Saturday, December 31, 2011

borneo paradise part 3

cite ni buka saje dah basi. kalau makanan tu, dah berulat2 dah. memula aku rase cam malas dah nak hapdet. sebab super duper basi dah punye story. tp bile ade memember tnye psl trip pg KK, so i think bek la aku update. kot2 leh jd reference untuk sesape. dah aku buat amal secara tak langsung kan. lagi pon aku kan bz mengalahkanPM. kekadang bile org tnye itu ini nak story mory dgn detail mmg la tak dapek. so, aku just leh bg link je kt cni. aku try la basuh otak aku utk ingat balik ape yg jd kat KK dulu. mmuahahahaha.

hari ke3 adalah hari menghabiskan sisa2 duit yg ade which is peberet sume org di kala duit melambak2 iaitu shopping. hari ke3 ni, kawan kitorang mase kat uitm dulu yg tolong bawak kitorg jejalan kat KK ni. thanx cici! dlm pkl 12 mcm tu kitorg check out. first sekali haruslah mengisi perut yg kebulur. kire breakfast + lunch. aku lupe name kedai tu. tp cic ckp kedai tu antara yg femes kat kk. gambar pon xde. sesap pabile makanan depan mata, memang aku dah xingat benda lain dah. yg ade dlm kepala is makan je.lepas perot dah kenyang, baru ade energy nak berjalankan. kitorang ke pasar filipin lagi. this time cici ade, so lg senang nak tawar menawar. kalau die tau ko pelancong, mesti la die jual mahal kan. so ape2 yg kitorg nak beli, kitorg bgtau cici n die tolong bargain kaw kaw.



ni la keadaan pasar filipin tu. sempit giler. bile kt dlm ni, mcm sauna. basah ketiak hoi! berminyak2 muke aku. memang tak dapek nak watpe. memang panas dlm tu. oh my tanned skin! hahahaha. giler gelap aku kan. kesan sunburn pegi island hopping.


aku beli gelang mutiara. jenis mutiara yg aku nak takde design yg aku nak. so adik ni tolong wat ikut ape yg aku nak. korang leh je nak design ikut suke korang. diorg ok, janji ko ade duit nak bayar. mmuahahaha.



ko tengok betapa beria diorang menawar2. aku n maro berposing2. hehehe. kat kedai ni segala ikan masin, ikan bilis, udang kering, n banyak lagi la kitorang borong.


lepas dah berpenat lelah kat pasar filipin tu, memang kering la tekak ko kan. penat tawar menawar. so cici bawak kitorang try YOYO. kalau xsilap aku la. memula aku taktau ape benda. penat si maro xplain kat aku. tak faham2 gak. hahaha. rupenye ala2 bubble tea la. tp kat KK ni yoyo. canggih giler yoyo ni. ko nmpk kat dinding tu ade no? tu no giliran ye. sebab mmg ramai giler yg beli yoyo ni.

our last destination is Tanjung Aru. ke Tanjung Rhu. aku pon konpius la. serius dah tak ingat. kat cni cam port lepak2 la. santai2 tepi pantai. kitorang siap beli kacang la jagung la. lepak2 borak2. saje nak buang mase sebab flight balik lambat lagi.




ni tengah lepak2 tengok budak2 remaja masa kini menari2 bagai. nak practice masuk showdown kot.. ;p


auwwwwwww. aku suke pic ni. suwittttt sangat. hahahaha


ni men2 tulis name kat pantai


goodbye KK! InsyaAllah ade rezqi, aku nak pegi lagi coz i luv KK.


Friday, December 30, 2011

last day

hari ni last day keje for 2011. harap2 la. if tetibe aku kene keje esok, memang la xdapek den nak kate pape. kite hanya merancang. tp Tuhan yg menentukan. kejap je dah nak masuk 2012. ngeriiiiiii. tahun depan umo dah meningkat. *terus sapu krim anti kedut*

2011 tak tau la nak kate best giler ke tak. biase je kot. cume stress keje. tu yg aku asek berjalan sane sini. selain dr shopping, travel salah satu cara utk release tensen. rasa aman je bile ade kat tempat yg kite tak brape biase. xjumpe dgn org yg kite kenal. pastu off henpon. aman hidup!

hr ni nak keje pon xde mood. mood cuti aku dah kua awal2. lgpon ramai org cuti kan. meeting pon byk cancel dis week coz org tgh cuti. aku je rajin gigih bekerja mase hujung2 tahun ni. nak wat camne. kene la gigih cr duit. kalau duit tu datang menggolek, turun dari langit ke memang aku tak keje. aku duk rumah tunggu duit jatuh je. ni pon aku wat keje rilex2 je. sambil wat keje sambil download running man. mmuahaha. korang layan x running man? lawak giler nak mampos. time aku stress, aku layan running man. happy sikit.

azam tahun baru? perlu ke? 2011 aku azam nk kuruskan badan. tercapai memang tercapai. pastu gemok balik. mmuahahaha. camne tu? nak kire tercapai ke tak? konpius ahkak. so, nex year je la ai start diet.

aku harap 2012 aku dapat tukar keje. SANGAT BERHARAP. sile la doakan untuk aku ye. aku dah penat la keje kat cini. sakit otak. sakit badan. yang paling sakit is sakit hati. aku rase dah lame giler dah berkhidmat kat com ni. cukup2 la tu. cume tu la. takde rezqi lagi. nak wat camne. kalau banyak duit. aku dah benti dah. duk rumah je. tp sebab duit tak banyak menimbun2, tabahkan jugak la hati ni tuk dtg keje.

aku doakan 2012 ni jauh lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya. 2012 memberi lebih kebahagian dan kegembiraan untuk semua orang. aku nak semua orang happy. bile happy, akan senang hati. bile senang hati. mesti gemok kan. nnti takde la aku gemok sesorang. gemok reramai dgn korang. . ok x? mulia tak aku? mmuahahaha.

okla. happy new year & happy holiday! have fun :)

Wednesday, December 21, 2011

penat giler

lately ni aku rase penat giler tahap takleh bla la. penat badan n penat otak. maka super duper penat. energy level equal to zero. ni pon aku siyes xlarat giler. cam nak pengsan pon ade. tp kuatkn diri. kang kalau pengsan kang satu hal lak orang nak mengangkat. kalau ringan takpe gak. ni dah la gemok. dah la penat letih bagai, pastu dpt sindrom susah nk tido. lg la tensen. tak cukup rest sangat. aku pon tak tau la nape. petanda lanjut usia kot. badan rase penat n sakit2. nak je aku telan ubat tidor. tp kang len penyakit lak dapat. penat ok. ko dh penat giler badan. otak pon dah penat. ko rase nak tido sesangat. tp puas lah ko pejam mate bergolek2 badan tp takleh tido. tensen tol aku. macam2 petua aku try dah. minum susu la mandi air suam la. nan ado. sume tak jalan. ade tip nak share? *tenkiu*

k la. aku tak tau nak tulis ape pon sebnanye. tp nak wat keje aku xlarat sgt. nak melalut pon tetibe takde idea. aku nak balik rumah je. duk opis pon bkn larat nak keje. kthxbye!

Thursday, December 15, 2011

broken heart




COPPP! Takde kene mengena dgn aku. saje nak share utk yg tgh patah hati. ok. thanx. bye!

Friday, December 02, 2011

SIKSA

mata ini yang melihat
tidak kau lihat apa yang ku lihat
andai kau lihat apa yang ku lihat
kau merasa kesengsaraan ku

telinga ini yang mendengar
tidak kau dengar apa yang ku dengar
andai kau dengar apa yang ku dengar
kau mengerti penderitaan ku

hati ini yang merasa
tidak kau rasa apa yang ku rasa
andai kau rasa apa yang ku rasa
kau mengerti duka hati ini

jiwa ini yang derita
tidak kau tahu derita jiwa ini
andai kau tahu derita jiwa ini
tidak kau persoalkan tindakan ku

Saturday, November 19, 2011

S.A.T.U.R.D.A.Y

lame tak hapdet belok batu bata. bz nak mamps. entry KK pon halfway. last week aku pegi Kota Bharu. wedding housemate aku mase diploma. sangat besh sebab dah lame tak jumpe kengkawan kan. bile dah jumpe memasing lupe daratan. perot aku sakit sebab terlebih makan n terlebih gelak. tu nanti2 la hapdet kalau de mase.

