dari Bandung lari jap ke Kuching. nenanti la sambung entry pasal Bandung. story pasal kuching lak. aku dapat tau kene fly g kuching masa aku baru balik dr Bandung. tp still cuti lagi. aku kan masuk opis hr rabu. pastu ahad dah kene g kuching sampai la sabtu. seminggu hokeh kat kuching. tak sempat nak hilang kan penat dah tambah penat. n paling penting tak sempat nak buang lemak yg aku ternak kat Bandung dah tambah lemak lagi pulak. hehehe. before fly tu, dr rabu sampai la ke sabtu memang superb bz la kat opis. dgn nak setelkan keje2 yg bertimbun sebab cuti seminggu n nak setelkan keje2 yg sepatutnye utk di bawa ke kuching. tensi!
aku kemas beg pon kelam kabut. pg ahad br kemas barang2. if dah kelam kabut, memang ade je brg2 yg tertinggal la kan. hr sabtu tu aku nyaris nak tinggal flight. sempat la aku wat drama kat LCCT tu. aku pg LCCT by ERL. aku dah bajet dah travel time aku. flight aku 12.55pm. aku bajet aku boleh sampai LCCT dlm 11.30am. tp kite hanya merancang kan. dgn KTM lembab mcm haram. ERL ok. if u take ERL, kene stop kat Salak Tinggi. then ade shuttle bus yg akan bawa ke LCCT. bus selalu ok je. time ni memang dah naseb aku kot. slow giler mengalahkan siput babi. aku rase tak dlm 30 - 40km/hr kot. aku duk kat tepi tingkap tu tengok je kete2 yg potong bas tu. ikutkan hati, nak je aku suruh pakcik tu ke tepi. bia aku je yg bawa bas tu. member aku yg pegi sekali dah cal. tanye kat mane. setiap kali cal, memanjang aku jawab on d way n nk sampai. tapi tak sampai2. memang aku dah nak sampai. tapi sebab bas yg lembap nak mampos tu, aku tak sampai2. elok je berhenti kat LCCT, aku turun cepat2 amek bag n berlari hokeh. ulang taip BERLARI dengan high heels pat inci. naseb tak tergolek. sebijik dlm muvi. lantak la org nak pandang ke ape. fedulik. sebab 12.10pm br aku sampai. tak kan aku nak berlenggang kak limah pulak. sure kene tinggal. tak sanggup aku nak buang duit beli tiket baru. kalau murah, takpe gak. hasil larian laju aku, sempat gak aku. Alhamdulillah. lepas dah dapat masuk, memang tercungap2 la. dah lame tak bersukan la katekan... :p
kitorang pegi be3. aku, ah kok, n Dr. khoo. but Dr. khoo stay sampai tuesday je. kat Kuching kitorang stay kat four point hotel. memang dekat giler dgn epot. 10 minit je kot. ikutkan, aku prefer hotel kat area waterfront tu. tp dah hotel ni recommended by my bos. n aku pon malas nak uruskan pasal hotel ni. bia je opis yg tolong booked kan. tp bagus gak stay kat sini. dekat dgn unimas. sebab sepanjang ade kat kuching ni, aku la yg memanjang sentiasa lambat. hahaha.
nice rite? design xmcm hotel. mcm office.
hotel's lobby
view from my room. depan hotel ni shop lot. tapi takde kedai makan yg halal coz dis area majoriti nye chinese. so agak susah la utk aku.
bilik sangat comfort. hari2 aku tido awal. meh aku tepek room pics sebelom aku serabutkan. hahahaha.
katil ni bg aku besau gile. aku gune 1/4 dr katil je kot utk tido. selebihnye aku letak segala file yg aku bace before tido ( xtualy bile bace je aku konpem tetido).
berendam utk release stress. mmuahahaha.
ko nampak weight scale tu? setiap hari aku menimbang. setiap hari bertambah. rase cam nak lempar je. tensi!
ohhh... tv ni la peneman aku. tp aku bukan peneman tv. tengok sampai tetido. sedar2 je bunyi tettttttttttt sebab dah habis siaran.
hari first sampai tu, kitorang berjalan2 dulu. maklumla. tengah free. keje tak stat lg. oh lupe pulak nak bgtau. aku datang kuching ni sebab kene jadi software instructor. sume pelik asal aku leh jd instructor. panjang citenye. aku pon malas nak cite. pendek cite, bos aku suruh. n aku masih lagi keje as eng. sekian. mmuahaha.
