Friday, October 28, 2011

borneo paradise part 1

dah nak sebulan kot trip to kk tu. tapi hr ni baru ade mood nak hapdet. mmuahaha. bese la. alasan stended, mak bz noxx! ni pon hapdet sebab bos takde. yihaaaaaaaaaa *lompat bintang* aku pegi tak lama. 3 days only. pegi pon betige. syukur la sesangat dpt pegi holiday walaupon sekejap. sebab mase tu, aku punye stress level memang la tinggi yg hamat. tensi sampai nak lempang orang lelaju. mmuahahaha.

flight aku n ikin pkl 10 lebih. maro nye flight awal. pkl 9 lebih. tp delay. so sampai kat kk epot tu die takde la tunggu kitorg lama sangat. flight to kk ni 2hrs ++. itupon aku rase lame. tido bangun tido bangun tetap tak sesampai lagi. dah la aku tak suke duk lelame ni. haihhh. camne nak pegi london ni. 2 jam pon dah mengeluh.dis time punye trip kitorang men redah je. siyes aku tak survey lagsung pape pon. tak sempat coz superb bz. maro pon superb bz with her works. ikin bz dating. pon tak sempat nak survey katenye.

asal datang lcct je, mesti makan kat McD. pagi tu bekpes kat McD. malam semalamnye pon kitorg dinner kat McD. asal kat LCCT je mesti nak McD. pahal ntah. mungkin kalau kepci tu jauh nau nak jalan. memasing montot berat.

auwww...gambar wajib kalau nak fly. mmuahaha. bak kata ikin kat McD, before fly, dlm katebang, pastu bile dah sampai. WAJIB hokeh. kalau tak wat, maka tak lengkap la trip kami.

bile sampai je epot, memasing blur. camne nak pegi hotel ni. kate men redah je kan. dont worry babe. malu bertanye sesat jalan. maka manis2 kan muke utk senyum n ringan2 kan mulut utk bertanye. InsyaAllah ko takkan sesat n mati kebuluran. from epot ade bas yg akan bawa kau ke town. tp bus takde fixed time. sabar lah kau untuk menunggu ye. kami tak sabau. perot giler lapa. nek taxi rm50. kitorg nek prebet sapu rm40. hehehe. pepandai lah korang tawar menawar ye. kalau nek bas tak sampai seploh hengget pon. but wat to do. ketiak pon dah basah nak tunggu lelame. panas hokeh!

aku kan duta tune hotel. pegi memane harus lah stay kat tune kan! hehehe. ahkak bukan jutawan deq. haruslah berbelanja dengan jimat. lagipon kitorg ni bukan la spend most of our time tu kat hotel je. sape yg penah stay kat tune ni konpem tau konsep hotel ni kan. u pay for what u want only. normally for 3 days trip aku akan amek ekon for 24hours je. tu pon berlebih hokeh. so korang boleh tau la kan betapa kitorang gunekan hotel tu setakat utk tido n mandi je. tak perlu lah nak duk kat 5 star kan. len la kalau tengah hanimun.

sesampai je hotel, letak barang terus pegi makan. giler lapau. tune hotel ni tak la kat town bebetul. jauh sikit. but die sebelah 1 borneo hypermall. jalan kaki je ok. sebab tersangat lapau. malas lah nak pilih2 makan ape. mane yg kosong terus masuk. kebetulan mase kitorg dtg ni kat cni ade pc fair. so memang ramai sikit la org. kenny rogers je yg kosong sikit.lagipun tak larat la nak makan McD lagi. nak muntah dah haku tengok McD tu. sejak balik kk hingga saat aku menaip ni, haku tak makan kat McD lagi.

lepas makan, br la ade energy nak jejalan kan. kat area hotel ni xde tempat yg besh pon. i mean tempat utk pelancong la. kalau ko nak jejalan kat mall, KL pon berlambak. takyah sesusah nak nek katebang. so kite kene ke kk town ye. nak ke sane leh nek taxi or bus. haruslah nek bas ok. jimattttttt. baru singgit. nek taxi lebih dr seploh hengget. duit yg banyak haruslah digunakan untuk shopping ye. itu konsep kami. hahaha. bas xde la susah sangat. tak sesusah nak ke epot la.


pasar malam

pasar filipin

pasar malam n pasar filipin tempat membuang duit for first day. hehehe. pasar malam die lebih kurang cam uptown la. pasar filipin ade memacam. mutiara tu wajib lah kan. first day tak shopping byk sangat. tak tau nak beli ape. n mood blom mari lagi. lgpon pasar filipin tu sangat la panas. kecik n sempit. patut upgrade la. sebab tourist banyak datang utk shopping. but tak bape nak comfort kan. mood nak nengok2 pon terus takde. tak habis pusing pon. aku benti satu kedai terus beli. brooch for my mom n tshirt for my brothers. brooch haruslah berkonsepkan mutiara. baru lah sabah bah.