Trip to KB tu kire mcm terapi utk diri sendiri di saat aku punye stress level yang mampu buat haku gile. aku ni memang takde la nak hilang selera makan. sakit ke tensen ke hape ke. makan tetap makan. takde makne nak hilang selera. dulu putus cinta elok je aku makan. sampai member aku pon ragu2 betol ke putus cinta. walaupon makan tetap makan tapi kalau susah hati berat aku akn turun dgn senangnye. haku pon tak faham kenapa. 1 week before pg KB aku turun 0.5kg dlm mase seminggu. pastu kat KB aku makan dan makan bagai takde hari esok. sampai bebudak ni pon pelik camne perot aku banyak giler ruang nak sumbat makanan. baru lepas makan nasi. tak sampai sejam. aku makan nasi lagi. bukan sikit2 punye. sepinggan kau! ni seminggu lepas balik KB aku turun 1kg dlm mase seminggu. giler kan? susah hati je konpem berat aku turun. cube aku senang hati. bagai nak mampos aku diet. sebulan nak turun 1kg pon belom tentu. ni aku makan banyak2 tp hati tarak senang terus turun.

oh dis time aku susah hati bukan sebab putus cinta ye. cinta2 ni dah lame aku lempar ke laut. tak kose! nasib la aku de kengkawan yg memahami. yg sudi dengar bile haku mengadu domba kan. mekaseh gelprens. siyes kalau takde korang, aku lagi terok kot. mau seminggu hilang lebih dr 1kg. dis time punye stress memang sangat la hebat. tak pernah rase mcm ni. tapi takpe. pikir secara positif. pasti ade hikmahnye. there will be rainbow after the rains kan? cume aku kene sabau la utk tunggu pelangi aku muncul.

semalam ade intebiu. tak tau la dapat ke tak. dah lame tak pegi intebiu, siyes gile neves. nasib interviewer tu sangat la frenly. terus hilang neves. soalan first die tanye, are u malaysian? hahahaha... sentap mak! selalu org tanye u Chinese or malay je. tatau la dapat ke tak. he said i meet all the criteria. honestly, memang berharap dapat la. kengkawan, please pray for me k? terima kasih bebanyak sebab mendoakan yg baik2 utk kengkawan.

ok lah. penat dah membebel. haku nak siap2. nak dating dengan mak. happy weekend uols!

Friday, November 04, 2011

borneo paradise part 2

ohhhh.. terase mau holiday lagi la. siyes, saya perlukan cuti! hamboi2, baru balik KK, nak cuti lagi. byk duit ko? *lap air mata* maka, ai hapdet belok sebab nak mengenang kembali memori indah. mmuahahaha.

second day is about the sea, sand and sun. kitorang super duper excited hokeh. because this is the day yang ditunggu2 bile kitorang plan trip to kk ni. time for island hoping. because of this trip la, sampai sekarang aku rase rindu sangat nak ke pantai. oh please.. jangan suruh aku pegi PD. aku lempang lelaju kang. yg suruh pg pantai dalam lagi la nak makan penampo.

beria la kitorang plan nak bangun awal. pukul 8 mesti sampai kat jeti ye. sekali hampeh. takde maknenye. kat kk ni, matahari kan terbit lagi awal dari semenanjung. aku tido kat tepi tingkap. tetibe aku rase dah terang giler. kelam kabut bangun ok sebab ingat dah lambat. sekali baru pukul 6 am. T_______T terus tarik balik selimut. mcm tu gak bile petang. pukul 6pm mcm dah 8++ pm. bak kata maro, kalau ganti pose best ni. tapi ai dah selamat ganti sume pose. hehehe.

aku lupe nama tempat untuk pg pulau2 ni. jeti ape tah name die. but dont worry. if korang pegi, korang tanye je orang. konpem sume tau. dr tune hotel nek bas ke kk. die akn bentikan kat wawasan kot. if tak silap la. dah sebulan deq. maka ahkak pon tak bape nak ingat. kire tempat wawasan ni tempat sume bas benti. from wawasan, ko bleh jalan kaki je nak ke jeti. kami ni pemalas. maka nek bas le kite. tak mahal pon. 50 sen kot. ke singgit. kitorang tak tau nak benti mane, so mase nak nek bas dah bgtau sesiap ka abang bas tu kitorang nak pegi mana. so kalau dah sampai, suruh die bagitau kat kitorang. korang pon leh wat camtu. kene ringan2 kan mulut ye. dont worry. diorg tau ko pelancong. diorang akan tolong lah.

kat jeti ade memacam pakej. pepandaila korang survey n tawar menawar ye. mcm kitorang malas nak survey2. pg satu kaunter je then bargain kaw2. so kitorang dapat 4 pulau dgn alat2 snorkeling RM50. tak tau la murah ke mahal coz xsurvey kan. kat sabah ni diorg ingat kitorg ni student. hehehe. terase awet muda uols. mmuahaha. so pape je senang sikit nak dapat murah. tp ade setengah tempat nak student rate kn tunjuk student card. mano la nak carik. kitorg ckp la tertinggal. kan tengah holiday takkan nak bawak lak. ade yg ok. yg strict tu, tak dapat la kan. tp takpe. yg penting muka nampak muda. mmuahahahaha.

lame tak nek bot. tetibe aku siap rase nak muntah2 pening2. pes time ok. mabuk laut. aku rase bukan mabuk laut. tp sebab tak bekpes. bekpes sebnanye.beli roti n milo kat kedai ala2 7-E. tapi perot haku ni kan..mane la cukup sekadar roti seketol hoi. makan pon macam tak makan je. tu yang pening2 je.

pulau yg first lupe nama. sampai2 terus terjun snorkeling. second island is manukan. kat sini kitorg try paraceiling. superb best. n i wanna do it again. aku siap nek 2kali hokeh. hahahaha. first dgn ikin. then dgn maro lak. kalau kat kaunter, harga memang mahal. muke kitorang kan mude remaja. student mane ade duit manyak. terus dapat RM50. kalau tak kene bayar RM80 kot. lupe la. memula memang takut. tp dah lelame bile ko dah terbang tinggi. perghhhh. susah nak describe ape yg aku rase. try sendiri la. then u will know it. sangat best ok. n sangat la rilex. hilang segala problem. kat manukan gak kitorang lucnh. mahal giler. aku makan nasi putih + telur dadar + sayur = RM9. bese la kan. tempat penuh dgn pelancong. nak pulak ramai foreigner. memang mahal la kan. tu belom lagi tekak teringin nak minum air kelapa. sekali sebijik seploh hengget. terus telan air liur je. hahaha.

bersedia untuk terbang... ;p

excited giler. pastu kat atas tu memacam aku pikir. ni blom nek cukup tinggi lagi. aku siap terpikir kalau la tetibe aku terjatuh dlm laut ni, camne la. dah la tak pandai berenang. pastu diorang ni siap tokok tambah kalau tetibe ade jerung camne. tak pon pirana ke. rase nak lempang je kan?

dah syok2 kat atas tetibe brother tu sesaje rendam kitorang. giler masin weh. air kat PD tu tak cukup masin. sini masin giler. boleh kn darah tinggi kot kalau tertelan banyak sangat.


view kat pepulau sume ni cantik2 giler. pasir giler lembut.best je baring. bak kata maro, kalau jual ni, leh letak harga tinggi sebab kualiti bagus. mentang2 la keje kat site kan. tp aku tak bawak camera. sume gambau kat pepulau ni gune cam henpon ikin yg tak bape nak high quality. hehehe. jadik la kan. ade la gak kenangan terindah bak kata samson.

kitorang setel island hoping dlm pukul 4. sesampai kat jeti terus makan eskrem sambil tunggu bas. sejuk je tekak. terase cam zaman sekolah lak. sambil tunggu bas makan eskrem. lepas tu dlm bas memasing membuta. nasib tak terlepas stesen. mmuahaha. aku tido maha dasyat aku rase. aku dok seblah maro. maro duk belah dlm yg kat tepi tingkap tu. aku tido siap terlentok2 kepala ke luar tu. tetibe gedegang terkena orang. pastu terus tukar arah kepala utk sambung tido. hahaha. pastu kat maro pon gedegang. siap maro tejaga dr tido sebab tetibe ade benda jatuh atas die. rupenye cap yg aku pakai. aku rilex je tido tak sedau. mmuahaha. kat hotel jangan cite la. memang tido mati. sedar2 je dah gelap. pastu kelam kabut mandi sebab member kitorang dah nak sampai nak bawak jenjalan.

