku takmau pegi. bos suruh bg reason nape taknak pegi. aku cakap aku takleh nak bangun pagi sangat. hahaha. dia kate tak reasonable langsung. bagi aku ok je. boleh je terima. meeting pukul 9am. ko boleh bayangkan pukul bape aku kene bangun pagi? tak ke awal pagi nak mati. aku dah tau dah. possibility aku untuk terlambat tu memang 99.9%. ntah mcm mane ntah hr isnin tu bos aku ckp pegi selasa lps keje. tdo sane la. so takde la rushing sgt.
aku rase aku tak penah sampai taiping. ipoh penah la. tu pon bukan aku drive. aku tido je dalam kete tu. tapi family aku ckp aku penah pegi mase kecik dulu. sumpah aku tak ingat. tapi yg peliknye adik aku yg no 2 tu boleh pulak ingat. haishhhh.. petanda lanjut usia kah? tapi aku rase bukan sebab lanjut usia. mungkin kesan radiasi sebab selalu nek flight. boleh? kah kah kah. eh, tapi ni info tau. selalu nek katebang, boleh memberi kesan radiasi which is ko akan cepat lupe. tp aku rase tu utk pilot and flight attendance la kot. dr port klang ke taiping lebih kurang 4 jam. honestly, utk drive selama 4 jam aku tarak hal. aku pegi keje hari2 pon dah bape jam sangkut dalam jem kan. tp aku tak penah drive jejauh. paling jauh port klang ke semenyih kot. hahaha. aku takde reaosn utk drive jejauh. ai mane ade kampung uolls. kalau aku nak pegi jejauh pon, memang berat parents aku nak lepaskan. so, aku terus ajak mak aku temankan pegi meeting. ko ado? lantakla org nak kate anak mak ke hape. ade aku kesah? aku bawak mak aku bukan mak ko. lagipon wiken hari tu baru lepas tengok karak. walaupon aku tak lalu karak, tapi asal lalu highway je konpem teringat walaupon karak tu tak la seram mane pon. sebab mase aku pegi tu cuti sekolah, adik aku yg last tu pon nyemak2 nak ikut. kire ni sambil bekerja, bercuti bersama keluarga juga. kelaaaaaasssss.
aku bertolak lebih kurang pukul 5 mcm tu. nasib tak sangkut kat jem kat kl ni. mase nak pegi ni, aku bz sangat. hotel pon bos aku tolong booked kan. lagipon taiping tak banyak sgt hotel. yg aku tau hotel seri malaysia je la. tu pon dah full. cuti sekolah kan. before pegi tu aku dah tanye org dah direction. majoriti suruh aku kua ikut kemunting. diorang kate senang la utk yg first time sampai. tp yg paling dekat ikut changkat jering. satu je problem aku ni, aku tak boleh kalau aku tak nampak ape2 view. aku akan bosan. yelah kan bertolak pon dah petang. sure aku sampai sane malam. gelap giler. tak nampak ape2. nasib ade mak and adik aku. kalau aku drive sesorang, konpem drive sambil mengalirkan air mata. hahaha. takut ok. kate baru lepas tengok karak. sebab aku bosan tak nampak ape2. gelap je. bontot pon dah kematu duduk lelame. aku drive non stop. benti kejap kat tapah utk pg toilet n sembahyang je. tak sampai setengah jam pon. aku nekad nak kua ikut changkat jering. sesat pon sesat la. ape ade hal. dalam malaysia lagi. hahaha. Alhamdulillah la tak sesat. sampai je hotel terus letak bag pastu terus cari kedai makan. lapa ok. lepas makan terus balik bilik. kat taiping ni nak pegi mane pon. aku duk kat flemington hotel. dekat gile dgn zoo taiping. dlm 2 minit dah sampai. nek kete la.