lepas puas jejalan harus lah isi perut ok. lapau! makan dekat area pasar ni gak. for dinner kitorg try ikan bakar, udang n stong bakar gak. sedap giler tu takde la. tp utk org yg lapau, telan je la kan. air kelapa memang tak sedap. dah la memasing terliur nak minum air kelapa. tetiga order air yg same. tapi rase hampeh sekali. kecewa hati beta.muke maro yg keriangan tu hanyalah lakonan semata2. hahaha.

lepas makan haruslah cecepat balik hotel. kate gune public transport. kang ko kene tinggal bas kang. padan muka. sampai hotel trs pegi cek nengok wayang. kat kk ni nengok wayang murah la. nengok kat GSC, tix RM 9 only. dah la malam minggu kan. beli tiket then balik hotel. kate dekat ko. siap leh balik mandi dulu. bile dah mandi rase malas nak kua pon ade. rase cam nak nengok muvi tu pakai baju tido je. mmuahaha. lepas nengok wayang terus balik tido. haku awal2 dah tido. dalam wayang pon siap leh tertido ok. aku bayar tiket untuk ekon je. :p

thats all for first day. kalau rajin, aku post utk hari2 yg len. kalau rajin la. ;P

Friday, October 21, 2011

gelpren saya tunang

ahad lepas kan gelpren kite tunang sudah. gelpren kite cun melecun. tp takleh cakap dedepan. nanti die gegedix. hahaha. congratz rahiyah n sapek. tunang jugak. now rahiyah tengah tak sabau sabau nak kawen pulak. hehehe.

sesi mengambil berkat sesambil menggedik2.

kekawan ai sumenye tengah berdarah manis. oh. sile jgn nanye giliran ai bile pule. letih ahkak nak jawab!

ni gambar palingggggg mahal sekali. bukan senang nak tengok rahiyah tersipu2 malu tertunduk2. HAHAHAHA.... :))

Thursday, October 20, 2011

real steel

luv it luv it. aku tgk last sunday. memula tgk dgn has. lps je kenduri rahiyah trs pg jj bukit tinggi. has dh tgk cite tu. sanggup repeat. bile aku dah tengok, baru aku tau nape has sanggup repeat. besh giler vavi hoi! lepas tu aku balik rumah, adik aku ajak nengok muvi. terus aku on. lg pon dh lame xbw die nengok muvi. n kebetulan cite yg ade real steel je la kot yg sesuai dgn die. xmungkin haku nk tengok al-hijab. bukan sebab tak support cite melayu tapi sebab mak takut hokeh nak nengok cite2 seram ni. dah la nengok malam kan. aku repeat real steel 2 kali on the same day hoi. first time haku wat keje gile dlm hidup haku ni.

this is the reason why i luv real steel so much! cute sangat hokeh. tak tahan betol la. nak cubit2 je rase. so cute. cute. cute. sangat menggoda hoi. hahahaha.

oh. hugh jackman pon ok. tak hensem. tapi menarik. tua2 pon muke kedut2 pon tetap sedap mate memandang. hahaha. sape yg tak nengok lagi, pergi la hoi. tak rugi hokeh! haku pon terase nak repeat 3rd time. mmuahaha...

Saturday, October 15, 2011

cakkkkkkkk!


happy weekend uols. enjoy it to the max. weekend adalah hari untuk makan makan puas puas sampai perut muncit. mmmuahahaha. see my pipi la. bukan botox. tapi hasil makan makan banyak banyak lupa diri. i have lot of activites for today n tomorrow. will spend my time with my family n frens. sape kate single itu boring? yang penting kite yang tentukan. as my fren said, GEMBIRA ITU KITE YG CIPTA! daaaaa.... mmuacks!

Thursday, October 13, 2011

new addiction

burung itu besh. saya suka itu burung. burung apa? burung murai. burung apa? burung murai. burung apa? pannnnnngggggg. ok. i'm not addicted to burung actually but twitter. i know orang lain dah lama kot. bese la kan. gadis desa seperti haku memang sentiase ketinggalan. orang len dah hover2 dah kecoh2 aku baru nak kenal.

maybe sebab hari ni bos takde kat opis. besh je aku wat keje sambil ber-tweet2 n ber muka buku. penat ok aku gelak. sampai nak terkenching. dolu2 aku create twitter tp xgune sgt. wat asal ade je. kang xde, orang kata tak urban pulak. mmuahaha. n before dis aku tak private kn twiiter tu. tp lepas aku dah seronok melayan burung2 yg berkicauan itu, ahkak terpakse la private kn ye. ahkak bukan artis nak bg sume org follow. ai wat fb n twitter tu semata nak gossip dgn kengkawan je. klau tak kenal ape motip nak add kan. takde benda nak di gossip kan. hahaha. kengkawan saya meh la add saya. search for missT_1004. yg bukan kawan, kalau hensem mak approve. HAHAHAHA.*pannnnnnnngggggggg*

ok lah. nak pergi makan. sekarang dah tak diet. dulu diet dah turun 5kg. ko ado? mmuahaha. sekarang nek bape kilo, haku tak berani nak timbang. sekian.