ini namenye lokan bakar. sedap! lagi2 air asam die. sangat sedap hingga menjilat jari.

ini namenye kelapa bakar. finally dapat minum air kelapa yg sedap dan murah. tenkiu jack. aku lupe la name tempat makan ni. sebab jack yg bawak kitorang. kitorang men ikut je la.

ini la jack. classmate mase kat uitm. die la yg bawak kitorang jalan-jalan cari makan malam tu. memang sesuai. memasing dah puas membuta lepas penat island hoping. perot memang la sangat lapau kan.

lepas tu misi jejalan cari makan kat tempat makan kat2 pasar filipin tu. bukan tempat yg same kitorang pegi mase first day. dis time nak try chicken wing. ni pon wajib cuba ok. pastu mkn ikan bakar lagi. dis time try ikan ayam. sedap ok. first time aku tau wujudnye ikan ayam ni. hahaha. tu pon jack yg rekemen suruh cube. kalau die xsuruh maybe aku tak pandang langsung kot. sebab rupe die mcm scary sikit. huhuhu. nak tau camne rupenye? sile tanye pakcik google. pastu try gak makan yg kat dlm gambar tu. color putih tu lupe la name die. die ala2 kerabu. gune isi ikan yg fresh. sedap! color hijau tu rumpai laut. rase die cam rumpai laut. hahahaha.

giler kenyang malam tu. terus posing dgn ikan lelumba. lepas makan terus balik hotel. kitorang tak terus balik. malam masih muda yawww. terus layan muvi lagi. n again aku bayar duit ekon je. kali ni ok sikit la. ade tengok gak sesikit. lupe la tengok cite ape. dr masa tengok hari first tu, aku sedar2 dah habis ok. hahahaha. sangat la sesuai nama sabah negeri di bawah bayu. sayu je. memanjang aku nak tido. setiap kali nek bas mesti tido. panas2 basah ketiak pon rilex je kitorang tido. hahahaha...

wiken ni cuti panjang. happy holiday uols. Selamat Hari Raya AidilAdha too. aku siap leh terlupe ok raya minggu ni. aku bajet minggu depan. nasib raya hari ahad. nasib takde kampung. nasib takyah apply cuti. kalau tak, mau kene petir dgn bos sebab apply cuti last minit.

Friday, October 28, 2011

borneo paradise part 1

dah nak sebulan kot trip to kk tu. tapi hr ni baru ade mood nak hapdet. mmuahaha. bese la. alasan stended, mak bz noxx! ni pon hapdet sebab bos takde. yihaaaaaaaaaa *lompat bintang* aku pegi tak lama. 3 days only. pegi pon betige. syukur la sesangat dpt pegi holiday walaupon sekejap. sebab mase tu, aku punye stress level memang la tinggi yg hamat. tensi sampai nak lempang orang lelaju. mmuahahaha.

flight aku n ikin pkl 10 lebih. maro nye flight awal. pkl 9 lebih. tp delay. so sampai kat kk epot tu die takde la tunggu kitorg lama sangat. flight to kk ni 2hrs ++. itupon aku rase lame. tido bangun tido bangun tetap tak sesampai lagi. dah la aku tak suke duk lelame ni. haihhh. camne nak pegi london ni. 2 jam pon dah mengeluh.dis time punye trip kitorang men redah je. siyes aku tak survey lagsung pape pon. tak sempat coz superb bz. maro pon superb bz with her works. ikin bz dating. pon tak sempat nak survey katenye.

asal datang lcct je, mesti makan kat McD. pagi tu bekpes kat McD. malam semalamnye pon kitorg dinner kat McD. asal kat LCCT je mesti nak McD. pahal ntah. mungkin kalau kepci tu jauh nau nak jalan. memasing montot berat.

auwww...gambar wajib kalau nak fly. mmuahaha. bak kata ikin kat McD, before fly, dlm katebang, pastu bile dah sampai. WAJIB hokeh. kalau tak wat, maka tak lengkap la trip kami.

bile sampai je epot, memasing blur. camne nak pegi hotel ni. kate men redah je kan. dont worry babe. malu bertanye sesat jalan. maka manis2 kan muke utk senyum n ringan2 kan mulut utk bertanye. InsyaAllah ko takkan sesat n mati kebuluran. from epot ade bas yg akan bawa kau ke town. tp bus takde fixed time. sabar lah kau untuk menunggu ye. kami tak sabau. perot giler lapa. nek taxi rm50. kitorg nek prebet sapu rm40. hehehe. pepandai lah korang tawar menawar ye. kalau nek bas tak sampai seploh hengget pon. but wat to do. ketiak pon dah basah nak tunggu lelame. panas hokeh!

aku kan duta tune hotel. pegi memane harus lah stay kat tune kan! hehehe. ahkak bukan jutawan deq. haruslah berbelanja dengan jimat. lagipon kitorg ni bukan la spend most of our time tu kat hotel je. sape yg penah stay kat tune ni konpem tau konsep hotel ni kan. u pay for what u want only. normally for 3 days trip aku akan amek ekon for 24hours je. tu pon berlebih hokeh. so korang boleh tau la kan betapa kitorang gunekan hotel tu setakat utk tido n mandi je. tak perlu lah nak duk kat 5 star kan. len la kalau tengah hanimun.

sesampai je hotel, letak barang terus pegi makan. giler lapau. tune hotel ni tak la kat town bebetul. jauh sikit. but die sebelah 1 borneo hypermall. jalan kaki je ok. sebab tersangat lapau. malas lah nak pilih2 makan ape. mane yg kosong terus masuk. kebetulan mase kitorg dtg ni kat cni ade pc fair. so memang ramai sikit la org. kenny rogers je yg kosong sikit.lagipun tak larat la nak makan McD lagi. nak muntah dah haku tengok McD tu. sejak balik kk hingga saat aku menaip ni, haku tak makan kat McD lagi.

lepas makan, br la ade energy nak jejalan kan. kat area hotel ni xde tempat yg besh pon. i mean tempat utk pelancong la. kalau ko nak jejalan kat mall, KL pon berlambak. takyah sesusah nak nek katebang. so kite kene ke kk town ye. nak ke sane leh nek taxi or bus. haruslah nek bas ok. jimattttttt. baru singgit. nek taxi lebih dr seploh hengget. duit yg banyak haruslah digunakan untuk shopping ye. itu konsep kami. hahaha. bas xde la susah sangat. tak sesusah nak ke epot la.


pasar malam

pasar filipin

pasar malam n pasar filipin tempat membuang duit for first day. hehehe. pasar malam die lebih kurang cam uptown la. pasar filipin ade memacam. mutiara tu wajib lah kan. first day tak shopping byk sangat. tak tau nak beli ape. n mood blom mari lagi. lgpon pasar filipin tu sangat la panas. kecik n sempit. patut upgrade la. sebab tourist banyak datang utk shopping. but tak bape nak comfort kan. mood nak nengok2 pon terus takde. tak habis pusing pon. aku benti satu kedai terus beli. brooch for my mom n tshirt for my brothers. brooch haruslah berkonsepkan mutiara. baru lah sabah bah.

lepas puas jejalan harus lah isi perut ok. lapau! makan dekat area pasar ni gak. for dinner kitorg try ikan bakar, udang n stong bakar gak. sedap giler tu takde la. tp utk org yg lapau, telan je la kan. air kelapa memang tak sedap. dah la memasing terliur nak minum air kelapa. tetiga order air yg same. tapi rase hampeh sekali. kecewa hati beta.muke maro yg keriangan tu hanyalah lakonan semata2. hahaha.

lepas makan haruslah cecepat balik hotel. kate gune public transport. kang ko kene tinggal bas kang. padan muka. sampai hotel trs pegi cek nengok wayang. kat kk ni nengok wayang murah la. nengok kat GSC, tix RM 9 only. dah la malam minggu kan. beli tiket then balik hotel. kate dekat ko. siap leh balik mandi dulu. bile dah mandi rase malas nak kua pon ade. rase cam nak nengok muvi tu pakai baju tido je. mmuahaha. lepas nengok wayang terus balik tido. haku awal2 dah tido. dalam wayang pon siap leh tertido ok. aku bayar tiket untuk ekon je. :p

thats all for first day. kalau rajin, aku post utk hari2 yg len. kalau rajin la. ;P