name pon pegi kuching. tak sah la xsnap pic kat patung kuching. tp sebab aku pg sini bkn sebab nk mkn angin maka aksi2 photogedix tak berlaku. memang sikit je pic yg aku snap. kebanyakkannya aku amek dr camera kwn aku.
kat sini kitorang nek sampan utk ke seberang. 50 sen je. kat seberang ni ade tempat makan n the best sarawak's layer cakes.
my colleagues. ah kok n Dr. Khoo
ni dah sampai kat seberang. scary gak nek sampan die. bergoyang2. seriau aku. tak macam kat terengganu punye. ke sebab aku gemuk sangat? tu yg bergoyang je...
ni tempat makan yg aku cakap tu. boleh makan kat sini bile dah cross sungai tu.
mase makan, aku order ABC special sebab nk sejukkan anak tekak aku ni. tetibe ini yg sampai. terkesima aku. siap tanye balik kat budak tu betol ke tak air aku ni. die ckp betul. ABC kat kuching memang mcm ni ek? naseb sedap. licin aku sedut.
this is the place where u can find the best sarawak layer cake. kene nek sampan hokeh. mn aku tau tmpat ni? pakcik google la! n siap masuk dalam destinasi bajet. kat kedai ni siap letak artis2 yg penah datang. memang ramai giler.
banyak giler choices. dah macam hari raya pulak. aku rase sume kot aku dah try. mmuahaha. n memeang kek lapis dayang salhah ni d best. sebab aku siap rase tempat2 len gak. utk compare. hahaha.
sarawak river cruise. aku tak nek pon. tumpang posing je.. :p
cannntiiik kan? ni dewan undangan negeri. aku suke tengok bangunan ni. very nice. design memang superb. mase aku jalan2 kat sini, ade tourist aku rs dr semenanjung la kot tanya aku ni bangunan ape. dia ingat ni istana. naseb aku tau. boleh la jawab. sepanjang aku kat kuching ni, takde sorang pon yg jumpe aku tak tanya asal aku. diorang ingat aku sarawakian. boley? bile aku cakap tak, diorang teka sabahan pulak. bile aku cakap tak lagi, tanya pulak aku ade mix ke tak. kalau aku cakap mix jawa boley?
ade gak yg ingat aku ni chinese. nak pulak aku pon berjalan dgn chinese. ade sekali tu aku sorang2, ade sorang ni tanye something kat aku dlm chinese. aku faham ape die tanye. ( maklumla, aku kan amek mandarin. berguna gak) tp aku tak tau jawapan ape nk bagi sebab die tanya direction. die ingat aku local people la kot. teros aku panggil member aku suruh jawab. itu naseb ade member. mase nak balik, aku balik sorang2. coz dr khoo dah balik selasa n ah kok balik ahad. masa kat epot, ade sorang makcik ni cakap kat aku dlm bahasa sarawak. sumpah aku tak faham. yg aku faham kamek kitak je. hahaha. tp yg aku pon satu sengal. boleh buat muke blur je. maybe makcik tu ingat aku tak dapat tangkap ke ape. die repeat 2 ke 3 kali kot dlm bahasa sarawak. bile blur aku dh hbs, aku ckp aku dr semenanjung terus dua2 gelak. hahaha.
ni The Spring. if i'm not mistaken, shopping mall paling besar kat kuching. lebih kurang besar JJ bukit tinggi, klang tu je la. aku pegi sini dgn ah kok just to have a dinner. boleh? sebab dah bape hari berturut2 makan kat waterfront je. mak busan nyah. aku tanye gak orang kat unimas tu, sume takde idea nak suggest. naseb la breakfast kat hotel, lunch kat unimas, dinner je aku kene pandai2 cr sendiri. kalau tak, botak kepala aku nak kene pk nak makan kat mane. masuk hari ke-4, betul dah no idea, ah kok cal kawan die tanye tempat makan. naseb la ade kenneth, kawan ah kok. kitorang pergi kubah ria utk makan. bese2 je tempat die. tp at least aku tukar angin la gak.