Friday, October 07, 2011

dilema wanita

bos takde. yihaaaaa... *lompat bintang* walaupon ade banyaaak keje, tp maseh boleh bersuka ria. mmuahaha. sambil2 tgu model aku ni run, leh lak aku ngan budak2 opis ni men2 belaja 3rd language. tengok sape cakap paling serupe mcm bahasa negeri tu. opkos la haku kan. mmuahaha. nak pulak ko suruh aku cakap jepon n korea. halamak. see the mouth la. 24 hour ahkak layan cite korea n jepun. tinggal nk pegi negara diorang je. eh.. otromen pon kire cite jepon kan? hahahaha...

balik kk dah seminggu. tp kulit tamau cerah2 lg. sediiiiiihhhh. dah rupe pariapa hokeh. ni aku tak jumpe rahiyah lg ni. konpem jumpe die kene bahan kaw kaw punyer. hitam tu satu hal la. pedih yg amat tu jangan cite. sejak balik kk ni, nasib cuace kt kl ni hujan je. kalau panas terik, memang haku takkan pegi lunch. tak kose. konpem lg sakit. jeles haku tengok orang yg kulit putih je. ko sidai la doplohpatjam kat panas. rilex je. takde hitam pon.

dah la hitam. gemok pulak tu. huhuhu. selra makan menjadi2 la. nak pulak mase nak period. macam2 haku mengidam. mengidam makanan yg tak sihat langsung. mesti nak yg ade coklat yg ade cheese. camne nak kurus. betol omputih kate. beauty is pain. no pain no gain. mmuahaha.

nak update pasal kk. tp takde pic. tunggu maro update je la. lgpon this time punye trip tak banyak bergambar sangat. mcm malas je. lagi2 kalau dh depan makanan. tak kose nak snap2 ni. perot haku jauh lebih penting. mesti bg kenyang punye. tp ade satu pic maro dah upload. maka haku pon mencilok dengan pantas. khas utk tatapan peminat2 gua. *pannnnnnnnnggggg sedas. bg sedar diri sket*


sweet kan pic ni? hehehe. aku rase sweet. mmuahaha. very sweet moment. jalan2 tepi pantai. sambil bukak kasut. men2 dgn air laut. Lari2 anak bile dikejar ombak. men2 tulis nama kat pantai. so suwiiiiiiitttttt. hehehehe.

semalam mase balik keje dengar fly ke hitz. lupe la. aku men tukar2. pastu topik die lebih kurang cam ko penah salah send sms x? ape yg kite salah send tu n mcm mane kite nak cover line. hahahaha. haku memang lah org yg sentiase tersalah htr sms. bukan sms je. ym pon same. senang cite ape2 yg menaip2 ni konpem haku akan silap. aku pon pelik la nape. nak kata tak pandai membaca. belajar sampai masuk Uni dah kot. yg best tu kdg2 kalau kt ym aku knfiden je taip. siap dh send. pastu org tu rply br aku perasan slh send. hahaha. normally aku takde nak cover line ni. aku ngaku je memang tersalah. mcm tadi lagi la. budak opis aku mintak tolong aku book kn tix flight die. aku book dgn konpiden ok. sekali salah guest name. menggelabah la haku. dah la flight org kan. nasib boleh tukar FOC. name org tu rabiha. aku tulis ribena. boleh???? budak opis aku gelakkan aku mcm nak mati. agaknye aku haus sgt kot. tu yg teringat ribena. mmuahahaha.

ok la. nak sambung keje. petang ni nak pg gym. HAHAHAHA...

Thursday, October 06, 2011

hoi hoi hoiiiiiiit

hargai ketika ade
bukan meroyan bila dah takde
ngerti?










p.s. : tak habis2 nak mengacau hidup orang. pang! kang.. baru tau.

Monday, October 03, 2011

penat tapi besh!

hi uols. keje ke? ai still cutiiiiiiii... mmuahaha. semalam baru balik dr kota kinabalu. ya ampun. penaaattt dong. tp sangat best. cam bese la. setiap kali pergi holiday, WAJIB gain weight! tak kan kat tempat org tamau cube makanan sedap2 kan. hilang nikmat uols. sekarang baru on balik diet plan. tu pon kalau rajin. coz now haku teringin sangat nak makan egg tart n cheese cake. mmuahaha.

badan sakit2 sengal2 ni. tak hilang lagi. almaklumlah, beria mase island hoping.. ;p n paling penting aku sekarang ni rentung hokeh! gelap gileeer. sunburn. perit giler kulit aku ni. takleh tersentuh pape. sakit. any tips? haruslah lepas ni haku tepek segala tepek segala krim whitening, mask, whatever la utk back to normal. siyes ok. giler gelap haku. tengoklah kalau rajin haku update pasal trip pg kk ni. tp sekarang rase malas yg amaaatttttt.

ok lah. nak kemas beg2 ni. nak basuh baju. manyak keje uols. korang pegi keje rajin2 hokeh. jangan layan sangat monday blues tu... :P

Sunday, October 02, 2011

sesaaaaaaje

Saje nak test...haha... 1st time nk post gn phone.. Mmuahaha...
Published with Blogger-droid v1.7.4