Friday, October 21, 2011

gelpren saya tunang

ahad lepas kan gelpren kite tunang sudah. gelpren kite cun melecun. tp takleh cakap dedepan. nanti die gegedix. hahaha. congratz rahiyah n sapek. tunang jugak. now rahiyah tengah tak sabau sabau nak kawen pulak. hehehe.

sesi mengambil berkat sesambil menggedik2.

kekawan ai sumenye tengah berdarah manis. oh. sile jgn nanye giliran ai bile pule. letih ahkak nak jawab!

ni gambar palingggggg mahal sekali. bukan senang nak tengok rahiyah tersipu2 malu tertunduk2. HAHAHAHA.... :))

Thursday, October 20, 2011

real steel

luv it luv it. aku tgk last sunday. memula tgk dgn has. lps je kenduri rahiyah trs pg jj bukit tinggi. has dh tgk cite tu. sanggup repeat. bile aku dah tengok, baru aku tau nape has sanggup repeat. besh giler vavi hoi! lepas tu aku balik rumah, adik aku ajak nengok muvi. terus aku on. lg pon dh lame xbw die nengok muvi. n kebetulan cite yg ade real steel je la kot yg sesuai dgn die. xmungkin haku nk tengok al-hijab. bukan sebab tak support cite melayu tapi sebab mak takut hokeh nak nengok cite2 seram ni. dah la nengok malam kan. aku repeat real steel 2 kali on the same day hoi. first time haku wat keje gile dlm hidup haku ni.

this is the reason why i luv real steel so much! cute sangat hokeh. tak tahan betol la. nak cubit2 je rase. so cute. cute. cute. sangat menggoda hoi. hahahaha.

oh. hugh jackman pon ok. tak hensem. tapi menarik. tua2 pon muke kedut2 pon tetap sedap mate memandang. hahaha. sape yg tak nengok lagi, pergi la hoi. tak rugi hokeh! haku pon terase nak repeat 3rd time. mmuahaha...

Saturday, October 15, 2011

cakkkkkkkk!


happy weekend uols. enjoy it to the max. weekend adalah hari untuk makan makan puas puas sampai perut muncit. mmmuahahaha. see my pipi la. bukan botox. tapi hasil makan makan banyak banyak lupa diri. i have lot of activites for today n tomorrow. will spend my time with my family n frens. sape kate single itu boring? yang penting kite yang tentukan. as my fren said, GEMBIRA ITU KITE YG CIPTA! daaaaa.... mmuacks!

Thursday, October 13, 2011

new addiction

burung itu besh. saya suka itu burung. burung apa? burung murai. burung apa? burung murai. burung apa? pannnnnngggggg. ok. i'm not addicted to burung actually but twitter. i know orang lain dah lama kot. bese la kan. gadis desa seperti haku memang sentiase ketinggalan. orang len dah hover2 dah kecoh2 aku baru nak kenal.

maybe sebab hari ni bos takde kat opis. besh je aku wat keje sambil ber-tweet2 n ber muka buku. penat ok aku gelak. sampai nak terkenching. dolu2 aku create twitter tp xgune sgt. wat asal ade je. kang xde, orang kata tak urban pulak. mmuahaha. n before dis aku tak private kn twiiter tu. tp lepas aku dah seronok melayan burung2 yg berkicauan itu, ahkak terpakse la private kn ye. ahkak bukan artis nak bg sume org follow. ai wat fb n twitter tu semata nak gossip dgn kengkawan je. klau tak kenal ape motip nak add kan. takde benda nak di gossip kan. hahaha. kengkawan saya meh la add saya. search for missT_1004. yg bukan kawan, kalau hensem mak approve. HAHAHAHA.*pannnnnnnngggggggg*

ok lah. nak pergi makan. sekarang dah tak diet. dulu diet dah turun 5kg. ko ado? mmuahaha. sekarang nek bape kilo, haku tak berani nak timbang. sekian.

Friday, October 07, 2011

dilema wanita

bos takde. yihaaaaa... *lompat bintang* walaupon ade banyaaak keje, tp maseh boleh bersuka ria. mmuahaha. sambil2 tgu model aku ni run, leh lak aku ngan budak2 opis ni men2 belaja 3rd language. tengok sape cakap paling serupe mcm bahasa negeri tu. opkos la haku kan. mmuahaha. nak pulak ko suruh aku cakap jepon n korea. halamak. see the mouth la. 24 hour ahkak layan cite korea n jepun. tinggal nk pegi negara diorang je. eh.. otromen pon kire cite jepon kan? hahahaha...

balik kk dah seminggu. tp kulit tamau cerah2 lg. sediiiiiihhhh. dah rupe pariapa hokeh. ni aku tak jumpe rahiyah lg ni. konpem jumpe die kene bahan kaw kaw punyer. hitam tu satu hal la. pedih yg amat tu jangan cite. sejak balik kk ni, nasib cuace kt kl ni hujan je. kalau panas terik, memang haku takkan pegi lunch. tak kose. konpem lg sakit. jeles haku tengok orang yg kulit putih je. ko sidai la doplohpatjam kat panas. rilex je. takde hitam pon.

dah la hitam. gemok pulak tu. huhuhu. selra makan menjadi2 la. nak pulak mase nak period. macam2 haku mengidam. mengidam makanan yg tak sihat langsung. mesti nak yg ade coklat yg ade cheese. camne nak kurus. betol omputih kate. beauty is pain. no pain no gain. mmuahaha.

nak update pasal kk. tp takde pic. tunggu maro update je la. lgpon this time punye trip tak banyak bergambar sangat. mcm malas je. lagi2 kalau dh depan makanan. tak kose nak snap2 ni. perot haku jauh lebih penting. mesti bg kenyang punye. tp ade satu pic maro dah upload. maka haku pon mencilok dengan pantas. khas utk tatapan peminat2 gua. *pannnnnnnnnggggg sedas. bg sedar diri sket*


sweet kan pic ni? hehehe. aku rase sweet. mmuahaha. very sweet moment. jalan2 tepi pantai. sambil bukak kasut. men2 dgn air laut. Lari2 anak bile dikejar ombak. men2 tulis nama kat pantai. so suwiiiiiiitttttt. hehehehe.

semalam mase balik keje dengar fly ke hitz. lupe la. aku men tukar2. pastu topik die lebih kurang cam ko penah salah send sms x? ape yg kite salah send tu n mcm mane kite nak cover line. hahahaha. haku memang lah org yg sentiase tersalah htr sms. bukan sms je. ym pon same. senang cite ape2 yg menaip2 ni konpem haku akan silap. aku pon pelik la nape. nak kata tak pandai membaca. belajar sampai masuk Uni dah kot. yg best tu kdg2 kalau kt ym aku knfiden je taip. siap dh send. pastu org tu rply br aku perasan slh send. hahaha. normally aku takde nak cover line ni. aku ngaku je memang tersalah. mcm tadi lagi la. budak opis aku mintak tolong aku book kn tix flight die. aku book dgn konpiden ok. sekali salah guest name. menggelabah la haku. dah la flight org kan. nasib boleh tukar FOC. name org tu rabiha. aku tulis ribena. boleh???? budak opis aku gelakkan aku mcm nak mati. agaknye aku haus sgt kot. tu yg teringat ribena. mmuahahaha.

ok la. nak sambung keje. petang ni nak pg gym. HAHAHAHA...

Thursday, October 06, 2011

hoi hoi hoiiiiiiit

hargai ketika ade
bukan meroyan bila dah takde
ngerti?










p.s. : tak habis2 nak mengacau hidup orang. pang! kang.. baru tau.

