Wednesday, March 16, 2011

rahsia bentuk badan menawan

wahhhhh... tajuk tak leh bla. menawan ke? dah kate gemuk itu menawan kan. meh aku share mcm mane nak dptkan bentuk badan "menawan" itu. beria hr tu nak diet, pastu kejap je la kot on diet. pastu back to normal dah. malas nk diet dah. tp bile makin hari baju makin meregang mintak nyawa, rase nak nanges hokeh. jangan la sampai tahap baju tertetas. tu memang kat situ jugak aku pitam.

aku ni beria nak diet. tp aku rs mcm dh kn sumpah kot. diet n aku mmg xsesuai. susah kot nak control nafsu makan. sape yg boleh control tu, mmg aku kagum giler. pnh 1 of my housemate mase study dulu, determination dia utk kurus mmg tinggi. sikit pon tak terliur dgn makanan ni. ko letak la ape pon, sikit die xheran. yg paling aku kagum, mase raya pon die still on diet. pehhhh. kalau aku la, time diet tu la musim menternak lemak paling subur sekali. berkilo2 naik. terliur weh. raye rumah org, konpem la makan. tp housemate aku, setakat teguk air je n mkn kuih seketul. tu je. tu pon sebab nk jg ht tuan rumah. ko mampu diet mcm tu? honestly, sumpah aku takleh wat.

sekarang ni aku nak diet bersungguh2. kononnya la. tapi, selera makan? mak aiiiiiii. *pitam* mcm hr ni aku breakfast je mkn burger. ko mampu? lepas tu bising bdn gemok kan. padahal pepagi ko dah amek lemak bebanyak. for lunch memang makan nasi la. kate org melayu. pg dah feeling2 blonde kan mkn burger. mmuahaha. sepanjang nak tunggu lunch tu, mengunyah je la mulut aku. biskut la. coklat la. ntah hape2 la. xberenti mulut aku ni. ni aku tgh tunggu bdk opis aku. aku oder Mcflurry McD. desert katenye. jap lg petang kang, konpem aku pening. nak minum petang nak mkn pisang goreng ke nak kopok leko ke nak cempedak goreng ke. bila dah pening2, aku beli sume. kah kah kah. bile beli banyak2, ajk la bdk opis mkn skali. kdg2 xhabis. mak aku ckp, xbaik buang makanan. nanti makanan tu menangis. sebab aku anak yg baik,*sile lempang sedas* aku habiskan la makanan tu sbb tamau makanan tu menangis. lepas tu, aku yg menangis bile tgk badan sendiri... T_T

susah la nak control makan ni. aku ni memanjang rase lapa. bak kate kengkawan, membela di dalam perot. *cilakak* malam konpem makan. giler ko xmakan. aku drive balik keje je dah penat. sampai2 rumah, teros tengok makanan which is selalunye nasi la. nasi lagi. huh! aku rase cam nak pg slimming. but with my eating habit ni, aku tak tau la slimming centre mane yg mampu nak tolong aku. serius aku ssh nak control weh. lagi pulak aku ade gastrik. aku pikir kang xmakan, sakit perot lak. haihhh. kene la makan. then terase nak pg gym lak. agak2 la kan, kalau exercise tp still mkn xjage, leh kurus tak? kompem la tak kan!

last2 aku rase bek aku wat pembedahan pintasan perut (gastric bypass). ala yg mcm syanie n chef zam wat tu? boleh? kah kah kah. aku tgk diorg berjaya kurus. n berjaya control eating habit diorang. hehehe. mulai hr ni, aku nak berjimat2 cermat. nak wat tabung gastric bypass. tak pon tabung sedut lemak. kah kah kah. ko mampu? *haku memang tak mampu la* haku tau dah... redha je la aku... agak2 dah nak kawen, baru haku diet.. ntah bile la tu kan. skrg mau enjoy makan dulu....



p.s. : xde ke org baik hati nak derma duit kat aku?

p.s.s : agak2 nak dpt bentuk badan "menawan", ko makan ikut mcm aku makan. memanjang makan. non-stop.

1 comment:

Nor Darus said...

makanlah selagi anda mampu makan..hehehe...