tau tak aku meeting sekejap giler. kate meeting start at 9am. besela kan. konpem stat 9 lebih gak. meeting ade la dlm setengah jam je. giler tak berbaloi datang jejauh. nasib aku tido sane. kalau aku gerak pagi rabu tu, aku pakse die wat meeting lame2 gak. lepas meeting aku cek site pastu terus balik hotel. mak aku pon terkejut tengok aku habis awal. sebab aku bajet habis dlm pukul 12. ni tak, 10 lebih aku dah terpacak kat depan bilik. nasib hotel ni ade swimming pool. mase aku meeting tu ade la xtvt utk adik aku wat kat hotel. aku lupe snap pic hotel. tp bg aku boleh la. comfort la utk 2 ke 3 star hotel. rate pon murah je. RM100++. aku taktau bape. sebab mase nak check out tu tersempak dgn bos aku kat lobby. die cakap die tolong setel kan. so aku memang tak amik tau langung la pasal hotel.
sebab aku habis meeting awal, kitorang pegi la singgah zoo taiping. kate cuti sekolah kan. bawak la adik aku tu. tapi kan aku lagi suke zoo kat KL tu. lagi best. tp zoo taiping ni murah sikit. RM12 for adult n RM8 for kid. kitorg tak men la nak nek ketapi kat zoo tu. tak feel ok. jalan kaki la. baru
aku lupe name minatang ni. tapi memekak gile. suara nyaring nak mati. aku ingat bunyi burung. rupenye bunyi die. non stop memekak ok.
orang utan. pandai kan die pose? hahaha
besar gile. dah mcm orang aku tengok.
buaya ni memang dekat gile utk tengok. pastu nganga je. takut aku. ade yg tak makan saman punye org siap baling2 benda kat buaya tu. mule2 die bodoh je. lepas tu die bergerak sume lari. tau takut ko.
aku suke nengok beruang ni. cute giler. ikut je mane arah org jalan. kalau ko benti, die pon benti. comel!
kat zoo tu panas giler ok. siap kitorang beli eskrem wat penyejuk tekak. aku dah siap ikat rambut tetinggi. tak tahan. panas. pakai payung pon stil panas. lepas pegi zoo tak tau dah nak pegi mane. terus aku ajak pegi muzium. sebab nak amek ekon. hahaha. lega ok. sejuk je kat muzium tu.
chenta hati
aku saje letak pic ni. sebab aku nampak kurus. hahaha. hakikatnye memang tak ok. berat aku semakin hari semakin naik. kalau kite belaja matematik tu, berat aku kalau di bundarkan dah mencecah ke 60. malas aku nak pikir. lantak la gemok ke debab ke. janji aku tak nyusah kan orang.
saya di taiping
aku suke baju ni. ni baju puteri perak. ni puteri perak versi patung. nak tengok puteri perak yg betul? sile scroll ye.
tadaaaaaaaaaaaaaaaaa..... kah kah kah. sile muntah kalau mau. ni gambar zaman memude uolls. zaman ai jadi artis. zaman kurus. hahahaha. ni mase sekolah menengah ok. zaman2 rokiah ronggeng. mmuahaha.
agak dah sejuk badan, terus kua dr muzium tu. nak balik. aku tak mau lalu kat highway tu memalam. balik ni aku bawak lagi slow sebab penat + demam. banyak kali benti utk makan. hahaha. org lain demam takde selera makan. aku rilek je. mule2 benti kat mane ntah. lupe la. utk lunch. pastu siap dah beli memacam utk bekalan melantak dlm kete. dah nak sampai terasa nak makan sate pulak. benti la kat restoran jejantas sg buloh tu. lepas tu on d way nak balik rumah aku, beli beger tepi jalan tu. dah sampai rumah mkn nasi pulak. yg buruk lantak ni aku ngan adik aku je. mak aku sekali makan je dah kenyang. anak die je yg makan berkali2 pon tetap tak kenyang2. lepas tu bising kenapa hari2 berat makin naik. tak mau turun2 kan. dah ko melantak mcm org bela jin. lagi mau tanye!
1 comment:
youre beautiful as always...
Post a Comment