Monday, October 03, 2011

penat tapi besh!

hi uols. keje ke? ai still cutiiiiiiii... mmuahaha. semalam baru balik dr kota kinabalu. ya ampun. penaaattt dong. tp sangat best. cam bese la. setiap kali pergi holiday, WAJIB gain weight! tak kan kat tempat org tamau cube makanan sedap2 kan. hilang nikmat uols. sekarang baru on balik diet plan. tu pon kalau rajin. coz now haku teringin sangat nak makan egg tart n cheese cake. mmuahaha.

badan sakit2 sengal2 ni. tak hilang lagi. almaklumlah, beria mase island hoping.. ;p n paling penting aku sekarang ni rentung hokeh! gelap gileeer. sunburn. perit giler kulit aku ni. takleh tersentuh pape. sakit. any tips? haruslah lepas ni haku tepek segala tepek segala krim whitening, mask, whatever la utk back to normal. siyes ok. giler gelap haku. tengoklah kalau rajin haku update pasal trip pg kk ni. tp sekarang rase malas yg amaaatttttt.

ok lah. nak kemas beg2 ni. nak basuh baju. manyak keje uols. korang pegi keje rajin2 hokeh. jangan layan sangat monday blues tu... :P

Sunday, October 02, 2011

sesaaaaaaje

Saje nak test...haha... 1st time nk post gn phone.. Mmuahaha...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 30, 2011

khas untuk betty :)

ko terharu tak aku wat entry tuk ko? mmuahaha. dah nak kawen dah kawan aku ni. mintak maaaaappp la bebanyak sebab tak dapat datang wedding ko ni. InsyaAllah den datang kenduri kat seremban nanti untuk amek hati. i pray everything goes smoothly. sile doakan aku gak supaya balik dengan kekal langsing. hahaha.

tapi kan betty kan aku kan ade la gak rase nasib gak la kan aku tak datang kan. sebab kan aku takut nanti aku pon ternangis sekali. mmuahaha. ko tau kan. aku ni kadang2 dalam hati ade taman. siyes aku happy giler ko nak kawen ni. n sedih gak tak dapat datang. tp takpe. aku tau, ko konpem gojes meletop la nanti. takyah risau2 pasal mekap ke baju ke.

hopefully lepas kawen ni leh la culik ko kejap2 dr izfa untuk dating sesame. ala takpon kite ngular ms lunch sesame pegi makan meatball kat ikea ke. hahaha.


selamat pengantin baru utk betty n izfa. semoga kekal ke akhir hayat. cepat2 lahirkan anak. nanti leh aku jd kakak angkat. mmuahaha. mesti ko rs nk lempang kn? ko kawan yg baik. so aku yakin ko akn jadi isteri yg baik n ibu yg baik juga. InsyaAllah.

p.s. : weh... baru perasan terpanggil ko betty. mmuahaha. ko mesti geram dgn aku kan. sebab ko taknak kawan2 ko yg lain tau.


Thursday, September 29, 2011

serabutttttt

haaaihhhh..org len nak pegi bercuti rase gembire. rase heksaited sampai takleh tido. haku pon tak tido gak. bukan sebab heksaited nak mati. tp sebab mcm nak mati siapkan keje. semalam je aku tdo pukul 3 lebih. mate haku dah mcm panda. hitam! giler banyak keje. sampai aku rs stress giler lah. smpai aku ade rase nk hantar notis 24 hours je. teramat tak tahan. keje berlambak tu satu hal. keje pulak dengan org yg ko rs cam nak lempang2 je kan. lg la sakit jiwa. hr ni lagi la. dah la nak cuti. lunch pon aku tak kua. nak siap kan keje nye pasal. ko pulak nak perli2 haku kan. aku tengah lapar ni. ko ingat ko je yg ade mulut. haku diam tak bermaksud aku lemah. tp haku tak kose nak jd giler melayan ko. tp td memang haku dah tak tahan. ko rasekan pulak sinaran laser dr mulut aku. amacam? pedih? sentap? hade haku kesah! sekian.

oh ade nak sambung sikit lagi. hehehe. aku tak tau pon cuti aku approved ke tak. n aku malas nak amek tau. sekian.

Saturday, September 24, 2011

Beribu sesalan




i had "beribu sesalan"... u know who u are.

Friday, September 23, 2011

guardian's winning brand 2011 review

ade kawan suruh wat products review. honestly aku geli sebenarnye. hahahaha. macam la jelita nau ko ni nak review bagai kan. but aku amek yg positif la. maybe die bace kat tempat len kate ok la bagus la. haku kan jujur. if tak ok. aku kate tak ok. if ok, i will recommend it to u. guardian, watson, n mane2 pharmacy memang tempat peberet aku. kalau masuk tak sah tak membeli. hahaha. kalau mase lunch hour, aku tak tau nak pegi mana or takde rase nak makan, aku suke pegi nengok barang2 kat cni. for me, melepak kat cni aku leh tau mcm2 produk yg maybe bagus utk kite. n setiap kali aku suke amek booklet ke brochure ke pape la yg provided. selain leh tengok produk mane yg ade special offer leh tau jugak produk2 yg baru. hari tu pegi guardian, diorang provide booklet for customers'choice award winning brand 2011. ni produk2 yg voted by their customer. so, aku wat review produk yg aku penah pakai je la. yg aku tak penah pakai camne nak review. nampak nau la tipunye kan. ko tak gune pastu ko nak komen memacam.

1) Lip Balm - Lip Ice.
ni memang aku gune. dah lame dah aku gune. aku memang jarang pakai lipstick. tak bape nak suke. maybe sebab bibir aku jenis kering. so aku prefer utk pakai lip balm. walaupon lipstick tu kate leh bg moist kat ur lip la. takkan kering la. tapi nan ado. asek la nak kene touch up. dah jd satu keje pulak. malas! haku suke yg senang2 je. so lip balm by lip ice sangat la sesuai. lip ice ni not only provide moisture tp bg effect natural lip tone. color die pink sikit merah sikit. aku rase color setiap org berbeza kot. depend kat ur blood n ur lip. kat aku color die just nice. tidak lah merah menyala sangat. bese2 je. tapi aku kalau pakai, aku pakai lip ice pastu if aku rase bibir aku kering. aku akn pakai vaseline. vaseline ni konpem sume org tau kan. murah pon murah. tak sampai lima hengget pon. tapi tahan lame. aku pakai dah berbulan2 dah. tapi xhabis2 pon lagi. rimas pulak aku tengok bile tak habis2 lagi. hahaha. reason aku pakai vaseline sebab nak bg bibir tak kering. if aku asek pakai lip ice tu je aku rase merah sangat bibir aku sebab die ade color kan. let say sekarang aku pakai. bile dah kering bibir aku, aku pakai lagi. color yg aku pakai memula die still ade. die takkan pudar. then ko pakai lagi sekali. color tu dah double layer. kalau ko pakai 10 kali tak ke merah membara nanti. thats why aku gune vaseline. aku pegi keje memang tak mekap. tak kose mak. aku tak mekap pon dah lambat. apetah lagi nak mekap. but ade 2 benda wajib ade dlm handbag aku. kate la tetibe kene pegi meeting takkan ko nak pegi dengan muke pucat lesi. kang org ingat ko kak limah pulak. first is lip ice and second is body shop blush creme.

name pon keje kan. mekap harus lah light saje. len la kalau ko keje pelakon opera, leh la ko mekap tetebal pat inci. lip ice ni ade la beberapa choice. ko pilih la ikut suke ko yg padan dgn skin tone ko. camtu gak dgn blusher. my skin is yellowish tone. so memang aku akn pilih yg suit dgn haku la. kalau haku putih melepak memang tarak hal la nak pakai color ape pon. kau tepek je la pape nampak ok je. dedua benda ni kecik je. senang nak angkut. n yg paling penting senang nak pakai. takyah tengok cermin pon ko leh pakai tanpa nampak cam pelakon opera. satu oles je dah leh transform muke ko. takde la transform jd jelita bak erra fazira ye. but at least ko takde la cam kak limah. tu pon dah boleh bersyukur dah. bibir ko takde la pucat lesi. n bile ko senyum nampak la berseri sikit kan. sebab dah letak blusher tu. n yg best dua2 ni sangat la light effectnye n ko nampak natural je.