hari jumaat tu aku ngan ah kok plan nak jalan2 lepas keje. nak balik lambat sikit la kan coz keje dah habis. takyah nak bangun awal dah. ni kat satok. tempat makan yg penuh dgn gerai2. kenneth yg bg idea utk try mkn kat sini. sepanjang aku kat kuching ni, sume makanan yg must try aku dah try. mee kolok, laksa sarawak, mee tomato, teh c peng sume dah selamat lalu kat tekak aku ni. hahahaha.
kuching ni memang sunyi je. aku tak tau la sebab aku tak habis gugel ke ape, memang tak tau nak pegi mane. so, kitorang men jalan je la. korang tengok kat pic ni, yg bulat kat sebelah kren atas bangunan tu korang agak2 ape tu? BULAN hokeh. seumo hidup aku, ni la first time aku nampak bulan besar gila n macam dekat je dengan bumi. rendah je position nya. mase mule2 tu, aku puas la pikir ape la benda tu. bulan ke? tp asal besau sangat nampaknye. sampai la si kok tanye kat aku tu bulan ke tak. terus aku gelak. aku terus cakap aku pon nak tanye benda yg same.
ni la tempat keje aku sepanjang kat kuching ni. faculty of civil eng, UNIMAS. takla seminggu tu aku je yg mengajar. aku 2 hari je.
UNIMAS ni sunyi je. tak macam uitm tu. bising. dengan bunyi hon nye. sini sunyi giler. n takde masalah parking langsung. aku tak nampak pon kete yg double park. ade je lagi ruang2 kosong utk parking. cube uitm? jangan harap ko nak senang dapat parking. aku rase bukan uitm je la kot. majoriti university faced the same prob. selalu kat main entrance mane2 uni, akan ade traffic jem. kat unimas ni, nan ado ok. bagus!
part of my "student" eceh! poyo..hehehe...
ni belum complete lagi ni.. ade yg tertinggal lagi...
serius tak muka haku? hahahaha.. muke nebes siot...
my good students... hahaha.. mau nye aku tak nebes, sume nye lecture. dekan pon ade. n master student.
siap kene record lagi! feeling2 fofuler la mcm artis! hahahaha... honestly, memang bukan 1 keje yg senang untuk mengajar. kene ade tahap kesabaran yg tinggi. especially bile nak explain sampai faham. uishhh.. bile dah rase sendiri, br aku tau betapa seksa nye all my teachers n lectures. ampunnnnnnn.
for tea break, diorang ade hidangkan kuih ni. aku lupe ape name die. tapi sedap. lebih kurang macam dodol. n aku naaakkk lagi. aku akan pegi kuching lagi. mane boleh beli ek? tolooonnnnnggggg. akak mengidam ni.. :p
ni la kenneth. very nice guy. untung gf die. sangat baik hati bawak kitorang jalan2 kuching. kalau takde die, mati kutu la kot kitorang. tak tau nak pegi mane. masa hari sabtu tu, aku check out awal coz kenneth nak bawa jalan2. hehehe. aku pon bawa dia jalan2 pegi beli kek lapis. ye, aku pegi tempat yg same 3kali. hahaha. banyak giler aku borong.
after breakfast, jom pegi pasar. sunday market diorang panggil. kat satok.
ni la misi ke pasar. nak cari terubuk masin. mak aku pesan suruh beli. sejujurnya, aku memang tak makan ikan masin. tapi, aku try la jugak sikit. memang sedap. tapi banyak tulang. kene hati2 cik salmah. jangan sampai tercekik.
muke happy dapat ikan terubuk masin. packaging yg bagus. takde bau langsung.
ni cendol namenye. sedaaaaaapppp. sejuk je tekak. cendol die lain sikit dengan semenanjung nye. cendol die mcm jelly. memang sedap la. rase nak lagi.
sekian cite kuching. panjang gilerrrrr kan? merepek kat blog, bg kat aku. banyak je aku nak tulis. cube srh aku tulis report. memanjang no idea. hahaha. aku akan pegi kuching lagi. aku harap dapat berjalan2. so, aku nak mintak tolong la kat sesape yg membace ni... lagi2 orang kuching ke kan.. sile la bg suggestion tempat yg aku wajib pegi, tempat2 yg best untuk aku pegi... aku dengar culture village best. aku dah letak dlm list dah. hahaha... tenkiu!
3 comments:
mmg betol pjg beb...hahahaha...jenuh aku membaca...hahaha...
hehehe.. memang panjang entry ni... (nsb baik dh cekalkan mental dan fizikal.. :p)
kan dah bg amaran.. :p
Post a Comment