2) Facial Blotter - Clean & Clear Oil Control Film


ni pon antara must have item. n mesti di bawa kemana2. penah try brand2 lain, tapi yg ni paling best. memang serap habis la minyak kat muke ko tu. especially time aku keje kat site dulu. mak ai. puas lah ngelat duk kat site opis je. tp tetap muke ko berminyak. kalau takde benda ni aku rase minyak tu dah leh wat goreng ikan kot. sape yg keje site tu memang tau la. dah la panas. dengan melekit2nye. memang kagum la dengan org yg tahan tu. aku memang tak tahan. sebab tu aku keje tak lame kat site. hahaha. bile ko dah lap muke ko dgn menda ni, take time la muke tu nak berminyak balik. muke minyak ke tak tengok kat skin type sesorang. tp aku rase benda ni menolong gak la mengurangkan minyak kat muke tu. takde la muke ko berkilat2 kan.

3) Mascara - Maybelline Magnum Volum' Express Mascara


aku memang suke mascara from maybelline. for me walaupon murah tapi superb. aku penah pakai brand yg kat kaunter2 tu. harus lah hasilnye superb. sebab harganye pon tak murah. kalau hasil macam haram, ko lempar je kat muke org tu. buang duit je. hahaha. kalau mekap, aku suke focus kat mata. kate org dr mata turun ke hati gitu. mmuahahaha. panggggg sedas! mascara adalah benda wajib pakai bg aku. mate ai tak berapa nak besar. kene la pakai mascara utk bagi efek nampak besar. bak kate member aku. kecantikan palsu tu penting. penting utk mengaburi mata org. hahahaha. eyeliner n mascara mesti waterproof. sebab aku taknak tetibe kang hitam je mata tu. kot la tetibe tengah jejalan hujan turun, ko takde payung. kalau ko tak pakai waterproof, lu pikir la sendiri camne rupe ko tu! menyerupai kak limah hokeh. mmuahaha. pegi opis aku jarang pakai. sebab malas nak bawak mekap remover. waterproof mekap tak kan hilang cuci pakai air. leceh la pulak kan time nak sembahyang tu nak kene pakai mekap remover bagai. senang cite tak yah pakai langsung. aku memang malas benda2 yg aku nak kene amek mase lame sangat especially during working time. masa aku amatlah berharga. kerja haku tu bertimbun2. tak kose haku nak membuang mase kat mekap kan. kalau bukan waktu bekerja, aku tak kesah nak spend time nak duk depan cermin lame sikit. i love this mascara bcoz die sangat memuaskan hati aku. bile pakai memang bulu mata ko akan panjang n tebal. automatically ur eyes will look bigger even without eyeliner. this product is very recommended. dah la murah. tak sampai tigaploh hengget pon but ur eyes will look gorgeous with it.

4) Baby bath - Johnson's Baby Milk Bath


ai xde baby lg uols. tp tetap nak gune gak barang baby. name pon milk bath. maka feeling2 mandi susu la konon. berharap kulit leh putih la tu. tapi nan ado. haku pakai dah lama dah. dah berbotol2 dah. tapi tetap tak putih2. mmuahaha. sape yg penah tengok aku tu tau la cerah tak cerahnye haku ni. tapi takpe, walaupon tak putih2 yg penting kite dah usaha. ok? walaupon effect putih tu nan ado, tp aku tetap nak pakai sebab aku suke bau die. takde la wangi sangat tapi besh la! so taktau nak rekemen ke tak. if korang berharap leh putih dgn pakai ni, jangan ko mimpi! sebab kengkawan aku gune pon takde effect putih gak.

semua pic from google. tak kose nak snap pic aku before n after. mcm la ade org nak tengok kalau aku letak pon. ko hengat ko artis? ade lg produk2 lain yg aku ade gune. tapi tetibe aku rase tangan aku lenguh nak menaip. hahahaha. nanti2 la aku sambung review produk lain. aku pon ade keje len gak nak wat. daa!

Thursday, September 22, 2011

bukan lupa tapi tak ingat je

aku ade 1 problem ni. susah nak ingat name orang. n muke orang sekali la. kalau setakat baru jumpe aku sekali due ko jgn la harap aku nak ingat name ko ke muke ko ke. thats why kalau br jumpe sekali pastu tersempak kat memane aku cam wat bodo je. bukan tak nak tegur. tp aku memang stok payah la nak mengingat kat orang ni. dah la muke aku ni memang muke sombong kan. stok2 nak mintak pelempang. hahaha. tu memang aku sedar. sume org yg aku br kenal akn cakap aku ni sombong. tak kenal maka tak cinta uols. ko dah kenal nnti, ko br tau mulut haku camne. tak reti nak diam ok. agak2 kalau tersempak dgn aku, aku jalan menonong je. ade 2 sebab. first aku memang tak perasan korang or tak nampak langsung. sometime aku kua selambe je tak pakai lens atau spec. malas. second sebab memang aku tak ingat aku penah jumpe ko. mmuahaha. keji betol. maka, sile2 la tegor aku kalau terjumpe tu ye.

aku ade pg 1 meeting ni. dah lame dah. mase puase hari tu. tu bukan projek aku. aku pegi sebab member aku tak dapat pegi. so aku gantikan die. lepas tu td ade meeting psl projek tu. member aku yg pegi. ade la 1 isu ni. aku cakap aku dah clear kn dkt someone mase aku pegi meeting hr tu. masalahnye aku lupe name org tu. mmuahahahaha. sumpah aku lupe. aku rase nak kat sejam ni. aku try ingat balik sape la name die. tu la. len kali name bia senang2 sikit. ali ke abu ke joyah ke senah ke. tengok name aku. short n simple. n sweet too. mmuaahahaha. pang sedassss. dah la hr ni aku tak bape sehat. cam nak demam. badan dah menggigil2 dah ni. seram2 sejuk je. pening kepala aku nak mengingat name org tu. yg aku ingat, orang tu hensem. see.. hensem belom tentu bertakhta di hati seorang wanita. tetap ko dilupakan. hahahaha.... :))

Wednesday, September 21, 2011

gembiraaaaaaaanya saya

mak happy nox. cube cek my fb. ade ai emo2? takdeeeeeeeee kan. ai tengah senyum sampai ke telinga ni. sukeeeeeeeeee. cer teka cer teka nape. mestilah sebab bos takdeeeeee. mmuahahaha. ko igt senang aku nak berdondang sayang bagai kat opis ni. susah hokeh! memanjang bz. nyampah. ni pon br lepas bersiar2 di taman. ok tipu. konon nk diet hr ni. siap dh mkn grapefruit. hamaigad. tak sedap lah. terus cancel diet plan. stat enjin kete, pg makan rojak tepi jalan. layaaaaaan dowh. cucace sejuk lak. makan cendol. menggigil2 haku makan cendol. tempat makan cendol tu atas bukit. nyaman je rase. hehehe. perut dah kenyang, bertambah2 suke hati haku. terus rase nak membebel sorang2. taknak bebel sorang2 sebenanye. tp kang kalau aku kacau org, mau makan pelempang. hahaha.

ade keje. tp sebab bos xde. maka aku sendri mengisytiharkan hr ni pegi opis takyah wat keje. ko men internet je. esok br back to normal. tgh2 cek internet. sebok la cari diet tips. mmuahaha. tips memang banyak. amalkan je tidak. lepastu bising nape tak kurus2 kan. susah r diet2 ni. oh, aku bukan nak kurus kepeng. tapi nak kurus langsing. hehehe. siap pg gym bagai. lemak bertabur gak. nak je aku hiris2 lemak tu. eh tapi kan. ade la improvement sikit. dl berat aku dah sipis2 nak jejak 60kg ms g penang hr tu. now stil 50+. tp dah bwh 55kg. mmuahahaha. riaaaak sungguh!

now aku tgh pikir2 ni. aku macam nak benti keje. then nak jadi fulltime housewife student. tak minat pon nak study sebenanye. degree dulu pon semput nak menghabiskan. aku bukan minat sangat pon study ni. penah terpikir nak berhenti separuh jalan je ms degree dulu. tapi giler kau. ko ade 100k nak bayar gantirugi kat JPA tu. mak xde. sebab tu habiskan jugak study tu walaupon selalu je memonteng. hehehe. ni pon nak sambung sebab aku dah tak tau nak watpe. bley? aku sangat la dah takde hati nak bekerja. malas la nak citer lebih2. aku dah penat dah citer ngan kawan2. diorang pon dah tak sanggup dah kot nak dengar. aku amek jalan mudah nak smbung master then jd lecturer. tp rase mcm nak sambung bidang len je. mcm boring je nak amek engineering. hahaha. aku pon pening. sebab benda ni bukan aku suke sgt pon. aku wat sebab nak melarikan diri.

td rase cam banyak nak mengarut. tapi tetibe rase cam penat. aku nak men game jap. mmuahaha. kalau la hr2 hidup aku mcm ni. alahai nikmatnye. pg keje goyang kaki cukup bulan amek gaji je. untuk yg sudi bace, aku ade hadiah utk korang. nak tak nak tak?





















































jeng jeng jeng



























































sila lah menjamu mata dengan wajah kacak ini. mmuahahaha. nampak sangat aku takde keje kan. aku siap leh bc gosip2 artis gituw. bukan setakat artis malaysia je. korea pon aku baca. hensemnye kim hyun joong ni. kulit licin mcm bontot baby. dah la hensem. kurus. cool je. ok la. malas ai nak puji lelebih. bukan boipren haku pon. bye!

Monday, September 19, 2011

weight gain after marriage

i luv internet. info di hujung jari gituwww. i found something interesting n like to share with uols. sharing is caring hokeh.

sebuah kajian by researchers form Universiti Minnesota menunjukkan PERKAHWINAN MENDORONG SESEORANG UNTUK NAIK BERAT BADAN. sekian. hahahahahaha.

terima kasih pada itu researchers. now bile orang tanye bila mau kawen. haku nak jawab i am already fat n not ready to grow fatter. mmuahahaha... :))

Saturday, September 17, 2011

hari masalah

semalam uols cuti tapi ai keje. pegi keje dengan terpaksa. memaksa2 hati supaya ikhlas bekerja demi kemajuan negara. mmuahaha. nasib my lil bro nak follow. kurang bosan sikit. keje tak sampai petang pon. tak larat la. otak dah tune cuti. badan bekerja tapa rela gituwww. balik terus pegi jj bukit tinggi. xtualy nak belanja adik aku tgk wayang. dah lama tak bawa die nengok muvi. tp cam malas nak tengok kat KL coz aku teramat la yakin konpem full dengan umat manusia. so tu yg pegi jj bukit tinggi je. lg pon dekat nak balik rumah.

haku tak tau la nape. jj bukit tinggi tetibe ramai giler manusia. selalu ramai tp tak la seramai semalam. sampai pening kepala aku. nak masuk parking je dah queue panjang. pastu mmg luck aku kot dapat parking betol2 dpn pintu masuk kat starbuck tu * kalau korg penah pg jj ni la*. elok aku dah bg signal nak msk parking tu tetibe kete yg dah kedepan die boleh reverse bg signal nak masuk parking yg same. ini boleh mendatangkan amarah ye. dah la tengah panas2 terik tu. ko nak wat hal pulak. mase aku bg signal tu aku nmpk kete tu dah kedepan. die takde bg signal pon. kire aku yg bg dulu la. ade aku kesah ko bawak kete besar? kalau dah aku yg dapat dulu, aku punye la. aku wat bodo je. elok je kete tu kua aku masuk je selambe. pepandai la ko bla cr parking lain. ko ingat ko sorang je yg datang jj tu. sesuka ko je nak park ek?

sampai terus nek tgv. sebab tak book tix online. ya ampun. siyes ramai nak mati. lemas. rimas hokeh. naseb haku boleh gune priority lane. itupon serabut jugak. org yg queue dpn aku ni. beratur satu family. family ko je ade dlm 5 ke 6 org kot. tu aku xkesah. sukati ko la nak beratur sekampung pon. yg aku kesahnye, dah tentu korang beratur tu sederet je.. perlu ke nak bercakap satu sama lain dengan menjerit2.. bingit hokeh. aku ngan adik aku sampai dh bg signal2 mata dah. signal umpatan. hahahaha. elok je sampai turn aku..tengah nak pilih seat tetibe mcm ade org mengamuk ok. lagi sekali org memekak kat telinga aku. rase nak tampar je. pecah gegendang telinga aku, ko nak tanggung? diorang memekak coz nak tuntut ganti rugi. diorg nengok cite smurf. sekali part ending tu muvi not very nice. muvi tu mcm double layer dgn advertisement. so, diorang nak duit diorang balik. naseb benda tu setel cepat. haku dah rimas2 dah org memekak2 ni. kang silap2 haku yg jerit kat ko. bia ko rase sakit ke tak org memekak kat telinga ko tu.

muvi aku stat 4.50pm. mase tu br pukul 3 lebih cam tu. so kitorang pegi makan dulu. lgpon tak lunch lg. adik aku mengidam menagalahkan ibu mengandung nak makan McD. aku malas nak bersesak2. aku ajak pegi secret recipe die tak mau. manhattan fish pon takmau. aku nak makan situ sebab tempat tu je aku tengok tak ramai org. yg lain tu mak aiiiiiii. dah tekak die nak sangat McD, pegi je lah. lantak ko la dik. kakak ko nak bg yg mahal sikit ko yg taknak. jimat duit haku. sekali McD punye la ramai giler. tempat duduk full tu len cite. nak beratur beli makanan tu pon panjang giler. terus die sendiri cancel nak mkn McD then cecepat masuk pizza. naseb ade kosong.

aku order spaghetti je. adik aku nak pizza. aku surh die mkn sorg, jangan nak suruh aku habiskan sebab akak ko on diet. mmuahaha. paling tak leh bla mase aku suruh die pilih pizza yg die nak. "kak, sebab hari ni serabut sangat org2 yg kite jumpe.. amer nak makan piza ayam masala. sebab byk sangat masalah"hahahaha. ko yg sebut masalah kan. sekali memang la choiiiiii. makan pizza takde masalah. servis ok. takde la lembap sangat. cume mase tengok muvi yg masalah. kitorg tengok cite raya tak jadi. adik aku yg pilih. sebab die nak tengok cite johny ape ntah yg mr bean berlakon tu full. boleh tak mase ko tengok muvi tu, muvi tu rosak. ade suare je tp gambar takde. aku kan cool. rilex je la. tp org lain menjerit2 cam mintak penampar ok. especially org yg duk belakang seat aku. siyes aku tak tahan betol kalau org jerit2 memekak ni. kalau tengok konsert ke tengok bola ke len cite la. pening kepala aku. adik aku ckp ni bukan raya tak jadi tapi wayang yang tak jadi. mmuahahaha. ade la nak kat 10 minit kot ko tengok wayang macam dengar radio je. ko imagine la sendiri muke pelakon tu. habis je muvi, cepat2 kitorg kua sebab nak balik terus. tak sanggup ok. niat nak shopping harus lah cancel. tak sanggup aku nak bersesak2 berlaga bontot.

tu je nak cite. bye!

Thursday, September 15, 2011

aduhaiiiiiiii....

haaaaihhhhh... manyak mau story. tapi lately ni tuan tanah manyak susah hati. hati tarak berapa senang. susah hati sampai susah tido ok. habis mata ade eye bag segala bagai. mata hitam mcm panda dah. dulu haku ingat aku susah hati ms bercinta je. trs aku decide taknak bercinta dah. rupenye tak jugak. rugi je aku reject peminat2 haku. mmuahahahaha. *rase nak lempang tak?* pastu td call tailor. anty tu kate baju raya aku xsiap lg. boleh tak? raya dah nak habis anty oi. aku ni x merase2 nak pakai baju raya. ok la. aku nak bawa hati yg lara ni. esk korg cuti panjang kan? selamat bercuti uols. mak tak cuti. mak bekerja demi kemajuan negara. sentap uols. bye!

Friday, September 09, 2011

alahai baju raya....

raya dah seminggu lebih ok.. org len dah upload beribu ribu lemon gambar dgn baju raya. haku? nan ado. baju raya takde. kate siap isnin. isnin kate kames. hari ni aku cal tak siap lagi. anty ni... tau x i penat diet cam nak mampos semata nak muat balik pakai baju raya tahun lepas? tu pon xkurus2 gak. nampak gak lemak2 yg tekua sane sini. bile nak beraya, pening kepala haku pikir nak pakai baju ape. terus hilang mood nak beraya tau. dah la banyak open house ni. how? ntah bile la aku leh merase pakai baju raya aku. silap2 raya haji la kot.... T_______T *sadis* aku raya rumah korg pakai jeans n tshirt je la. baru lah urban. mmuahahahaha.....

Monday, August 29, 2011

salam syawal

kejap je esok dah nak raya. cepat betol mase berlalu. semoga di panjangkan umur untuk bertemu lagi dengan ramadhan dan semoga segala amalan di dalam bulan ramadhan di terima oleh Nya. Amin.

di kesempatan ini, dengan rasa rendah dirinya aku nak minta maaf pada semua yang mengenali aku. mohon maaf atas segala kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak. mungkin aku tak sedar apa yg aku buat, ape yg aku cakap dah sakitkan hati korang. maaf ok?

Selamat Hari Raya utk semua. semoga anda bergembira bersama insan tersayang. masa raya, pakai la vogue2. kate setahun sekali kau. hahaha. makan tu berpada2. jangan mase puase berat turun 2kg bile raya naik 5kg. ni kire peringatan utk diri sendiri gak. ingat ye... MUSIM LEBARAN BUKAN MUSIM UNTUK MELEBARKAN BADAN. yg balik kampung tu, pandu berhati2. jangan nak rempit2 sangat. pada yg takde kampung mcm aku, best ok beraya di KL. TAKDE TRAFFIC JAM LANGSUNG.

kad raya memang takde ye. sorang pon aku tak hantar. mmuahaha. aku send sms raya je. tu pon kat sape yg aku ade no je. almaklumlah. hp aku baru rosak. hr tu dah suruh dah sms/PM me. sape yg wat je la yg aku save no die. pada yg aku tak send sms, aku msg kt FB/twitter je. pade yg aku langsung tak sms/FB/twitter bukan aku tak ingat kat korang or tak wat dosa kat korang. tp mungkin terlepas pandang. so, anggap la post kat blog ni utk korang ye.

ok la. nak kemas2 rumah. nak isi kuih raya. nak masuk duit dalam angpau. byk keje uols. esok raya katekan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, August 28, 2011

rambut baru ;)


bile nak raya ni sume nak baru kan. nak tukar perabot baru la. nak cat rumah la. nak baju baru la. nak kasut baru la. sume la nak baru. for this raya, baju baru takde. kasut baru takde. handbag baru pon takde. untuk membuatkan feel raya tu ade. maka ai pegi la membuat rambut. rambut baru uols. at least time korang eksen dgn baju korang ai leh eksen dgn rambut baru ai. mmuahaha.

at first plan nak perm kan rambut. tapi cam x confident la pulak. rambut haku kan teramat la lurus ke jalan yg benar. potensi untuk tak jadi tu ade. so,cancel. so i decided to color my hair. dah lama kot xcolor rambut. last mase zaman study dulu la. lagi pon aku dah malas nak sapu serum rambut utk hitamkan rambut. color original rambut haku not so black. ala2 dark brown sikit. so utk nampak hitam berkilat ala2 pompuan melayu terakhir memang haku kene sapu serum hari2.

to color my hair, aku pilih to go organic salon. so potential rambut ko nak hancus adalah sikit. cume kekurangannya ialah amek masa yg agak lama sikit dr normal salon punye color la. kate organic kan. merasa la berasap bontot haku duk atak kusi salon tu. nasib kusi die sedap. nak dekat 3 jam la aku buat rambut. color and trim sikit rambut. aku siap nak terlena dah. yelah kan. org men2 rambut ko. konpem rs ngantuk je.

mule2 rs nk trim sikit je rmbut. sekali my hairstylist suggest me to have fringe. mmuahahaha. takut ok. before this memang nak wat. tp ragu2. tp die beria2 suruh aku wat. siap aku bgtau die i dont want to look ugly on hari raya. hahaha. atas dasar percaya haku bagi la die potong. memang best la dgn hairstylist ni. die siap bgtau mekap yg sesuai dgn rambut baru ni. pegi kerja bermekap mmg bukan aku la. tak mekap pon dh lambat lebih dari sejam. apetah lagi bermekap. mau hari2 half day kan. mau lihat rambut baru ku? hahahaha... mcm ade org kisah kan dgn rambut ko...






































nampak lebih muda x? hahahahahaha....

Wednesday, August 24, 2011

sakit hati

sakit hati. sakit jiwa. geram. tensen. stress. sume la ade sekarang ni. pagi2 dah wat aku naik hangin. patut la masa on the way nak pg keje rase tak sedap hati je. rupenye akan ade something nak jadi. nasib la tgh pose. memang tarik nafas dedalam. banyakkan bersabar. ikutkan memang tak tahan sangat2. memang nak bla. tapi belom ade rezqi. kenapa la aku boleh jumpe manusia spesis mcm ni. manusia yang langsung tak reti nak hormat orang lain. sorry to say la. aku tak kira ko sape, ape pangkat ko. tapi kalau ko tak reti nak hormat org, sile jangan harap orang lain untuk hormat ko. jangan salahkan aku kenape aku ni kuang ajau. but please tengok cermin. cermin diri ko dulu. ko ingat perangai ko mulia sangat? siyes hari ni aku takde mood. yg lain2 jgn nak tambahkan tahap tensen aku ni lagi. sekian.

Monday, August 22, 2011

preparation for raya

KL hujan lebat uols. sejukkkkkkkk giler. terus pegi tido. hahaha. bangun tido terus perut pon lapa jeeeeerrrr. sebab pose xleh nak makan. maka aku meng-google gambar2 makanan. telan liur ko. serius tak tahan weh. macam bebudak kan. tp serius aku tergoda tengok makanan2 ni. ko letak bradd pitt dgn makanan. sure aku dah tak hirau bradd pitt tu. aku terkam makanan je terus. mmuahaha.

raya lagi seminggu je. ai langsung tak shopping ape pon. tak caya? aku pon xcaya. hahaha. mayb sebab baju raya aku tak siap. siap pon lepas raya. maka mood nak shopping tu takde sgt kot. lagipon aku punye kampung bkn jauh sgt pon. opis aku lagi jauh dr kampung aku. hahaha. tapi cuti tetap nak lama. mengalahkan org balik kelantan. nak pulak tahun ni dah jd cucu yatim piatu. tak bape meriah sgt la. lagipon aku tengok baju yg dah ready made ni tak bape nak glam. baju yg aku htr jahit tu lg vogue. hahahaha. maka, mak redha la noxx baju tu siap lepas raya. janji meletopppp.

handbag raya? so far xde yg berkenan. kasut raya? pon same. dah memacam kedai aku masuk. satu pon xde yg bertakhta di hati ku. design dah cantik, tak cukup tinggi lak. tinggi dah cukup, design pulak ke laut. aku beli mesti nak high heel yg tinggi melangit ye. baru la nampak kurus. mmuahahaha.


kalau setakat tinggi mcm ni. sebelah mata pon aku tak pandang. walaupon ni jimmy choo. maaf la dato. ai tak interested la with this high. walaupon aku ni takde la rendah sangat tp bile pakai kasut rendah2 ni, aku rase bek la pakai selipar je. kasut aku sume at least 3 inci. rendah2 xde kecuali ballerina shoes.





sekarang terliur tgk kasut lak. jimmy choo tu. kalau duit berkepok2 ni, aku dah rembat dah seploh. yg ni memang menawan hati. sexy. meletop. lagi halus lagi best. hahahaha. jatuh tergolek? choiiiii... jangan la cakap. alhamdulillah aku tak pernah jatuh tersungkur lagi. penah gak aku try kasut yg tak bape nak tinggi. tp rase cam tak sedap je nak pakai. i know. tak baik untuk kesihatan pakai tinggi2 ni. tapi takde la haku doplohpatjam bertumit tinggi. mampus patah kaki haku. ade mase2 aku akan rilex kan kaki aku la. kalau travel, takde la haku nak pakai high heels. hilang akal ke ape. selipar je aku sarung.

agak2 tak konfiden nak pakai yg halus runcing, boleh pilih wedges type. yg ni dijamin stabil. InsyaAllah tak tersungkur. kalau tersungkur gak, pakai selipar je la ko. mmuahahaha... wedges ni pon cantik. zebra gituwwww. teringat masa zaman sekolah dulu ade teka teki dlm banyak2 binatang, binatang ape paling sexy? jawapannya zebra. sebab buka zip nmpk bra. hahahaha. bodo! tp bile dah transform kat kasut ni ha. memang takleh dinafikan zebra ni memang sexy.


ok dah. nak sambung keje. puas dah cuci mata. bai!